CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19461|Reply: 137

PRODUK TERBARU AC MIZAL

  [Copy link]
Post time 2-1-2012 01:13 AM | Show all posts |Read mode
Sunday, January 1, 2012AC dedah rahsia di sebalik kehilangannya

INILAH gajet keluaran MBI antaranya notebook, iPad dan telefon bimbit.



SETELAH lebih setahun menjejakinya dan pelbagai cerita negatif mengenainya disebarkan, akhirnya penyanyi, pelakon, pengacara dan ahli perniagaan yang kian membina nama, Datuk AC Mizal sudi menerima kedatangan Pancaindera.
Rabu lalu bertempat di pejabat empat tingkat MBI milik syarikatnya dengan rakan kongsi Tedy Teow(Pengerusi Kumpulan) dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida (Ketua Pegawai Eksekutif), AC menanti kehadiran kami.
Walaupun lebih 10 tahun kami tidak bersua muka, namun jarak waktu yang memisahkan sedikitpun tidak melunturkan sikap ramah dan mesra AC Mizal seperti waktu pertama kali bertemunya 20 tahun lalu ketika bersama dengan 4U2C.
Itulah AC Mizal,40, atau nama sebenarnya Mizal Zaini bekas penuntut Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.
Lebih dua jam berbual dengannya, siapa sangka AC yang dulunya popular dengan lagu Fiona, kini boleh berdiri megah sebagai Pengerusi Eksekutif empat buah syarikat iaitu Malaysia Brand International, M7,Mface dan AC Living Large dengan pekerja melebihi 50 orang.
Satu demi satu soalan yang dilontarkan kepadanya isu gelang, gelaran Datuk dan melarikan diri daripada wartawan, AC yang mulanya begitu kental jiwanya, akhirnya kalah apabila ditanya bertubi-tubi soalan mengenai isu yang telah mencalarkan namanya.
Wajahnya yang ceria tiba-tiba redup seketika dan tanpa disangka mata kecilnya berkaca bagai menceritakan gelodak jiwa yang pernah dialami tatkala ia menjadi umpat nesta mereka yang tidak senang melihat kejayaannya.
“Saya tahu, waktu itu pelbagai cerita negatif tentang saya disebarkan. Saya tahu ramai wartawan yang mencari saya tetapi saya sengaja mengelak bukan kerana takut tetapi saya ada perancangan sendiri.
“Ketika orang sibuk bercakap tentang saya dan mendakwa pelbagai cerita yang buruk, saya percaya Allah tahu segala-galanya.
“Tanpa pengetahuan mereka saya bangun dan berusaha untuk merealisasikan impian saya menubuhkan MBI.
“Betul kata orang bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Saya adalah jenis yang tidak mahu mengaku kalah. Saya akan berusaha sehingga berjaya dan sebenarnya mereka yang pernah bekerja dengan saya tahu akan perancangan ini.
“Setahun lamanya saya berusaha sebelum saya boleh berdiri tegak selepas jatuh ditolak oleh mereka. Namun bagi saya, apa jua halangan dan dugaan Tuhan saya hadapi dengan tabah dan syukur alhamdulillah saya berjaya menubuhkan syarikat ini,” kata AC sambil tersenyum.
Walaupun hari ini, AC boleh berbangga menerajui empat buah syarikat tetapi tiada siapa yang tahu dia pernah menitiskan air mata kerana tindakan dan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.
Namun ketika kepedihan itu, AC beruntung mendapat seorang isteri yang begitu memahami dan sentiasa menyokongnya.
Ketika ditanya pernahkah dia menangis menghadapi saat kesusahannya itu, tanpa berselindung AC berkata;
“Saya cuma menangis dalam hati. Tapi ia sedikitpun tidak memadamkan hasrat saya untuk membuktikan yang saya akan berjaya dan saya sentiasa menjadikan Donald Trump sebagai idola kerana dia juga pernah jatuh bangun dalam hidupnya.
“Dengan tertubuhnya syarikat ini saya mahu mengubah pandangan skeptikal masyarakat terhadap artis yang sentiasa dianggap tidak cerdik dan tidak boleh hidup mewah dan berjaya.”
Menurut AC, dia memilih Tedy Teow sebagai rakan kongsi kerana dia juga pernah mengalami nasib yang sama sepertinya.
Berkongsi rezeki
SETELAH berjaya menubuhkan MBI, tanpa teragak-agak AC turut menubuh tiga lagi syarikat iaitu Mface, M7 dan AC Living Large.
Mface yang mengendalikan laman sosial telah memilih 60 artis popular dengan memberi mereka saham bernilai RM100,000 setiap seorang.
Antara artis yang menjadi pilihan Mface ialah Afdlin Shauki,Harun Salim Bachik, Zain Saidin, Emelda Rosmila, Zizan Raja Lawak dan Adlin Aman Ramli.
“Saya memilih artis kerana mahu berkongsi rezeki bersama mereka. Mudah-mudahan impian saya akan diberkati dan mereka akan berjaya mencapai matlamat ini,” kata AC.
Selain Mface, M7 yang berkonsepkan kedai serbaneka juga ditubuhkan bagi membantu mereka yang ingin menambah pendapatan bulanan.
Menurut AC, M7 yang kini dibuka di bangunan yang sama dengan pejabat MBI memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertainya dengan bermodalkan RM2,799 sahaja.
“Siapa yang berminat bolehlah menghubungi syarikat saya kerana syaratnya begitu mudah.”
Selain di Malaysia, M7 juga akan membuka cawangannya di luar negara dan setakat ini ia telah mendapat permintaan lebih daripada 11,000 cawangan di dua buah negara.
nota kaki : apa jadi dengan AC Konsortium?
*KREDIT TO http://gambargambarpelik.blogspot.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2012 01:21 AM | Show all posts
So yg dah klua modal utk gelang hr tu macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 01:24 AM | Show all posts

