CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23993|Reply: 94

Kim Jong Il dan Korea Utara

[Copy link]
Post time 22-12-2011 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bluezink at 25-12-2011 14:06




sejarah permusuhan Korea Selatan dan Korea Utara sudah berlangsung sejak sekian lama. Sejak sekitar tahun 1945 lagik, dimana


Kesatuan Soviet telah menduduki Korea di bahagian utara dan sementara di bahagian selatan...Amerika Serikat

Seperti yang kita sedia maklum; sejarah mencatatkan Perang Korea [juga dikenali sebagai Perang 6-2-5 (yuk-i-o jeonjaeng)] meletus akibat perang saudara pada 25 Jun 1950, apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan.

Ini diburukkan lagi dengan campur tangan kwasa beso dunea -- yang ingin membuktikan siapa lebeh hebak -- antara Tentera Bersekutu yang diketuai Raja Kapitalisme, Amerika Syarikat dan sekutunye (seperti  (United Kingdom), Turki, Kanada, Australia dan beberapa negara laen yang berselindung di balik panji PBB), dengan Kwasa Beso Komunisme seperti Republik Rakyat China dan Kesatuan Soviet (USSR).

Ramai pengkaji sejarah berpandangan bahawa Perang Korea,..sbenarnye adalah peperangan Kim Il Sung dari Korea Utara yang menyerang Korea Selatan, perang agresif yang didokong oleh Stalin dan Mao Zedong. Pyongyang lah yang didakwa meletuskan tembakan pertama, mencetuskan peperangan.

Namun, menerusi sebuah perjanjian, Korea akhirnya dibahagi sejajar dengan garis lintang 38. Di selatan berdiri Republik Korea dan di utara didirikan Negara Republik Demokratik Rakyat Komunis Korea Utara. walaomacamanapun, pembahagian ini tidak menuntaskan konflik antara Korea Utara dan Korea Selatan.

(Kim Jong-il with his father Kim Il-Sung and mother Kim Jong)

Kim Jong-iL bersama famili


diatas tu adalah silsilah keluwarga Presiden  Kimg Jeong IL, diketahui ia mempunyai 4 istri, dan 3 anak lelaki yang diketahui hingga sekarang, dan ia jugak mempunyai seorang cucu yang bernama Kim Han Sol yang saat ini tinggal di Bosnia
* Kim Jong-il dikatakan mempunyai ketinggian 165cm ( 5' 5").  selalu memakai kasut yang mempunyai alas atau tapak yang tebal untuk kelihatan lebih tinggi. Namun, selepas diserang angin ahmar baru-baru ini; beliau dilihat tidak lagi memakai kasut bertumit tinggi; dipercayai bagi mengurangkan rasa sakit di bahagian kakinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2011 04:20 PM | Show all posts
orang lama...nasib baik dia bukan islam...orang2 jahat malas nak layan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 04:51 PM | Show all posts
ape lg cite kim jong il  ngan korea utara ni?? nak tau gak sejarah2nye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 01:27 AM | Show all posts

RE: Korea's demilitarized zone (DMZ) in Panmunjom

DMZ Zon Bebas Tentera Korea (Korea: 한반도 비무장지대),... memotong Semenanjung Korea tepat di tengah-tengah antara Korea Utara dan Korea Selatan, tepat di garis paralel ke-38
membentang dengan panjang 250km , dan lebar  4km , merupakan batas negara yg paling banyak dijaga oleh tentara  penjaga perbatasan.


model of the DMZ

DMZ, aka the Korean Demilitarized Zone, is a strip of land running across the Korean Peninsula that serves as a buffer zone between North and South Korea



Korean dmz tunnel





Sebutan Korea diambil dari nama dinasti Korea yang terkenal, iaitu Goryeo (935-1392). Goryeo sundiri menamai negerinya dari kependekan nama salah satu Tiga Kerajaan Korea, Goguryeo (37 SM-668 M). Dalam bahsa China dilafaskan Gao-li dan penyebutan itu menyebar ke para pedagang Timur Tengah, dan lama kelamaan menjadi Korea. Dalam bhasa Korea dinamakan Han-Guk (Korea Selatan; kependekan dari Dae Han Min Guk) dan Choson oleh Korea Utara. Choson adalah nama dinasti Korea terakhir (1392-1910).Daerah pemisah antara 2 Korea ini desebut DMZ (Demilitarized Zone), merupakan sebuah tempat yang nampaknya wajib kiter kunjungi saat berada di Korea

