CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lowgil

::[WTS] Novel Jibam - Ujang ::

[Copy link]
 Author| Post time 17-5-2012 08:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by lowgil at 19-5-2012 20:33

  
Maaf Jika Aku Tak Sempurna ~ RM24.00 (SOLD OUT)


Sinopsis
Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2012 02:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by lowgil at 15-6-2012 20:45


Adam & Hawa ~ RM16.00 (SOLD OUT)

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2012 02:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by lowgil at 11-6-2012 17:23


Dia Segalanya ~ RM32.00 (SOLD OUT)

Sinopsis
Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.

Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.

Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.

Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?

Kala hati begitu mencintai… semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri… semakin jauh dia melangkah pergi….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 11:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by lowgil at 30-5-2012 20:42

**Harga termasuk kos pos dgn menggunakan pos daftar

Senarai Novel: update (29/5/2012)
KARYA SENI
Awak Suka Saya Tak? - RM31.00
Dan Hati Pun Berkata - RM14.00

ALAF 21
Adam & Hawa - RM16.00

JEMARI SENI
Odisi Bulan Biru - RM16.00
Dame Zoete Sarah - 15.00
3 campur 1 = Satu - RM15.00
Sehiris Bulan - RM18.00
Jula Juli Bintang Tujuh - RM16.00
Nah, Untuk Awak! - RM16.00(booked)

KAKI NOVEL
Dia Segalanya - RM32.00

PTS
Curahan Cinta Niagara - RM24.00 (booked)
Mahar Cinta Cinderella - RM16.00

Buku Prima
Akhir Sebuah Cinta - RM16.00

Fajar Pakeer
Cintamu Cintaku Satu - RM16.00

Galeri Ilmu
Andai Bavaria Takdirku - RM16.00
Lentera Cinta Albaicin - RM18.00

NBKara
Bunga di Rimba - RM18.00
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2012 04:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by lowgil at 12-6-2012 20:48

**Harga termasuk kos pos daftar**

Senarai Novel: update (11/6/2012)
KARYA SENI
Awak Suka Saya Tak? - RM31.00 (SOLD OUT)
Dan Hati Pun Berkata - RM14.00

ALAF 21
Adam & Hawa - RM16.00

JEMARI SENI
Odisi Bulan Biru - RM16.00
Dame Zoete Sarah - 15.00
3 campur 1 = Satu - RM15.00
Sehiris Bulan - RM18.00
Jula Juli Bintang Tujuh - RM16.00
Nah, Untuk Awak! - RM16.00 (booked)

KAKI NOVEL
Dia Segalanya - RM32.00 (SOLD OUT)

PTS
Mahar Cinta Cinderella - RM16.00 (SOLD OUT)  

Buku Prima
Akhir Sebuah Cinta - RM16.00

Fajar Pakeer
Cintamu Cintaku Satu - RM16.00

Galeri Ilmu
Andai Bavaria Takdirku - RM16.00
Lentera Cinta Albaicin - RM18.00

NBKara
Bunga di Rimba - RM18.00
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 02:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by lowgil at 18-6-2012 13:06

**Harga TERMASUK kos pos daftar**

Senarai Novel: update (18/6/2012)
KARYA SENI

Dan Hati Pun Berkata - RM14.00(booked)

JEMARI SENI
Odisi Bulan Biru - RM16.00
Dame Zoete Sarah - 15.00
3 campur 1 = Satu - RM15.00
Sehiris Bulan - RM18.00
Jula Juli Bintang Tujuh - RM16.00

Buku Prima
Akhir Sebuah Cinta - RM16.00 (booked)

Fajar Pakeer
Cintamu Cintaku Satu - RM16.00(booked)

Galeri Ilmu
Andai Bavaria Takdirku - RM16.00
Lentera Cinta Albaicin - RM18.00

NBKara
Bunga di Rimba - RM18.00(booked)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2012 01:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by lowgil at 18-6-2012 19:09



Sepatu Milik Kasanova ~ RM 20.00 (SOLD OUT)

