CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lowgil

::[WTS] Novel Jibam - Ujang ::

[Copy link]
 Author| Post time 24-7-2012 12:23 AM | Show all posts

Cinta Yang Terlewat ~ RM17.00 (SOLD OUT)

Sinopsis
Di kala usia muda, Muhammad Fahim kehilangan isteri di saat buah cinta pertama hadir dalam hidupnya. Setelah menamatkan kembara ilmunya di bumi Anbiya. Muhammad Fahim kembali ke tanah air, memulakan kehidupan sebagai seorang doktor sambil membesarkan anak yang menjadi penawar hidupnya. Dia bertemu dengan Nisaa, seorang isteri yang teringin bergelar seorang ibu setelah beberapa tahun berkahwin. Tanpa cinta yang berputik, mereka berdua disatukan dalam satu kisah yang tak terduga. Perancangan manusia itu usaha, perancangan ALLAH itu takdir dan takdir yang itulah yang terbaik untuk mereka. Last edited by lowgil on 7-8-2012 07:26 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2012 04:16 PM | Show all posts
Senarai Novel - Available: update (1/8/2012)
JEMARI SENI
Odisi Bulan Biru - RM16.00
3 campur 1 = Satu - RM15.00
Sehiris Bulan - RM18.00
Jula Juli Bintang Tujuh - RM16.00
Warna - RM18.00

JS Adiwarna
Dia Yang Kunikahi - RM17.00

Buku Prima
Aku Kan Novelis - RM15.00
Cinta Yang Terlewat - RM17.00

Galeri Ilmu
Lentera Cinta Albaicin - RM18.00
Last edited by lowgil on 1-8-2012 03:46 PM \n\n
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2012 07:17 PM | Show all posts

Te Amo Sayang ~ RM17.00 (SOLD OUT)

Sinopsis

Faaeq Rifqi begitu pembersih dan tidak mampu bertolak ansur dengan sebarang bentuk kotoran walau habuk sekalipun. Kerjaya sebagai pramugara menjadikan dia lebih teliti dalam apa jua keadaan. Namun dapatkah Faaeq Rifqi memastikan dia akan jatuh cinta dengan wanita yang bersikap serupa dengannya? Last edited by lowgil on 5-8-2012 10:10 PM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 04:30 PM | Show all posts
Novel Dame Zoete Sarah dah selamat sampai...
thanks ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2012 10:10 PM | Show all posts
chaoyunjie posted on 5-8-2012 04:30 PM
Novel Dame Zoete Sarah dah selamat sampai...
thanks ya

happy reading ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2012 08:23 PM | Show all posts

Zahrah de Tigris - RM 16.00 (sold)

Sinopsis

Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris…

Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.

Hayatilah sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita, yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat. Last edited by lowgil on 24-12-2012 02:41 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2012 08:23 PM | Show all posts
**delete** Last edited by lowgil on 17-8-2012 08:34 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2012 08:25 PM | Show all posts

Nama Atas Kertas - RM 16.00 (Sold)

Sinopsis

Engkau tidak dapat melihat aku,

tapi aku sentiasa wujud;

Engkau boleh bersembunyi di mana saja,

tapi aku akan tetap menjumpaimu;

Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,

tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;

Siapakah aku?

Apa tip yang ada?

“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle

dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…”

TAWARAN
Buah fikiran anda diperlukan!

Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Nama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya. Last edited by lowgil on 21-9-2012 06:22 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2012 08:26 PM | Show all posts

Bulan Di Atas Champs-Elysees - RM 13.00

Sinopsis
... memori indah itu bagaikan terlalu lama, seolah-olah hilang dalam filem hitam putih...

Dia gadis cergas, bijak, dan suka sesuatu penuh cabaran; itulah yang membawanya merantau ke Paris – Kota Cinta dan Kota Seni – dengan tiket untuk belajar bahasa Perancis!

