CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2367|Reply: 1

Kuliah Baitul Muslim Online

[Copy link]
Post time 14-1-2012 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by pinKy180 at 14-1-2012 23:07




Assalamualaikum, pada semua forumers, yang merancang dan dalam proses untuk berkahwin, sama ada yg sudah ada calon / single dan juga yang sudah berkahwin, dijemput untuk menghadiri kuliah Baitul Muslim Fasa 1 bersama Umi Atifah. Kuliah ini ada 2 hari seminggu :


Kuliah Baitul Muslim Fasa 1 :

Hari : Selasa

Waktu : 9 Malam - 11 ++ malam (waktu malaysia)


Kuliah Family Duat Blueprint :

Hari : Rabu

Waktu : 9 - 11 + malam (waktu malaysia)


Kuliah Ketaqwaan Jundi Menuju Syurga ALLAH :

Hari : Rabu

Waktu : 9 - 11 + malam (waktu malaysia)


note : Kuliah family duat dan ketaqwaan jundy diadakan 2 minggu sekali, maknanya minggu ini Rabu 18/1/2011 adalah kuliah Family Duat Blueprint, dan minggu hadapan pula kuliah ketaqwaan Jundi Menuju Syurga ALLAH.


Tempat : Hadapan laptop masing2...


Caranya :

1. Install Paltalk Messenger

2. Minta moderator "azlanmusyabri" atau "nadiasakinah" untuk invite anda ke dalam chatroom Kuliah BM Fasa 1. Bagi yang berada di Jepun, boleh meminda sub moderator "kumagaya 19873".

3.Setelah di'invite', sila Save Room "Bersama Ummu Atifah" untuk memudahkan urusan2 akan datang i.e. x perlu tunggu di'invite' lagi, boleh terus masuk.


Caranya:

a) Untuk save, setelah diinvite, dalam tab Room "Kuliah BM Fasa I", klik

Favorites >> Add this room to My Favorites

b) Untuk access semula Room, di bawah tab utama Paltalk, ada tertera Chat Rooms.

c) Pilih Favorite Rooms. Room "Kuliah BM Fasa I" akan ada di situ setelah

di'add'.

d) Klik dan anda sudah berada di dalam Room.



Kuliah ini bertujuan menyiapkan  individu untuk menuju alam rumahtangga yang bermatlamatkan ALLAH. Pembentukan individu amat ditekankan, kerana keluarga bahagia bermula dari individu yang taat pada ALLAH. Jadi mari sama-sama menyertai majlis zikrullah ini, dan digalakkan mengajak bakal pasangan masing2 bagi memudahkan kedua-duanya memahami, bersiap sedia & mengaplikasikan bersama selepas nikah. Sebarkan pada sahabat2 lain, semoga dapat bersama berkongsi manfaat ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2012 11:01 PM | Show all posts
Ummu Atifah (Kak Ina) merupakan seorang aktivis Islam dan Dakwah yang gigih di Malaysia. Beliau menjadi pakar rujuk dan kaunselor terutama sekali dalam bidang Baitul Muslim [Keluarga Islam] di mana beliau sering menganjurkan seminar-seminar dan kuliah kepada semua lapisan masyarakat.

"Anak umi, daurah BM secara online boleh dilaksanakan secara berkumpulan dengan menghubungi laman ini dan membuat kuliah Baitul Muslim online pada waktu yang akan ditetapkan.  InsyaALlah.

Daurah BM secara bersemuka juga diadakan dengan mengumpulkan seberapa ramai yang berminat dan susun waktu yang disepakati dan InsyaAllah umi cuba bantu untuk membuat pengisian bersama suami, InsyaALlah.

Daurah bersemuka/kuliah online ini mengandungi 3 fasa :

Fasa 1 – Pra-perkahwinan (pasangan bertunang/perorangan)
Fasa 2 - Paling awal 1 minggu sebelum aqad nikah (hafalan doa, niat mandi wajib, adab2 dsb) – berasingan pengantin lelaki bersama dengan suami umi, pengantin perempuan dengan umi.
Fasa 3 - ‘Charting Your Family Blue Print’dan ‘Tarbiyyatul Aulad’ – mengikut method Al-Quran – Madrasah Luqmannul Hakim, method As-Sunnah- madrasah Ar-Rasul saw, impian Al-Faruq)

Pilihlah cara mana yang anak umi rasakan sesuai dan selesa untuk anakanda. Panggillah seberapa ramai sahabat dan insan di luar sana yang ingin mendirikan rumahtangga untuk mereka ikuti program Daurah/kuliah online Baitul Muslim ni. Besar pahalanya, InsyaAllah. Semoga kelahiran Madrasah Rasulullah saw dalam membentuk rumahtangga muslim cemerlang akan terlakar kembali dalam sejarah umat Islam di bumi fana ini, InsyaAllah.
Wallahu’alam"

http://dakwah.info/kursus-baitul-muslim/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.425773 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list