ceh, lagu stok2 yuna jugak...bosannnnnnn....kat malaysia ni , kalu satu penyanyi pompuan muncul dgn gitar, tak lama pastu berbondong2 lah keluar penyanyi pompuan style sama juga....takde ke yg reti nyanyi sambil main piano ke..
Lama sungguh rasanya untuk menanti kemuncula album terbaru daripada si gadis bersuara unik, Yunalis Zarai ini. Dan akhirnya pada 4hb Januari 2012, Yuna bukan sahaja melancarkan album baru yang diberi nama “Terukir di Bintang” tetapi turut memperkenalkan artis baru di bawah syarikat rakamannya (Yuna Rooms Records) iaitu Diandra Arjunaidi.
Mengikut kata rakan Abang Nara yang hadir bagi pihak BeautifulNara, album terbaru Yuna ini mampu meremangkan bukan sahaja bulu roma anda, namun bulu hidung (jika anda ada) pun boleh teremang sekali. Suara Yuna makin bertambah matang, lirik makin berpuitis dan paling penting, pantulan gemersik suara Yuna boleh membuatkan anda terasa seperti dibuai di dalam zon Yuna.
Manakala Diandra Arjunaidi pula yang agak popular dengan lagu bertajuk Angkasa dilihat mempunyai ciri-ciri persamaan dengan Yuna. Pandai bermain gitar, suara mirip Yuna dan paling penting, mempunyai kelainan daripada artis-artis yang sedia ada sekarang. Abang Nara dapat rasakan Diandra dapat pergi jauh di bawah bimbingan Yuna kelak.
Layankan beberapa keping lagi gambar sekitar pelancaran album baru Yuna dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar diambil oleh si abang kacak, Eman Ismail (masih single lagi).
Album pertama Diandra yang menggunakan judul namanya sendiri memuatkan sebanyak tujuh buah lagu seperti Angkasa, Things We Don't Say, Remember, Happy, Entitled, White Lines dan You.
---> Kiranya album omputih la....selit satu lagu melayu nak tempus pasaran melayu gitew...
sore die ala2 yuna jugakkah?? lagu2 pun macam stail gitu kah??
samshik Post at 9-1-2012 10:05
bab suara .. yuna much better.. lg kuat.. suara dia ni ala2 jer.. dah byk suara mcm ni untuk indie band..
kalau ngan najwa m & zee avi, mcm langit dgn bumi, nak dibandingkan dgn diandra nih..
btw, lagu dia bg ai..so so jer.. kalau mek sam.. takleh layan kot..