Bertemu dengan Jean Paul di maya menjadi gerbang dia menelusuri ‘Parisku yang indah, Parisku yang romantis’... menaiki anak-anak tangga di Bukit Montmarte serta melihat pelukis-pelukis dan lukisan mereka yang indah; berjalan berpegang-pegangan tangan sewaktu musim bunga di Jardin Tuileries; menyaksikan pementasan teater Little Prince (Le Petit Prince) di L’Opera; melawat Musée D’Orsay yang penuh ukiran-ukiran cantik; melopong memandang lukisan Leonardo da Vincci – La Giaconde atau Mona Lisa di galeri; teruja dengan kedai-kedai berkelas di Rue de Rivoli; minum kopi café viennoise di café-café comel sambil makan roti pain au chocolat....

‘Kau’ memang seperti yang aku impikan dan ‘kau’ memang hidup, Paris!!! Tetapi denganmu Jean Paul...

“Eva Hana, je t’aime, mon amour, pour toujours.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2012 08:27 PM | Show all posts

26 Episod Gosip - RM 15.00

Sinopsis

matahari bukan pelakon yang boleh disuruh ulang berlakon

Seperti hidup ini, ada benda yang kita mahu pilih sekali sahaja sepanjang hidup: kekasih. Ini kisah di belakang tabir. Cerita Ain Nurlisa yang keras hati pada cinta bermula dari sini... ‘di dalam’ dan ‘di luar lokasi’ bersama krew produksinya...

Scene 1

“Ingat kau orang ikut mak dan Posh berkaraoke!”

“Mak pandai menyanyi ke?”

“Bolehlah!”

“Hessyy! Jangan buat main, Misha Omar tu... suara sedap,” celah pelakon baharu, Ari Zaman.

“Suara mak tu... mula aja ala-ala Misha Omar, lepas tu jadilah suara Hattan ke Jamal Abdillah la pula!” seloroh juruaudio produksi.


Scene 2

“Wah, Jeffri Husin sejak bila pulak suka pakai blusher ni? Cap apa?” usik Rosie.

“Bukan senang tau, nak ‘terpakai’ blusher yang ada corak lima jari kat pipi macam ni,” gurau Jeffri. Telapak tangan Ain masih pedih, sepedih hatinya.

“Hey girls, hati-hati kau orang dengan pelakon pujaan Malaya ni. Nanti frust terlebih tonggeng kau,” leter Posh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2012 08:28 PM | Show all posts

Suci Wajah Rindu - RM 17.00 (SOLD OUT)

Sinopsis


10 tahun lalu AJ pergi meninggalkannya bersama untaian janji yg tidak pernah tertunai. Dia meyakinkan diri bahawa AJ hanya sebahagian dpd mimpi. Tidak mungkin hadir di alam realiti. Dendam dan benci kesumat kak long menolak dirinya semakin jauh dari hidup AJ hinggakan terlalu sukar utk dia menjejaki lelaki itu. Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun... terlalu mengharapkan keajaiban berlaku bukan dia orgnya.

Dlm parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba2 pada satu subuh yg indah, lelaki itu hadir merawat luka... Last edited by lowgil on 5-10-2012 02:43 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2012 09:45 PM | Show all posts

7 Hari Mencintaiku ~ RM 23.00 (SOLD OUT)

Sinopsis


Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini. Last edited by lowgil on 10-9-2012 03:19 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2012 11:58 PM | Show all posts
Koleksi Norhayati Berahim

Nota Cinta Buatmu - RM13 (SOLD OUT)
Dia Lebih Mengerti - RM13 (SOLD OUT)
Jalinan Memori - RM13


Dendam Yang Terlerai - RM15 (SOLD OUT)
Hanya Kerana Cinta - RM15 (SOLD OUT)
Sentuhan Kasih - RM15 Last edited by lowgil on 21-9-2012 06:23 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2012 10:28 PM | Show all posts
Senarai Novel: update (4/9/2012)
JEMARI SENI

Nama Atas Kertas - Nasron Sira Rahim ~ RM16.00 (booked)
Odisi Bulan Biru - John Norafizan ~ RM16.00
Sehiris Bulan - Hafizah Iszahanid ~ RM17.00
26 Episod Gosip - Haswida Abu Bakar ~ RM15.00
Bulan di Atas Champs-Ellesse - Eva Hana ~ RM13.00
Zahrah de Tigris - Khairyn Othman ~ RM16.00

