CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23941|Reply: 99

Sedikit sejarah tentang Titanic

[Copy link]
Post time 17-1-2012 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Pembinaan
- Dibina pada 31 March 1909 di Belfast, Ireland oleh Syarikat Harland & Wolff.
- Pembinaan Titanic mengambil masa kira-kira 3 tahun dengan kos $ 7.5 juta.
- Kira-kira 3000 orang buruh diambil berkerja untuk menyiapkan Titanic.
- Tangki kedap air berjumlah 16 buah dengan dilengkapi pintu keluli yang direka khas untuk menutup dalam masa 25 saat jika berlaku sebarang kemungkinan kebocoran sehingga menyebabkan air memasuki kapal.
- Hampir 3 juta rivet digunakan dalam pembinaan Titanic.



Bot Penyelamat
- Titanic telah dibekalkan dengan bot penyelamat yang hanya cukup untuk menampung separuh daripada bilangan maksimum penumpangnya.
-Bot penyelamat disediakan berdasarkan berat tan kapal Titanic bukan berdasarkan jumlah penumpang Titanic. Prosedur ini berdasarkan peraturan yang digariskan oleh pihak berkuasa pada masa itu.
-Separuh bot penyelamat Titanic yang diturunkan tidak penuh dengan penumpang.
- Beberapa bot penyelamat Titanic hanyut ke laut sebelum mereka menggunakannya. Beberapa yang lain pula terbalik ke dalam air.

Penumpang


- Seramai 2227 orang penumpang berada di atas kapal Titanic namun hanya 705 orang sahaja yang terselamat.
- Banyak diari mangsa Titanic dijumpai. Kebanyakannya telah menggambarkan keadaan berputus asa dan pasrah kepada Tuhan.
- Kematian Kapten Edward Smith merupakan topik perbahasan paling hangat. Ramai ragu-ragu bahawa Kapten Smith telah menjadi punca kepada kemalangan aisberg memandangkan pengalamannya selama 26 tahun perlayaran di Lautan Atlantik.
-Kapten Edward Smith digelar ‘Kapten Jutawan’ kerana pendapatannya yang lumayan serta berkawan rapat dengan ramai hartawan dan billionair pada zaman itu.
- Molly Brown adalah salah satu individu yang paling terkenal di Titanic. Beliau  yang merupakan isteri kepada jutawan lombong perak daripada Colorado adalah satu-satunya wanita yang bertungkus-lumus mengemudi bot penyelamat semasa tragedi Titanic.
- Salah satu cerita yang paling terkenal adalah mengenai kesetiaan pasangan Straus, yang terkenal sebagai antara pasangan terkaya menjadi penumpang Titanic. Apabila mengetahui suaminya tidak boleh menaiki bot penyelamat, Mrs. Straus memilih untuk tinggal bersama suaminya. Kedua-dua pasangan Straus maut dalam tragedi Titanic.






Kemalangan
- Titanic melanggar aisberg di lautan Atlantis berhampiran Newfoundland sejurus sebelum tengah malam 14 April 1912. Ia tenggelam sepenuhnya pada jam 2.20 pagi iaitu dua jam selepas berlakunya kemalangan tersebut.
- Impak daripada kemalangan tersebut menyebabkan badan kapal Titanic dan tangki kedap udara mula dimasuki air.
- Carpathia mendapat isyarat SOS daripada Titanic sejurus kemalangan tersebut. Namun, mereka terlalu jauh untuk menyelamatkan sebahagian besar daripada mereka. Carpathia sampai ke kawasan kemalangan apabila menjelang waktu pagi 15 April 1912.
- Kapal-kapal berhampiran seperti Carpathia dan Californian telah dilaporkan tentang kehadiran aisberg, begitu juga dengan Titanic. Akan tetapi Titanic terus bergerak pada kelajuan tinggi.
- Sebuah kumpulan kugiran tetap bermain muzik sehingga kapal tersebut tenggelam pada 2.20 pagi. Kesemua ahli kugiran tersebut bersemadi di dalam kapal Titanic.



Filem



- Filem Titanic telah dicalonkan untuk 14 anugerah Oscar dan memenangi 11 daripadanya. Ia menjadikan ia filem pertama untuk memenangi lebih daripada 10 anugerah.
- Pada tahun 1997, ia menjadi filem kutipan tertinggi sepanjang zaman. Kini, filem Titanic berada di kedudukan ke-6 di Amerika Utara.
- Tiada individu yang mempunyai nama yang sama seperti Leonardo DiCaprio (Jack Dawson) dan Kate Winslett (Rose DeWitt Bukater) di atas kapal.
- Miskipun watak Jack dan Rose adalah rekaan pengarah James Cameron namun watak sampingan lain seperti wanita kaya, Molly Brown yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa, kapten Titanic, Kapten Edward Smith, penumpang kelas pertama Titanic, John Jacob Astor, dan ketua kugiran, Wallace Hartley adalah watak sebenar yang mewarnai filem Titanic.



