CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15268|Reply: 27

ambil lesen kete....manual or auto???????

[Copy link]
Post time 18-1-2012 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar Diberi Pilihan Belajar Pandu Kereta Auto Atau Manual

KUALA LUMPUR: Pelajar yang enggan membayar lebih untuk belajar memandu kereta automatik boleh memilih belajar memandu kereta manual yang cajnya lebih murah, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata caj untuk belajar memandu kereta automatik memang akan lebih tinggi daripada biasa tetapi pengguna masih mempunyai pilihan lain.

"Pelajar tidak perlu rasa terikat kerana jika tidak mahu bayar lebih, boleh pilih kereta manual kerana lesen kereta manual boleh juga bawa (memandu) kereta automatik tetapi kalau lesen kereta automatik cuma boleh bawa kereta automatik sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2012 di Pudu Sentral di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai ura-ura sekolah memandu hendak mengenakan caj 10 hingga 15 peratus lebih tinggi untuk belajar memandu kereta automatik sahaja.

Kong berkata lesen pemanduan kereta automatik itu akan diperkenalkan pada pertengahan tahun ini dan ia merupakan satu perkembangan yang sudah pun bermula di negara maju.

Sementara itu, Kong menyarankan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam khususnya bas sebagai pilihan utama mereka untuk balik kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ini.

"Pengangkutan awam kita terutamanya bas sangat selamat dan ini dibuktikan semasa Ops Statik Tahun Baru Cina pada 2011 di mana kemalangan yang melibatkan bas awam hanya satu sahaja dan sifar pada musim perayaan Aidilfitri tahun itu," katanya.

Katanya, kajian yang dibuat oleh polis sepanjang Ops Statik 2011 menunjukkan bahawa kemalangan paling banyak berpunca daripada sikap manusia iaitu 85 peratus, keadaan jalan 10 peratus dan kualiti kenderaan tiga peratus.

"Ops Sikap pada musim perayaan Tahun Baru Cina 2012 kali ini akan menumpukan usaha kepada penunggang dan pembonceng motosikal kerana mereka yang paling ramai terkorban pada 2011," katanya.

Kenderaan berat kecuali lori-lori yang membawa makanan dilarang menggunakan lebuh raya dan jalan persekutuan pada 21, 22, 28 dan 29 Jan untuk mengurangkan risiko kemalangan kepada kenderaan kecil yang lain, katanya. - BERNAMA

MANUAL OR AUTO ......UOLLLLLLLSSSS

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2012 01:11 PM | Show all posts
manual la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 01:15 PM | Show all posts
apa bagus manual.....mak ni lembap sikit jah.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 01:34 PM | Show all posts
manual ....
biar bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian....
apapun terpulang pada pilihan masing2
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 01:38 PM | Show all posts
to each their own
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 01:43 PM | Show all posts
Nasib baik iols sempat amik time manual, atleast bsusah2 dlu senang2 kendian...Kalau x iols akan amik je auto coz iols meskipon dah ada keta n auto lg tp iols ttp xreti bwk keta sbb iols takot...hazabedongszz sangat kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2012 01:48 PM | Show all posts
Auto period.

manual  kalau kau nak bawak keta Flintstones
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 02:04 PM | Show all posts
Reply 6# Munnalicious


   hahaha.....mak rasa mak macam ko jah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2012 02:05 PM | Show all posts
Auto period.

manual  kalau kau nak bawak keta Flintstones
zzcbr Post at 18-1-2012 13:48



   aiyooo.....hazab tu baik mak naik beskal jer.............
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 02:09 PM | Show all posts
Reply 8# puteri_limau


    Hehehe, iols bawak kereta time raya je sbb xbanyak kereta, kalau ari biasa mst kena cubit sbb memandu secara merbahaya, tambah2 time kona, ziuuuppp mcm tu je, masa ujian memandu pon sama...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 02:18 PM | Show all posts
Reply  puteri_limau


    Hehehe, iols bawak kereta time raya je sbb xbanyak kereta, kalau ari b ...
Munnalicious Post at 18-1-2012 14:09



   abang jpj pun cubit ko ke jah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 02:30 PM | Show all posts
abang jpj pun cubit ko ke jah....
puteri_limau Post at 18-1-2012 14:18



    Iols kesahnye dah fail sekali, yg tu kali kedua, iols pay above table je kekdahnya    , koser sangat nak ualng byk2 kali..kih3
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 05:28 PM | Show all posts
manual convert to auto x de masalah.

auto convert to manual bnyk masalah. silap hb blh eksiden kalo x biasa main clash
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 09:17 AM | Show all posts
zaman2 aku gak best... dual band...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 10:30 AM | Show all posts
baik tt amik manual je...nti dh dpt lesen bleh bawa keta auto dgn manual..
lesen auto tuk keta auto je,manual xlh bawa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2012 10:34 AM | Show all posts
Reply 15# awek_ganu


   tulah pasal....manual murah sikit lesen dia katanya...baru nak ambik lesen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2012 10:39 AM | Show all posts
Reply  awek_ganu


   tulah pasal....manual murah sikit lesen dia katanya...baru nak ambik lesen ...
puteri_limau Post at 19-1-2012 10:34


baik ambik cepat,tkut harga naik lg...saya amik awal thn lepas (harga lama),lps ujian lisan,cikgu memandu ckp harga lesen dh naik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 10:46 AM | Show all posts
pakai kereta manual, tpi rumah bnyk kereta auto... mula3 bawa mcm kekok gak kereta auto nie sbb memang suka main gear, lagi3 kt trafic light...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 01:28 PM | Show all posts
manual la...baru la syok....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 09:26 AM | Show all posts
manual la baru adventure... ada thrill... Klu belajar manual.. auto senang2 je leh bawak.. klu belajar auto.. sah2 manual hampeh... masalah bukan murah atau mahal.. tp klu tahu bwk manual.. bg je kereta apa.. manual atau auto.. sap sap soi je leh bawak.. especially klu tetiba ada emergency case.. yg ada hanya kete manual.. haa camno.. xkn nak tengok je kereta tu.. alahamdulillah.. saya reti bwk manual & auto.. so xde masaalah klu tetiba jd bidan terjun kene bwk kereta.. manual ke auto ke semua leh rembat.. nak beli kereta baru pun saya pilih manual.. sampai asben kata betul ke.. x nyesal?  xde la nyesal pun.. kereta asben auto.. kereta saya manual.. so xde masalah nak tukar2 kereta pun.. syok woo bawak manual ni... ada thrill..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.093674 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list