CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21859|Reply: 140

ABBY ABADI KENA SIHIR?... SAPA YANG IRI HATI TU??

  [Copy link]
Post time 19-1-2012 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mamamica at 19-1-2012 12:25


PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi mendakwa ada pihak cuba menutup periuk nasinya dengan menghantar sihir sehingga menyebabkan badan-badannya menjadi sakit.

Selain itu kata Abby, perutnya juga sakit sehingga tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya, Aku Tak Mahu.

"Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.

"Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Pelangi Kasih dan Mulanya Di Sini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Abby, semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.

Dia tidak menyangka ada orang yang berniat jahat terhadapnya sedangkan dia tidak pernah pun cuba untuk menyakiti hati orang lain.

Bagaimanapun, ibu tunggal beranak tiga ini berkata, dia bersyukur kerana penyakit misterinya itu beransur pulih dan masih lagi mengamalkan perubatan tradisional itu.

"Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.

"Saya pun tak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara buruk ini. Biarlah pihak yang mengenakan saya itu mendapat balasan daripada Allah di atas perbuatannya itu," ujar Abby.


Terkilan dengan Zul

Sementara itu, mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, Zul Ariffin, Abby mengakui mereka tidak lagi kerap berhubung seperti dahulu.

Cuma Abby sedikit terkilan apabila pelakon itu telah membuat kenyataan kepada sebuah portal pada Rabu yang dia tidak lagi memikirkan tentang dirinya. Namun Abby tidak pasti adakah Zul benar-benar bermaksud sedemikian ataupun tidak.

Ujar Abby, sukar untuk dia mengulas berkenaan dengan kenyataan pelakon lelaki yang semakin meningkat naik itu apabila terdapat dua komen yang berbeza yang dinyatakan Zul sebelum ini.

"Entahlah, saya pun tak tahu nak cakap apa sebab dia memberikan kenyataan yang berbeza. Pada mulanya, dia cakap, masih lagi sayang dan mengingati saya dan sekarang, lain pula ceritanya.

"Bagaimanapun, saya tak dapat nafikan bahawa perasaan sedikit terkilan itu ada," tuturnya.

Dalam pada itu, Abby dan Zul masih lagi berhubung kerana terdapat urusan yang masih lagi belum selesai di antara mereka.

"Memang ada beberapa perkara yang saya tidak boleh jelaskan di sini yang masih belum selesai di antara kami.

"Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan bukan? Alhamdulillah walaupun dilanda pelbagai masalah, saya masih lagi menerima tawaran lakonan dan mengacara. Malah tahun ini saya buat 'comeback' dengan muncul lagu Aku Tak Mahu, ciptaan Edry Abdul Halim," katanya.

kredit : Mstar online.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2012 12:25 PM | Show all posts
aaassudala... nk terkilan2 pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:27 PM | Show all posts
suspek utama ialah memek
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:28 PM | Show all posts
biasa ler..cover line
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:33 PM | Show all posts
ramai plak yg kene sihir sekarg ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:33 PM | Show all posts
single terkini dia ciptaan edry..
moga ada rezeki abby nanti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2012 12:34 PM | Show all posts
Nampak sangat Abby masih sygkan Zul lagi,siannyer..sekarang ni pulak sakit2. X baek tau menyihir org ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:35 PM | Show all posts
Adehhhhhh.......apasallah asik nak buka tread yang samer?

+1 KREDIT...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2012 12:35 PM | Show all posts
suspek utama ialah memek
ruffleen Post at 19-1-2012 12:27


suspek kedua ialah joyah ataupun wartawan utusan amirah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:38 PM | Show all posts
ramai plak yg kene sihir sekarg ni....
mummygreen Post at 19-1-2012 12:33


ko tak nak amik kursus ijazah perbomohan ke? nampaknya kerjaya dlm industri perbomohan memberikan pulangan lumayan, sbb demand sentiasa ada............
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:41 PM | Show all posts
ko tak nak amik kursus ijazah perbomohan ke? nampaknya kerjaya dlm industri perbomohan memberika ...
ruffleen Post at 19-1-2012 12:38



nak amik PJJ ktner ek
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:42 PM | Show all posts
kalu memek suspek utama nye... cam kontroversi memek ni x penah putus. dengan kes khalwat nye.... perkawinan 12 juta yg x nampak pun rega smpi suku bepuluh ribu....dan terbaru...kes sihir..teng teng tengggggg. kelas ko memek...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:42 PM | Show all posts
nak amik PJJ ktner ek
mummygreen Post at 19-1-2012 12:41


ahahah.....tu la masalahnya...aku yakin kursus ni ada cuma tak diwar-warkan aje
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:43 PM | Show all posts
senarai artis/selebriti yg kena sihir/santau
- awie
- abby abadi
next??
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:44 PM | Show all posts
comeback lah sgt..
ku ternanti nanti sgttt
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:46 PM | Show all posts
comeback lah sgt..
ku ternanti nanti sgttt
batman_2007 Post at 19-1-2012 12:44


suara abby ni sedap tak? aku tak berapa ingat sbb dia join elite sekejap je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2012 12:48 PM | Show all posts
Reply 14# sayang7


including azwan ali
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:50 PM | Show all posts
suara abby ni sedap tak? aku tak berapa ingat sbb dia join elite sekejap je
ruffleen Post at 19-1-2012 12:46



    sedap..
mcm sore itik pulang petang
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:51 PM | Show all posts
ko tak nak amik kursus ijazah perbomohan ke? nampaknya kerjaya dlm industri perbomohan memberika ...
ruffleen Post at 19-1-2012 12:38



    ruff, tgh nk berguru ngan Pak Abon, dah mati plak dia. Tak sempat aku grad{:4_229:}
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:51 PM | Show all posts
....zaman sekarang  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.180015 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list