CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4642|Reply: 66

Dendam Cinta Ditolak - Tikam!

[Copy link]
Post time 7-1-2012 08:23 AM | Show all posts |Read mode


Dendam Cinta Ditolak
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Yusmawati Mhd Yusof
am@hmetro.com.my

  
DITAHAN...suspek yang menikam teman wanitanya menggunakan pisau pemotong sayur (gambar kecil).

MELAKA: “Kalau aku tak dapat kau, aku pastikan orang lain pun tak dapat.” Itu kata seorang lelaki sebelum menikam kekasihnya dengan sebilah pisau selepas mereka bertengkar berikutan mangsa tidak mahu lagi meneruskan percintaan mereka.

Kejadian berlaku berhampiran tempat letak kereta sebuah restoran berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Akibat dua tikaman oleh teman lelakinya itu, mangsa, Norzila Alismadi, 22, yang bekerja sebagai juruwang restoran makanan segera, cedera parah di perut serta rusuk kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka (HM).

Suspek yang bekerja sebagai penarik kereta dikatakan nekad menikam Norzila menggunakan pisau pemotong sayur kerana cemburu selepas wanita itu berkawan dengan lelaki lain serta mahu memutuskan hubungan mereka yang dijalin sejak lapan bulan lalu.

“Sebelum itu dia (suspek) tanya betul saya tak nak dia lagi? Saya kata kalau hendak pun, dia kena bekerja dan saya minta dia cari perempuan lain. Dia kemudian berkata kalau dia tak dapat saya, dia akan pastikan orang lain pun tak dapat.

* bila syaitan beraja, akal ikut singkat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2012 08:26 AM | Show all posts

Dendam Cinta Ditolak - Tikam!

xde otak! goblok!


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 08:28 AM | Show all posts
hebaknye pompuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 08:29 AM | Show all posts
Suspek yang bekerja sebagai penarik kereta
koboi Post at 7-1-2012 08:23



mcm da biasa ja tikam2 orang?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 08:33 AM | Show all posts
Ketara sangat versi HM beza ngan Kosmo
Ni versi Kosmo plak

Wanita nyaris maut ditikam duda
Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my

MELAKA – Perasaan cemburu dan tidak puas hati yang meluap-luap terhadap kekasihnya yang mahu memutuskan hubungan mendorong seorang duda anak satu bertindak menikam perut wanita itu sebelum dia ditahan setengah jam selepas melakukan perbuatan itu kelmarin.

Kejadian pukul 10 malam di belakang sebuah restoran makanan segera di Lebuh Ayer Keroh di sini itu menyebabkan pekerja premis berkenaan, Norliza Alismadi, 22, nyaris kehilangan nyawa sebelum diselamatkan oleh rakan sekerjanya yang bergegas membawanya ke Hospital Melaka di sini.

Difahamkan, Norliza ingin memutuskan hubungan yang terjalin sejak lapan bulan lalu selepas tidak tahan dengan sikap suspek yang tidak bekerja selain mangsa dipaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM420 ke atas kereta suspek jenis Perodua Viva.

Sebelum menikam mangsa, suspek yang naik hantu sempat memarahi kekasihnya itu dengan mengatakan orang lain tidak akan dapat memiliki mangsa jika cintanya ditolak.

Mengimbau semula kejadian itu, Norliza memberitahu, sebelum kejadian, dia dan suspek bertemu di belakang tempat kerjanya untuk memulangkan motosikal jenis Yamaha milik lelaki itu selain bertanya mengenai telefon bimbitnya yang diambil duda berkenaan.

Katanya, tanpa diduga, suspek terus bertanya sama ada dia mahu lagi meneruskan hubungan atau memutuskannya.

“Sebaik saya jawab hendak putus dan sempat menasihatinya supaya mencari wanita lain, dia terus memarahi saya dan mengeluarkan sebilah pisau dari dalam bajunya lalu menikam perut saya.