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 04:00 AM | Show all posts
maklumat yang sangat berguna
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 09:28 AM | Show all posts
sebelum ni asyik tertanya-tanya apa tu DMZ....
thanks sbb terangkan semua ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2011 10:02 AM | Show all posts
Ape punca sbnr permusuhan dua Korea ni..?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 11:47 AM | Show all posts
teringat masa study Politik Asia Timur. Pernah kaji kes Korea Utara atau nama rasminya Democratic People Republic Of Korea (DPRK) Secara teknikalnya,dua buah negara Korea ini masih lagi berperang kerana hanya menandatangani Perjanjian Gencatan Senjata pada tahun 1953 untuk menamatkan Perang Korea berlangsung selama 3 tahun 1950-1953. Dua buah negara ini tidak pernah menandatangani perjanjian Damai. Perbezaan ideologi telah memisahkan dua buah negara yang bersaudara. Korea Utara cenderung ke arah komunisme disokong pula Soviet Union manakala Korea Selatan kapitalisme yang disokong US.

Perang dingin yang menyaksikan pertembungan ideologi antara Blok komunis Soviet dengan blok kapitalisme (US) telah meletakkan situasi yang genting antara 2 buah negara ini. Pelbagai tindakan provokasi telah dilakukan oleh pihak DPRK dan masih lagi tegang hingga kini. Antaranya pada tahun lepas berlaku serangan provokasi oleh tentera DPRK keatas pulau milik Korea Selatan atau nama rasminya Republic Of Korea (ROK) sehingga mencetuskan ketegangan Semenanjung Korea

Walaupun Soviet Union telah runtuh dan diganti dengan ekonomi terbuka,namun negara ini masih lagi mengamalkan fahaman komunisme berasaskan Stalinisme (Josef Stalin) dimana mendaulatkan pemimpin sebagai Great Leader. Rakyat DPRK diwajibkan memuliakan pemimpin agung mereka iaitu Kim Ill Song dan anaknya Kim Jong Ill. Negara ini dianggap paling misteri dan tertutup daripada dunia luar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 12:00 PM | Show all posts
pernah tengok docu kat Natinonal Geog. channel yg pengacaranya Diego Brunnel? Tajuknya dh lupa tapi kalau nak masuk DPRK ni tak dibenarkan bawak masuk gajet terkini seperti handphone,Ipad dan sebagainya kerana dikhuatiri mengintip Korea Utara. Hanya kamera saja di benarkan masuk. Dan setiap pelancong akan diiringi staf kerajaan yg berfungsi sebagai pengawal. Setiap langkah kita di Korea Utara ni akan dipantau oleh staf tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 12:05 PM | Show all posts

JSA Panmunjom in DMZ

  
Di Panmunjom trdapat 'Joint Security Area' atau kawasan keamanan gabungan yang berbentuk bujur telur, dgn diameternye lebehkurang  1 kilometer
sos:JSA Joint Security Area [Panmunjom, Korea]

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 12:18 PM | Show all posts
Jika diberi peluang,aku memang teringin sangat nak pergi Korea Utara ni. Walaupun negara ni adalah yang termiskin,ia x menghalang aku pergi ke sana. Malaysia telah menjalin hubungan diplomatik dengan DPRK ini bermula 30 Jun 1973 (www.kln.gov.my) dan telah membuka pejabat kedutaan kita di Pyongyang
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 01:46 PM | Show all posts
Jika diberi peluang,aku memang teringin sangat nak pergi Korea Utara ni. Walaupun negara ni adalah y ...
zennaya Post at 23-12-2011 12:18



    apa kedutaan kita buat disana?
    mohon pencerahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2011 02:08 PM | Show all posts

Room 39 (or Bureau 39)


Room 39, adlah salah satu organisasi paling rahsea di Korea Utara yang  bertujuan mencari jalan agar memperoleh mata wang asing untuk Kim  Jong-il, Pemimpin Korea Utara. Room 39 didirikan pada akhir tahun 70.  Digambokan sebagai bahagian terpenting dari sesuatu yang disebut  sebagai “court economy” yg berpusat pada dynasti Kim. Tak diketahui  dari mana nama dari Room 39 ne diambil. Sangat sedikit yang maklumat  yang diketahui dari organisasi ini (karena sifat kerahseaan  korea  utara), tapi dispekulasikan bahwa organisasi ini menggunakan 10 sampai  20 akaun bank di China dan Swiss dengan tujuan ntok pemalsuan, money  laundering dan transaksi gelap laennya. Room 39 juga disyaki terlibat  dalam penyeludupan ubat bius dan pasaran senjata gelap.