Sinopsis
Airin Natrah merupakan seorang mahasiswi yang belajar dalam bidang perakaunan dan berminat mereka cipta sepatu. Ketika menghadiri ‘masquerade party’, dia telah berkenalan dengan seorang lelaki kasanova bernama Irfan Mickael. Lelaki yang bertugas di awan biru ini mempunyai ramai teman istimewa. Airin Natrah tidak suka pada Irfan kerana lelaki ini selalu merendah-rendahkan kebolehan Airin Natrah membuat sepatu. Pada Irfan, itu semua hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sehingga pada suatu hari, Irfan mencabar Airin Natrah membuat sepatu untuk Embah Melati, iaitu nenek kesayangan Irfan. Sanggupkah Airin Natrah menerima cabaran itu?

"Inilah masalah orang lelaki. Kalau dia ada perempuan keliling pinggang, bukan main lagi. Tapi kalau perempuan ada lelaki keliling pinggang, tak payah keliling, suku keliling aje pun cukup, bukan main lagi dia punya 'condem'. " AIRIN NATRAH

"Kan saya dah kata, dia ada. Awak ni, cubalah percayakan saya. Lagi satu, bukan ke tadi renjer ada cakap dalam hutan jangan jerit. Awak ni memang degillah" IRFAN

"Bukan embah tak nak puji, tapi embah terpegun sekejap. Sebab Airin mengingatkan embah pada mak Fan. Mak Fan suka juga dengan sepatu. Bezanya, dia tak buat sepatu tapi Airin buat sendiri" EMBAH MELATI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2012 12:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by lowgil at 11-7-2012 13:45


Cik Bunga dan Encik Sombong ~ RM18.00(SOLD OUT)


Sinopsis
Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,

“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2012 08:56 PM | Show all posts

Dia Yang Kunikahi ~ RM 15.00 (SOLD OUT)

Sinopsis

Mesti gadis itu hebat sampai berjaya menawan hati ayah ibu. Tapi... aku nak 'produk siap'. Jika diberi pilihan, Adam Johari mahu gadis yang sudah ditarbiahkan, sudah alim, dan sudah siap dibimbing. Logiknya, akan memudahkan dan pasti membantunya dalam mewujudkan keluarga dakwah dia impi-impi selama ini.
"Ana impikan produk siap, ustaz. Jika diizinkan untuk memberi contoh, ana maksudkan ustaz sendiri. Ana mahu isteri yang seperti Ustazah Asyiqin. Ustaz faham maksud ana?" Itulah yang dia katakan pada murabbinya.

"Ana faham maksud enta. Enta mahukan isteri yang sudah pun berdiri di medan juang, bukannya sedang baru mahu bersiap. Kan?"

Adam Johari mengangguk.

"Baiklah. Jika enta diberi pilihan untuk memiliki sebuah Ferrari mewah dengan sebuah van terpakai, yang mana enta pilih?" tanya Ustaz Mujib.

Johari terdiam sebentar. "Sudah tentulah Ferrari mewah!"

"Sebab?" Last edited by lowgil on 16-9-2012 03:00 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2012 09:01 PM | Show all posts
Last edited by lowgil on 21-7-2012 05:24 PM \n\n
Sonata Kasihku ~ RM 15.00 (SOLD OUT)

Sinopsis

Aku ibarat kuda yang patah kakinya… berlari dalam kesakitan sambil ditemani rintih-rintih hujan… demi meraih sebuah kemenangan cintamu. Namun kemenangan itu nyata bukan milikku bilamana Allah yakinkan aku yang engkau bukanlah diciptakan untukku. Tapi… izinkan aku terus mendoakanmu Yun, mendoakan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Karena dengan itu roh kita akan saling mengenali. Di sebalik sonata kasihku… aku cuba mencari kebahagiaan diri bersama Adam. Seorang suami yang sanggup ‘dimadu’ oleh isterinya. Bilamana aku gelisah ingatkan Yun, keutuhan mahligai kasihku bersama Adam mula goyah. Goyah dilanda badai tatkala cemburu merantai hati. Namun demi kasih yang mula berputik… akan kubajai sehingga ia mekar mewangi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2012 09:03 PM | Show all posts

Warna ~ RM 17.00 (SOLD)

Sinopsis

Warna I – Nazurah Aishah
Bukan Dipaksa kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh

Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.