“Suspek cuba pula mengelar leher saya namun dapat dielak. Dia yang tidak berpuas hati kemudian menendang dan menikam perut saya sekali lagi menyebabkan saya terduduk sebelum dia melarikan diri dengan menunggang motosikal yang saya bawa itu,” katanya ketika ditemui.

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 08:35 AM | Show all posts
Koboi baru baca Metro Online kah? Semua dalam Metro mahu dikeluarkan kah? Atau Edisi Cinta n Sek je?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-1-2012 08:38 AM | Show all posts
Koboi baru baca Metro Online kah? Semua dalam Metro mahu dikeluarkan kah? Atau Edisi Cinta n Sek je? ...
shernazz Post at 7-1-2012 08:35



tq shernaz...sedemikian lama not posting thread
hari ni buka forum, masih kosong, dan berniat utk berbakti dgn membuat posting
kena pulak sebijik
anyway tq
please ask mod to delete all of my thread pg ini
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 08:41 AM | Show all posts
tq shernaz...sedemikian lama not posting thread
hari ni buka forum, masih kosong, dan berniat ...
koboi Post at 7-1-2012 08:38



   Hehe....post le lagi..mungkeng ade yang x baco laie cite2 begini..memeriahkan forum di pagi hari...HM baru update ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2012 08:43 AM | Show all posts
Hehe....post le lagi..mungkeng ade yang x baco laie cite2 begini..memeriahkan forum di pagi ...
shernazz Post at 7-1-2012 08:41


xpe, dah penat
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 08:46 AM | Show all posts
Ketara sangat versi HM beza ngan Kosmo
Ni versi Kosmo plak

Wanita nyaris maut ditikam duda
Ol ...
Keduarc Post at 7-1-2012 08:33



   HM n Kosmo masing2 nak berlombe....mcm kesah Rozana kene tikam dolu tu...HM kata 35 kali ditikam.. Kosmo kata 15 kali ditikam....memasing nak hebatkan cerita
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 08:47 AM | Show all posts
lawa lak rambut pacak2 mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 08:51 AM | Show all posts
HM n Kosmo masing2 nak berlombe....mcm kesah Rozana kene tikam dolu tu...HM kata 35 kali di ...
shernazz Post at 7-1-2012 08:46



   
    Punyala nak berlomba smpai fakta tah kemana
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 08:55 AM | Show all posts
sikit2 tikam. patutlah org skrg kalo tak puas hati sikit belasah,tetak, tembak. ramai dh jd setan agknya. lepas ni kena hati2 skit dgn org.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 09:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by capiloton at 7-1-2012 09:24

ni kat mcd melaka mall nih..
dasat tol, ramai orang gila skang..
ni la akibatnya bila masyarakat jadi semakin urban..

keje tarik kete? mesti budak2 pokida..
moralnya, jangan la coba2 nak amik samseng taik kuceng nih sebagai boifren..
jangan terpengaruh dengan muvi KL Gangster taik kuceng..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 09:48 AM | Show all posts
saiko giler ar mamat nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 10:06 AM | Show all posts
di restoran berhadapan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Mc D kah???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2012 10:06 AM | Show all posts
Koboi baru baca Metro Online kah? Semua dalam Metro mahu dikeluarkan kah? Atau Edisi Cinta n Sek je? ...
shernazz Post at 7-1-2012 08:35



Tak kisahlah Shernazz.....
Dah lama Forum ni tak ada yang update berita2 terkini....
Kalau dulu tak yah selak suratkabor....baca forum je dah boleh baca semua berita2.....
Tapi sejak koboi dok dalam freezer....senyap sepi....Tongkatwaran pun dah merajuk pulak.....


TQ koboi memeriahkan forum ni semula.....

nak bagi bintang.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 10:25 AM | Show all posts
tak heran sgt sbb dah nampak macam samseng pekida.keje tarik kete plak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 10:34 AM | Show all posts
bajet samseng tahi minyak geng2 tatik keta ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 11:22 AM | Show all posts
teringat kejadian yg menimpa adik aku...
lbih kurang mcm nie gak la...
tp x la kes tikam menikam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.087945 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list