CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9972|Reply: 43

Juara liga retis bercerai tahun 2011

[Copy link]
Post time 28-12-2011 04:58 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by faisyah at 28-12-2011 08:41

PETALING JAYA: Tahun lalu lebih daripada 10 pasangan artis tempatan telah melalui kenangan pahit apabila rumah tangga yang dibina tidak kekal lama.

Untuk tahun ini jumlah penceraian melibatkan selebriti sedikit kurang dan ini telah menunjukkan satu tanda positif buat artis yang telah mendirikan rumah tangga sekali gus mengubah persepsi masyarakat mengenai dunia mereka.

mengimbau kembali beberapa kes keruntuhan rumah tangga melibatkan artis tempatan sepanjang 2011



1. Aishah Diceraikan Menerusi SMS

Keretakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu ini membuka tirai penceraian artis tanah air pada 2011 apabila Aishah dan suaminya berpisah selepas 13 bulan hidup bersama.

Punca keretakan perkahwinan kali ketiganya itu bagaimanapun dirahsiakan oleh penyanyi itu dan hanya memberitahu diceraikan melalui khidmat
pesanan ringkas (SMS) pada 19 Mei lalu.

Aishah sebelum itu memcetuskan kontroversi apabila dilaporkan memilih untuk berkahwin di Narathiwat, Thailand pada 30 April 2010 selepas seminggu
berkenalan dengan Faizal Sazali Zulkifli.

Terkini, Aishah memberitahu perceraian itu telah menyebabkan hubungannya dengan anak-anaknya, Arman, 17 dan Azhad 11, menjadi semakin rapat
selain dapat menyemai kasih sayang yang mendalam kepada mereka.



2. Zul Huzaimy Cerai Talak Dua

Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, 33, Nor Dalilah Muhammad, 29 mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai
2010 di Mahkamah Rendah Syariah, Kajang, Selangor.

Menurut Dalilah sebelum itu, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula selepas kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, jodoh antara mereka tidak panjang, perancangan itu tidak menjadi dan berpisah sekali lagi secara baik.

Gosip keretakan rumah tangga Zul Huzaimy sudah kedengaran sejak tahun lalu tapi pelakon itu enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata ia adalah
kisah peribadi yang tak perlu dihebohkan.



3. Drama Penceraian Joey-Noraini

Mendakwa Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud melafazkan cerai kerana mempunyai hubungan dengan pelakon dan penyanyi kumpulan Elite,
Norwati Sadali atau Watie, akhirnya penceraian Joey dan Noraini Mohammad Nasir sah pada 18 Ogos lalu.

Namun pelbagai tohmahan dan kontroversi berlaku sepanjang prosiding berlangsung dengan kedua-dua belah pihak memberi kenyataan balas yang
turut mengheret Watie dalam keretakan rumah tangga mereka.


4. Saida Tebus Talak, Sah Cerai Talak Satu

Penyanyi, Saida sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu, selepas menebus talak dengan bayaran sebanyak RM1,000 kepada suaminya, Mohd Ghazali
Yahya Zikri.
Saida pernah kantoi dengan suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri apabila suaminya pernah mencekup Saida dengan kekasih gelapnya yang bernama Hafiz Che Mat ketika berdua-duaan di dalam sebuah kereta di Balakong.

Walaupun menerima bayaran tersebut, Mohd Ghazali yang merupakan seorang ahli perniagaan tetap enggan melafazkan lafaz cerai dan menyerahkan seorang pegawai mahkamah, yang merupakan wakil hakam (penimbang tara) yang dilantik untuk berbuat demikian.

Mohd Ghazali, 41, turut menyifatkan dirinya sebagai seorang suami yang dayus jika menuruti permintaan Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida
Tarudin, 35, untuk diceraikan.

Ghazali bagaimanapun akur dengan permintaan Saida dan melafazkan cerai pada hari yang sama. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Mashitah, 5 sepanjang perkahwinan mereka selama 15 tahun itu.


5. Nabila-Eddy Cerai Talak Satu

Kunjungan pelakon Nabila Huda ke Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidy Zailani segera dihidu oleh pihak media.

Alasan tidak dapat lagi hidup bersama dengan suaminya itu, pasangan yang dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila, setahun 7 bulan itu akhirnya bercerai pada 10 November lalu secara baik.

Sejurus penceraian tersebut, Nabila yang juga anak kepada penyanyi, Amy Search menjadi tajuk utama akhbar apabila gambarnya bercium bersama seorang lelaki tidak dikenali mendapat kecaman daripada ramai pihak.

