CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13392|Reply: 76

Diandra Arjunaidi Bersedia Hadapi Kontroversi...

[Copy link]
Post time 5-1-2012 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by freekey at 19-1-2012 13:19

KUALA LUMPUR: Yunalis Zaraai atau Yuna memperluaskan kerjaya seninya apabila memilih seorang penyanyi muda bernama Diandra Arjunaidi untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan iaitu Yuna Room Records (YRR).

Yuna berkata, bakat yang dimiliki Diandra membuatkan dia yakin anak muda berusia 20 tahun itu mampu pergi jauh dalam industri muzik tanah air.



"Apabila saya lihat Diandra, dia seperti saya pada lima tahun lalu yang merakamkan pelbagai lagu tetapi tidak tahu bagaimana mahu perkenalkan karya tersebut kepada umum. Sebab itu saya pilih dia.

"Diandra juga seorang yang amat rajin dalam meneroka dunia muzik. Alhamdulillah, berdasarkan persembahan yang dilakukan, lagu-lagunya menerima respons yang positif.

"Malah, pengambilan Diandra sebagai artis naungan pertama YRR adalah permulaan dalam mengembangkan perniagaan syarikat saya itu," katanya pada Majlis Pelancaran Album Yuna & Diandra Arjunaidi di Holding Room, Menara 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, Rabu.



Tambah Yuna, dia juga berharap agar para peminat tidak membandingkan lagu-lagu ciptaannya dengan Diandra kerana masing-masing mempunyai konsep muzik yang berbeza.

"Setakat ini, diakui memang ada yang beranggapan Diandra membawakan lagu-lagu seperti saya, sedangkan kami mempunyai muzik yang berbeza termasuklah cara nyanyian kami.

"Bagaimanapun, saya percaya, selepas mendengar ketujuh-tujuh lagu dalam album Diandra, persepsi mereka akan berubah," katanya.

Album pertama Diandra yang menggunakan judul namanya sendiri memuatkan sebanyak tujuh buah lagu seperti Angkasa, Things We Don't Say, Remember, Happy, Entitled, White Lines dan You.

Sementara itu, Yuna turut muncul dengan album keduanya berjudul Terukir Di Bintang di mana ia memuatkan sebanyak lapan buah lagu seperti Sparkle, Photo of You, Memo, KL Kita, Coffe, Someone out Of Town dan Fears And Frustration.

"Jika album pertama saya berkonsepkan alternatif, kali ini Terukir Di Bintang lebih berbeza di mana muziknya lebih santai dan perlahan, sesuai dengan usia saya 25 tahun,” ujarnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 08:56 AM | Show all posts
dah ada noks.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:08 AM | Show all posts
siapa diandra tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:10 AM | Show all posts
sedap tak sore budak nie?? tomei la orangnyer
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:15 AM | Show all posts
choiiiiii.....freekey dah tuko.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:28 AM | Show all posts
nak jugak amik kaum kerabat dia hahaha.. sorang yunalis sorang diandra.. hurmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2012 09:38 AM | Show all posts
cun jugak diandra
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 09:41 AM | Show all posts
seksi siottt diandra nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 09:44 AM | Show all posts
Giler tak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:00 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:45 AM | Show all posts
ape lagu dia nie??
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:56 AM | Show all posts
cantiknya kasut yuna!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:57 AM | Show all posts
Diandra ni cucu Rosnani Jamil ngan Jamil Sulong x silap dengar radio arituh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:11 AM | Show all posts
Patutla si Senah bukak thread promote budak ni dulu..
Anak didik Yuna kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:13 AM | Show all posts
nak jugak amik kaum kerabat dia hahaha.. sorang yunalis sorang diandra.. hurmmm
fizamn Post at 5-1-2012 09:28


Eh, theyols ada hubungan saudara ke noks??
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 11:45 AM | Show all posts
cantek kasut yuna..tinggi gile...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2012 06:18 PM | Show all posts
banyak duit si yuna nih boleh amek artis baru ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 06:37 PM | Show all posts
cantik kasut yuna
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 07:08 PM | Show all posts
pernah dengar diandra ni nyanyi dalam Wanita Hari Ini (TV3). ermm, biasa je la suaranya. (mungkin jugak daku yang tak pandai menilai).
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 11:23 PM | Show all posts
kasut yg sama, rasanya on the same day,just tukar baju utk photoshoot team rotikaya







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.083186 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list