Kalau dah ada minta merged yea  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2012 02:10 PM | Show all posts
baru je minggu lepas tgk ulangan cite ni kat tv.....
sanggup ku tahan mata smpi kul 2 3 pagi........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 02:16 PM | Show all posts
baru je minggu lepas tgk ulangan cite ni kat tv.....
sanggup ku tahan mata smpi kul 2 3 pagi....... ...
martiena Post at 17-1-2012 14:10


Dokomentari ke movie titanic tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 02:17 PM | Show all posts
Reply 3# tuanmashi


   movie dia.......ai nk tgk dokumentari.tpi x tau la mne blg tgk.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 02:30 PM | Show all posts
kapal yang dorang confident takkan tenggelam, akhirnya berkubur di dasar laut..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 08:18 PM | Show all posts
history
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2012 08:34 PM | Show all posts
Sebuah kumpulan kugiran tetap bermain muzik sehingga kapal tersebut tenggelam pada 2.20 pagi. Kesemua ahli kugiran tersebut bersemadi di dalam kapal Titanic.


nie br btol jiwa pemusic xpon ati kering..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 09:01 PM | Show all posts
suka sangat pilem nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2012 09:06 PM | Show all posts
teori tentang titanic dulu pun pernah ada. dikatakan kapten kapal tu adalah ahli illuminati yg sedang dalam tugasan utk membunuh seorang ahli illuminati yg telah belot, tetapi telah dirancang supaya semua anak kapal dibunuh dgn menenggelamkan kapal, supaya tidak kelihatan kapten kapal tu cuma target seorang tu saja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 09:07 PM | Show all posts
aku tengok kat dokumentari tv2 hari tu. sama ngan info atas tapi ada bnyak lagi info lain yg menarik..

antaranya: titanic telah dapat amaran tentang kedudukan tepat iceberg, tapi pesanan dibiarkan dan dianggap tidak kritikal, malah tak disampaikan oleh pekerja kerana sibuk melayan pesanan dari penumpang2 titanic..

waktu titanic hendak melanggar iceberg, pemantau dapat melihat iceberg secara tiba2 kerana waktu gelap dan tidak berangin.. pemantau sempat bagi warning dan titanic mengelak dan melanggar iceberg dari tepi sedikit bukan dari depan.. dan mereka ingat cuba pelanggaran kecil. sedangkan kesan pelanggaran tepi lebih bahaya dari kesan pelanggaran depan.

ada yang kata kalau titanic tak mengelak dan melanggar dari depan, titanic tak akan patah dua dan karam.. berdasarkan kapal lain sebelum tu yang pernah melanggar iceberg dari depan.. kesannya cuma rosak bahagian depan kapall. tapi tu cuma pandangan.. belum tentu tepat..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 09:18 PM | Show all posts
info menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 09:49 PM | Show all posts
menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 10:57 PM | Show all posts
Sehebat-hebat Titanic pun bleh karam. Renungkan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 11:16 PM | Show all posts
suka sangat pilem nie
mareenie Post at 17-1-2012 21:01


tak lama lagi kuar Titanic dalam versi 3D,jangan lupa tengok
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 11:38 PM | Show all posts
menarik nye info yg aku bce ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 12:36 AM | Show all posts
aku pun suke cite ni...pnuh lagenda...;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2012 12:38 AM | Show all posts
Reply 9# gbam

illuminati laggiiikkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 12:39 AM | Show all posts
Titanic tenggelam 1912...sekarng tahun 2012

April 2012, genap 100 thun titanic masuk laut
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 12:51 AM | Show all posts
info jap:
The coasta concordia Italy aka titanic versi yg lebeh moden ,bukn sbb trlanggar iceberg ke hape..tapii sebb belayor trlalu dekat  ngan pantai ,naseb baek dekat ngan pantai..so bantuan pong cpat smpai
    


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 01:58 AM | Show all posts
Reply 19# bluezink


kapal ni sikit punya canggih pun akhirnya lemas dlm pelukkan jugak..


sama mcm airbus a330 milik air france yg terhempas pd 2009 dulu..
gile punye canggih.. terbang dgn automode plus 3 senior pilot onboard...
satu2nya mistake diaorg, pilot (kanan) push joystick utk ascending, manakala pilot (kiri) push utk descending..
kelemahan joystick = diorg taktau masing2 tgh buat apa.. (tgh panic katakan..)
tak mcm stereng.. kedua2nya bergerak sekata..


so flight to stall dari awal sampai terhempas ke laut... betul2 FAIL kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.114589 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list