PRODUK TERBARU AC MIZAL

Tu dia...nk mtk duit lagi..sape yg berminat.ada ke?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 02:06 AM | Show all posts
ini semua brg beli kat china pastu jdkan mlm kat msia.

barang dr harga 10 hengget up jd smpi seribu.

umat melayu buta2 kena tifooo...kehkehkeh....org bodo mmg senang kena tipu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 07:08 AM | Show all posts
sape nak labur kemudian lebur duitnya nih ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 07:09 AM | Show all posts
sape nak labur kemudian lebur duitnya nih ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2012 07:34 AM | Show all posts
berminat untuk menyertainya dengan bermodalkan RM2,799 sahaja.


Wah mamat ni mmg x segan silu menifoo
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 07:53 AM | Show all posts
paten bisnesnye masih seperti dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2012 09:10 AM | Show all posts
dia mmg dah dapat title datuk ye??
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 09:39 AM | Show all posts
dia mmg dah dapat title datuk ye??
Kia_picanto Post at 2-1-2012 09:10



   dah noks..ngan sultan pahang ari tuh..cam besa..murahan punyer pingat...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 09:42 AM | Show all posts
Luar negara lagi
Negara mana AC?
Zimbabwe?
Honolulu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 09:47 AM | Show all posts
harap2 dah kaya ni nafkah anak bayo la ye....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 10:01 AM | Show all posts
dah noks..ngan sultan pahang ari tuh..cam besa..murahan punyer pingat...
skymania Post at 2-1-2012 09:39



   senyap2 je ker dia amek pingat sekai???
takde arak bagai ker???
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 10:03 AM | Show all posts
senyap2 je ker dia amek pingat sekai???
takde arak bagai ker???
Kia_picanto Post at 2-1-2012 10:01



   ada acara ari tuh..skali ngan eizlan yusof..bab party tak taulah ada arak ker idak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 10:10 AM | Show all posts
ada acara ari tuh..skali ngan eizlan yusof..bab party tak taulah ada arak ker idak?
skymania Post at 2-1-2012 10:03



   ooooooo... ada acara la.. mmg katak bawah baldi la aku ni...
ahahaha.. bukan arak tu noks... perarakan.. mana tau nak berarak ngan gajah ker..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 10:10 AM | Show all posts
gigih betul si AC ni...juga tebal juga kulit mukanya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2012 10:16 AM | Show all posts
ohhh. mbi ni barang dia ke. penah ternampak iklan kt hiway utara selatan blah bangi ke kl rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 10:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by tarabas1976 at 2-1-2012 10:24
Sunday, January 1, 2012

Menurut AC, M7 yang kini dibuka di bangunan yang sama dengan pejabat MBI memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertainya dengan bermodalkan RM2,799 sahaja.
“Siapa yang berminat bolehlah menghubungi syarikat saya kerana syaratnya begitu mudah.”
Selain di Malaysia, M7 juga akan membuka cawangannya di luar negara dan setakat ini ia telah mendapat permintaan lebih daripada 11,000 cawangan di dua buah negara.

AnnaMarrytta Post at 2-1-2012 01:13



    11,000 cawangan? Agak-agak larr..........kalo yer pung nak tonjolkan imej kononnya mendapat banyak permintaan untuk membuka cawangan di luar negara, figure tuh biarla logik sket.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 10:33 AM | Show all posts
lagi satu projek utk menipu org Melayu yg nak cepat kaya tapi malas keje
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2012 10:38 AM | Show all posts
sotan mana lah yg bodoh sangat..bagi datuk kat dia..buta ke mata sotan tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.075386 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list