JS Adiwarna
Dia yang Kunikahi - Iqbal Syarie ~ RM15.00

Buku Prima
Akhir Sebuah Cinta - Siti Nur Dhuha ~ RM15.00

Galeri Ilmu
Lantera Cinta Albaicin - Mazni M.R ~ RM16.00

Creative Enterprise Sdn. Bhd
Suci Wajah Rindu - Zuraidah Othman ~ RM17.00

SR Publication
7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah ~ RM 23.00 (SOLD OUT)  

Koleksi Norhayati Berahim
Nota Cinta Buatmu - RM13
Dia Lebih Mengerti - RM13
Jalinan Memori - RM13
Sentuhan Kasih - RM15

*harga belum termasuk pos Last edited by lowgil on 10-9-2012 03:20 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 03:07 PM | Show all posts
update 10/9:

Menyemai Cinta - Iffa Irdina RM15
Chinta - Norhayati Berahim RM17
Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim RM25
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 01:00 PM | Show all posts

Biarkan Ia Berlalu ~ RM 25.00 (SOLD)

Sinopsis

Nadia... kepulangannya ke tanah air setelah 5 tahun berada di United Kingdom hanya dengan satu tujuan. Membalas dendam! Disebabkan dendam jugalah Friends Corporation berdiri megah di tanah kelahirannya. Namun tiada siapa yang menyedari bahawa dialah pemilik sebenar empayar itu.

Identiti palsu sebagai graduan luar negara yang menganggur membuka peluang untuknya merealisasikan dendamnya. Namun perkenalannya dengan Syafiq telah membuai jiwa wanitanya. Lelaki itu mula membuka semula pintu hatinya untuk menerima cinta setelah dikecewakan 5 tahun dahulu.

Mampukah Nadia meneruskan lakonannya nanti? Adakah dia mampu membalas dendam dan mengembalikan maruah keluarganya semula? Dapatkah Syafiq menerima diri Nadia seadanya?

Biarkan Ia Berlalu... padat dengan kisah dendam, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan. Last edited by lowgil on 5-11-2012 02:41 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2012 01:01 PM | Show all posts


Chinta ~ RM 17.00 (SOLD)

Sinopsis


Zahirnya dia lelaki yg sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada yg tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yg menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yg bernama Raja Akid itu tidak penah percaya pada cinta. Bahkan dendam yg berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yg bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.

Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yg disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yg boleh menjawabnya. Last edited by lowgil on 25-9-2012 06:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 01:02 PM | Show all posts


Menyemai Cinta ~ RM 15.00 (SOLD OUT)

Sinopsis


Hidup selepas kematian seorang ayah begitu sukar. Terpaksa bekerja keras dan mengenepikan keseronokan hidup seorang remaja demi untuk keselesaan diri dan adik-adik. Kasih terhadap ibu yang tiada tempat bergantung membuatkan dia redha dengan takdirnya. Namun hadirnya sinar kasih seorang jejaka telah mengubah seluruh hidupnya. Cinta baginya terlalu asing. Dia tidak pernah mengecapinya. Malah tidak pernah mengimpikan sebuah cinta kerana matlamat utamanya di dalam hidup ialah segulung ijazah. Demi mengubah taraf hidup mereka. Tetapi keluhuran cinta seorang lelaki yg selama ini dianggap abang membuatkan dia terpaku. Permintaan ibu agar menerima lamaran yang datang membuatkan dia kecewa. Dunianya seakan berakhir. Namun kasih terhadap ibu mengatasi segalanya. Lamaran itu diterima dan dia teruja dengan kasih yang dihambur. Terlalu luhur cinta itu. terlalu indah pula nikmatnya... membuatkan dia terlalu mensyukuri kurniaan Ilahi yang satu itu. Last edited by lowgil on 16-9-2012 02:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 04:28 PM | Show all posts
lowgil posted on 13-9-2012 01:00 PM
Biarkan Ia Berlalu ~ RM 25.00

Sinopsis

include post x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 04:37 PM | Show all posts
ellZack posted on 13-9-2012 04:28 PM
include post x?

x termasuk pos..tambah RM7 utk pos domestik.. beli lg 3 buah buku pun kos posnya sama RM7..cari le lg 2 buah yg mana tak baca lg.. BIB ni tebal sgt beratnya 900g, hampir 1kg..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.449034 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list