Diketahui jugak  bahawa organisasi ini mempunyai 120 perusahaan dagangan asing dan secara  langsung di kawalan oleh Kim Jong-il. dan...sprt biasa Korea Utara menyangkal terlibat  dlam segala aktiviti haram. Room 39 dipercaya berada di Pyongyang,

An aerial view of Office 39’s location.
Ibukota Korea Utara disebuah bangunan milik party pekerja yang berkwasa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 02:14 PM | Show all posts
gud info!
tq...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 03:54 PM | Show all posts
mmg negara ni paling misteri..rncngan yg zennaya ckp kt national geografic channel tjuk inside north korea..dokumentari ni mmg yg paling best aku penah tgk..kisah bgaimana diego brunnel membuat liputan yg boleh dkatakan secara rahsia gk la ttg seorang pakar bedah mata yg klu xsilap aku dr nepal nama dia aku dh lupa..yg membuat khidmat msyarakat utk merawat dn memulihkan semula penglihatan psakit katarak d korea utara ni..spnjang dr mula doktor tu smpi kita akan lihat bgaimana setiap langkah kru2 dia akan d awasi oleh pegawai2 korea utara utk memastikan hnya gmbar yg berkaitan ttg kebaikan presiden mereka saja yg dsiarkan..ada hari tu kru national geografic telah megambil gmbar patung presiden secara mengiring d lantai..pastu pegawai korea tu telah memarahi dn mengusir keluar kru tsebut..satu lg yg dpaparkan ialah kerusi dsebuah taman yg dlindungi frame kaca yg mana kerusi itu pernah diduduki oleh presiden..org biasa dlarang utk duduk dsana..pastu dsetiap rumah wajib ada gambar presiden dn rakyat wajib tunduk hormat kt gmbr tsebut tiap masa...pling best ialah pada babak akhir dkumentari tsebut..bila doktor mata tu berjaya merawat pesakit2 katarak tsebut hingga mereka bleh melihat semula..bilamana pembalut mata mereka dbuka..perkara pertama yg pesakit2 ni buat ialah menangis dgn penuh perasaan kt depan gmbr great leader mereka..seolah2 great leader tu yg menyembuhkan mata mereka..klu tgk cara mereka berterima kasih mmg dgn bersungguh yg teramat sgt..tp dlm beratus2 pesakit yg ada kt dewan tu..tiada seorang pn yg dtg kt doktor tu utk mengucapkan terima kasih kt dia..semua meluru kt gmbr great leader utk tunjukkan rasa gembira mereka...mmg best dokumentari ni..bleh try cri kt youtube klu xsilap aku..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 04:43 PM | Show all posts
mmg negara ni paling misteri..rncngan yg zennaya ckp kt national geografic channel tjuk inside north ...
kedurau Post at 23-12-2011 15:54



    mcm best....kene cari ni{:4_233:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2011 10:41 PM | Show all posts
hidup di NK, umpama back to the past, macam zaman 70 an , 60 an.... capital NK, ade gak sistem metro bawah tanah, style stesen nya penuh ngan mural2 poster propaganda komunis, dan ada gak stesen nya yg disaluti marble putih yg solid..... just rolling stock/tren dia je yg kiok skit, ala2 cam keretapi 40  tahun sudah...







Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:45 PM | Show all posts


masa mula construct metro ni, dikhuatiri lebih 100 pekerja mati tertimbus dekat stesen yonghwang dan puhung, sal stesen ni betul2 dekat ngan sungai taepodong, ikut plan, stesen ni kononyer merentasi sungai tu, tp pas kejadian tu, berenti takat puhung je...

klau malaysia ada aliran ampang, dan aliran kelana jaya, metro pyongyang ada 2 line, aliran cholima, diambil nama sempena kuda legenda korea, dan hyoksin
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by oni313 at 23-12-2011 22:50



gambar 2 ekor ni, mmg wajib letak, pasni kena tambah sekor lagi, kim jong un gendut tu



bapak pembangunan la kononyer....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2011 10:49 PM | Show all posts
kalau kat dokumentari nat geo tu, pagi2 kat kilang ker sekolah ker
mereka akan buat briefing tapi mula2 mereka akan mengecam negara kapitalis.
begitu sekali mereka brainwash rakyat supaya bencikan barat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.220062 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list