Tidak cukup dengan itu, Nabila menghambur kata-kata pedas kepada bekas suaminya mengenai perangai sebenar lelaki yang dinikahinya pada tahun 2008 itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 05:32 AM | Show all posts
huurrm!!bangun sblm subuh sbb nak solat hajat depan porem upanyer..gigih bukak thread..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 07:51 AM | Show all posts
Tapi gambo tu xsama pon dengan tuan empunya badan, Contohnye gambo si Nabila n Si Saida tu diletaknye gambo Saerah, haishhh~
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 08:18 AM | Show all posts
bkn dah ada thread cerai berai ke TT?

lepas baru sembahyang subuh tu, bukakla thread yang positip sikit..... contohnya..... artis wanita yang mula bertudung thn 2011 ke, artis yang tudung/selendang/serkup/tudung saji dah hilang tapi diganti dengan rambut palsu ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 08:19 AM | Show all posts
mohtip nak samakan nabila dgn nicki minaj
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 08:20 AM | Show all posts
bkn dah ada thread cerai berai ke TT?

lepas baru sembahyang subuh tu, bukakla thread yang positip ...
ahkak.sangap Post at 28-12-2011 08:18



   hahaha.. tang retis wanita pakai sekup n pakai rambut pelsu tahun depan tuh ai loike
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2011 08:22 AM | Show all posts
dan tak dpt bezakn saida dg saerah.....adoyaiiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 08:50 AM | Show all posts
bile tgk muke anak2 saida...rase sedeh pulak. kesian sgt2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 08:57 AM | Show all posts
karma pd noraini...apa yg watie sadali buat pd noraini, cmtu la bila noraini caras dia dr bini pertama joey. so noraini rasa apa yg wife pertama joey rasa. yg cik bam heran apa hebat sgt joey ni smpai pompuan2 cair kat dia{:1_270:}
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 10:51 AM | Show all posts
karma pd noraini...apa yg watie sadali buat pd noraini, cmtu la bila noraini caras dia dr bini perta ...
bambimo Post at 28-12-2011 08:57



    lah..joey penah kawen sebelum dia kawen ngan noraini ker?????ketinggalan sungguh eden..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 10:54 AM | Show all posts
baru mcm nampak prekey bukak umah ni, ni yg baru lak yep?? bod len lah kot... aku tersesatkah???
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 11:31 AM | Show all posts
Reply 5# ahkak.sangap


   itula aku nampak cam niki minaj..TT kedaung
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 11:35 AM | Show all posts
Reply  ahkak.sangap


   itula aku nampak cam niki minaj..TT kedaung
pia250110 Post at 28-12-2011 11:31



    pagi tadi lagila....saerah jadi saida....nasib baik dah edit......
lps sembahyang subuh noks....mata ngantuk x dpt beza.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 11:38 AM | Show all posts
Reply 13# ahkak.sangap


   gigih nak bukak thread...alkisahnye....choi sgt kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 11:44 AM | Show all posts
Reply  ahkak.sangap


   gigih nak bukak thread...alkisahnye....choi sgt kan
pia250110 Post at 28-12-2011 11:38



    sebelum subuh rupanya noks....ahkak silap.....
berkobar2 nak bukak thread..... pastu baru sembahyang, mintak hampun katanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 12:08 PM | Show all posts
baru mcm nampak prekey bukak umah ni, ni yg baru lak yep?? bod len lah kot... aku tersesatkah???{:fa ...
lalunagujiwa Post at 28-12-2011 10:54



   mohtip tersesat????.... masih verlappy bawah gebor kah????

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 12:12 PM | Show all posts
mohtip tersesat????.... masih verlappy bawah gebor kah????
ahkakzomboss676 Post at 28-12-2011 12:08



   motip uols nak sabo iols kaka!!!
iols dah naek pangkat!! lappy2 x men dah!! iols mengtabkan diri lam jamban.. takut tuannya tab tau iols ngendeng tab heols... iols nak ganti tab heols ngan tab mandi, suh heols pikul atas belakang!!!

sian adik iols, tab nya iols sapu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 12:17 PM | Show all posts
motip uols nak sabo iols kaka!!!
iols dah naek pangkat!! lappy2 x men dah!! iols mengtabka ...
lalunagujiwa Post at 28-12-2011 12:12

lufer plakss khenn... abg payed uolzss dah kunci lappy uolzss lam peti beci..... samalah... iolzss pun amik tab hadik hipar iolzss.... veli pakai air liur jahhh.... voleyyy gitewww....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 12:22 PM | Show all posts
lufer plakss khenn... abg payed uolzss dah kunci lappy uolzss lam peti beci..... samalah... iolzss ...
ahkakzomboss676 Post at 28-12-2011 12:17



   hazabedah sungguh kaka....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 12:30 PM | Show all posts
Reply 10# ctmoon

yup ct moon, penah gak baca pd ruangan sms di berita harian, ada orang sms tulis lebih kurang cmni la "apa yg noraini rasa, itulah yg penah dirasai oleh isteri pertama joey satu ketika dulu"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.068525 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list