Warna II – Rnysa
Hikari Ainori the love ride of hikari
Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan.
Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram.
Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.

Warna III – Nasz
Karamel - karamel itu benda hangus yang sedap

Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.

“Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.

“Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut.

Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia? Last edited by lowgil on 27-8-2012 04:32 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2012 08:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by lowgil at 9-7-2012 21:48


Dia Idaman Hati ~ RM 19.00 (SOLD OUT)

Sinopsis
“Apa awak cakap? Sila ulang.”
“Just acting. Berlakon saja. Pretend that you’re my wife... and I’m your husband. Simple, right?”
Simple tengkorak kau. Ada yang kena baham dengan aku ni karang!
“Berlakon ya? Senang kata awak ya?”
“Yes.”
“Awak nak saya berlakon jadi macam yang awak cakap tadi tu ya?”
“Yes, dear.”
Dia panggil aku dear, kan? Err... ke dia maksudkan deer?
“Wayar bumi kat kepala awak tu terbakar ke? Kena panah petir semalam ek? Ke awak semalam mimpi bersilat dengan Rimau Bukit Putus.”
Jeffrey ketawa kecil. “Saya minta tolong ni, awak. Tolonglah.”
“Tak naklah, tak nak. T.A.K. N.A.K!!!”
“Tolong, tolong. T.O.L.O.N.G!!!”

Apabila Jeffrey Iskandar diperangkap oleh bekas teman wanitanya, Lilac, untuk membawa isteri ke majlis makan malam, Asma, si pembantu rumah hujung minggu yang bekerja di kondo milik Jeffrey dijadikan sasaran untuk berlakon sebagai isteri. Asma bukanlah wanita idaman Jeffrey. Langsung tak masuk senarai apalagi mahu shortlisted. Pendek kata, bukan idaman hatilah. Tapi, Jeffrey tahu Asma pilihan terbaik untuk tugasan ini!

Asma, si jururawat pergigian yang terjerumus dalam misi balas dendam bekas teman wanita majikannya itu tiada pilihan. Kerana kesiankan Jeffrey, dia bersetuju. Namun tidak diduga, lakonan mereka tidak terhenti di situ. Mereka terseret ke kancah masalah yang lebih besar.

“Awak ni nakal dan kelakarlah. Sebab tu saya suka awak.”

Aduhai, bukan idaman hati sudah menjadi idaman hatikah? Baik Jeffrey mahupun Asma tidak berdaya menolak. Mampukah mereka berdua yang bagai langit dan bumi itu bersatu? Terbalaskah dendam Laila terhadap lelaki idamannya apabila Jeffrey nekad dengan keputusan yang tidak disangka-sangka!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2012 08:42 PM | Show all posts


Kea Alyissa ~ RM 22.00 (SOLD OUT)

Sinopsis

“Terima kasih sebab jaga abang dengan baik….”

“Terima kasih juga sebab abang izinkan Kea untuk jaga abang….”

“Terima kasih sebab jadi isteri yang terbaik untuk abang….”

“Terima kasih juga sebab jadi suami yang terbaik untuk Kea….”

“Terima kasih untuk malam tadi….”

Erk! Tiba-tiba Kea jadi tak tentu arah. Maluuu!

“I love you….” Sekali lagi kata-kata keramat itu keluar dari mulut Haikal.

Kea senyum sendiri. Dipandangnya wajah Haikal dan kemudian mereka sama-sama tertawa.

Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorang diri. Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea datang sebagai pelangi bagi menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sebagai ombak untuk menghilangkan pantai kesunyian Kea.

Namun, dugaan tiba untuk menguji keutuhan mahligai syurga yang sedang mereka bina. Dugaan yang tidak pernah mereka sangka!

“Haikal menghidap kanser otak.” – Doktor Yusoff.

“Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!” – Zarif Zaquan.

Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup untuk menyerah kepada takdir semata-mata.

“Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah, ‘adakah you ditakdirkan untuk I?’. Jika Dia berkata ya, I akan mencintai you dengan sepenuh hati I. Tapi jika Dia berkata tidak, I akan terus mencintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua.”- Kea Alyissa.

Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab ‘YA’ kepada soalan Kea? Mampukah Kea dan Haikal hidup bahagia hingga ke syurga?

“Kun… fayakun.” Semua boleh berlaku dengan izin-Nya. Last edited by lowgil on 19-9-2012 06:35 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2012 08:44 PM | Show all posts


Aku Kan Novelis ~ RM 15.00 (SOLD OUT)

Sinopsis

Buat Iza, cintanya pada Hisham hanya akan menjadi indah jika si pemuda melafazkan kata-kata itu terdahulu kepadanya. Seorang perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi apakah Hisham juga menyimpan perasaan yang sama?

Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yang dimahukan dalam seorang wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yang sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan wanita Tionghoa itu darinya.

Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat-sahabatnya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sebagai seorang novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dalam bentuk seorang pemuda dengan rambut yang lebih merah dari api. Last edited by lowgil on 9-8-2012 03:35 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2012 01:47 PM | Show all posts
update (11/7/2012)
JEMARI SENI

Odisi Bulan Biru - RM16.00
Dame Zoete Sarah - 15.00
3 campur 1 = Satu - RM15.00
Sehiris Bulan - RM18.00
Jula Juli Bintang Tujuh - RM16.00
Warna - RM18.00

JS Adiwarna
Dia Yang Kunikahi - RM17.00

Buku Prima
Akhir Sebuah Cinta - RM16.00 (booked)
Aku Kan Novelis - RM15.00

Galeri Ilmu
Lentera Cinta Albaicin - RM18.00

CESB
Sonata Kasihku - RM15.00

Kaki Novel
Kea Alyissa - RM22.00 (booked) Last edited by lowgil on 17-8-2012 08:31 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2012 07:30 PM | Show all posts


Alahai, Mat Salih! ~ RM 17.00 (SOLD OUT)

Sinopsis

Zafri, kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya. Puas dicari, rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata. Cuma takdir yang lambat menemukan mereka. Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang. Hendak sangat majlis yang simple, TUHAN beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja.

Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham dan membuat darah Aira naik. Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucapkan kasih dan mempamerkan sayang. Sebaliknya Aira lebih suka memendam perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan, cinta yang hadir tetap tidak boleh ditepis.

Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk. Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya. Namun, wajarkah membiarkan suami penasaran dengan isteri sendiri? Last edited by lowgil on 5-8-2012 10:09 PM \n\n
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2012 01:36 PM | Show all posts
Last edited by lowgil on 30-7-2012 04:17 PM \n\n



Cucur Bawang & Kopi O ~ RM23.00 (SOLD OUT)

Sinopsis


Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh di hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest! Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu! Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2012 10:06 PM | Show all posts
apsal first page jadi tunggang langgang ni?? semua thread pulak tu,

Senarai Novel: update (21/7/2012)
JEMARI SENI
Odisi Bulan Biru - RM16.00
Dame Zoete Sarah - 15.00
3 campur 1 = Satu - RM15.00
Sehiris Bulan - RM18.00
Jula Juli Bintang Tujuh - RM16.00
Warna - RM18.00

JS Adiwarna
Dia Yang Kunikahi - RM17.00

Buku Prima
Akhir Sebuah Cinta - RM16.00 (booked)
Aku Kan Novelis - RM15.00
Cucur Bawang & Kopi O - RM23.00 (booked)

Galeri Ilmu
Lentera Cinta Albaicin - RM18.00

Kaki Novel
Kea Alyissa - RM22.00 (booked)

Alaf 21
Alahai, Mat Salih! - RM17.00 (booked) Last edited by lowgil on 17-8-2012 08:29 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 12:20 AM | Show all posts

Lafazkan Kalimah Cintamu ~ RM23.00 (SOLD OUT)  

Sinopsis
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Last edited by lowgil on 7-8-2012 07:26 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 12:21 AM | Show all posts

Aku Bukan Mistress ~ RM17.00 (SOLD OUT)

Sinopsis
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama? Last edited by lowgil on 3-8-2012 05:23 PM \n\n
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.342618 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list