CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NorSabariah

Izwan Pilus meninggal dunia

  [Copy link]
Post time 23-1-2012 02:42 AM | Show all posts
ye sedih sgt masa aril cite bab lipat baju tue..."nak tunggu aku mati ke baru ko nak lipat baju.."....arwah pun jarang ada gosip n kontroversi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2012 03:00 AM | Show all posts
aku pelik la kenapa nk ckp klau org muda kena sepsis jarang meninggal. pastu mcm nk hint as if dia n ...
saki_kawaii Post at 23-1-2012 02:15
si faisyah tu kalau ko prasan posting die mmg mostly kearah memfitnah jah kejenyer...orang dah mati pon snggup nak tabur fitnah..ape punye bangsat la prangai
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 07:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by Shamilia79 at 23-1-2012 08:04
aku pelik la kenapa nk ckp klau org muda kena sepsis jarang meninggal. pastu mcm nk hint as if dia n ...
saki_kawaii Post at 23-1-2012 02:15


Agak-agaklah sikit jgn sampai memfitnah pulak..org tu dah meninggal perlu ker nak keluar tuduhan mcm ni. Mak cik aku pun seminggu jer kena jangkitan kencing tikus ni lepas tu meninggal. Penyakit ni mmg berbahaya. Mak cik aku pun baru umur late 30s masa meninggal tu. Sebelum tu elok jer tak de apa penyakit pun. One of my colleague lepas balik umrah pun demam-demam, selsema...seminggu kemudian meninggal..kata dr jangkitan kuman dalam darah merebak sehingga ke paru-paru. Aku rasa Izwan Pilus ni pun dpt sakit macam kawan aku tu jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 07:56 AM | Show all posts
Apsal lately banyak kes pasal kencing tikus ni?

ke memang dah lama banyak kes, aku je yang taktau?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 09:17 AM | Show all posts
-Dari Kosmo Online-
IZWAN PILUS DALAM KENANGAN-Al-fatihah-
"BILA lagi kau ni nak pandai lipat baju? Nak tunggu aku mati baru kau nak lipat." Itulah antara tutur kata yang paling diingati oleh Khairul Azam Pilus, 27, atau Aril AF7 kira-kira dua minggu sebelum abangnya, Khairil Izwan Pilus, 33, atau nama pentasnya Izwan Pilus menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 20 Januari 2012.

Petang Jumaat lalu, penyanyi Izwan Pilus disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah (Sepsis) yang serius.

Menurut Aril, pada malam sebelum penyanyi berkenaan menghembuskan nafas terakhir, dia melihat keadaan arwah abangnya berada dalam keadaan yang sangat letih dan tercungap-cungap.

"Apabila melihat keadaannya seperti orang yang tidak sihat, saya menyuruhnya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Setelah dipujuk, akhirnya barulah dia bersetuju untuk pergi ke hospital."

Menganggap Izwan hanya demam biasa, keadaan menjadi sebaliknya apabila Izwan diserang sawan dan nazak.

Setelah beberapa jam mendapatkan rawatan, Izwan akhirnya disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang hari yang sama sewaktu hendak dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Antara yang berada di samping Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir adalah ibu bapanya, Normah Abdullah (ibu), Pilus Mohd. Jani (ayah), Aril, Khirul Aida (kakak), Nurul Nabilah (adik bongsu) serta saudara-maranya serta beberapa rakan baik.

Jenazahnya kemudian telah dibawa pulang ke Melaka dan dikebumikan berhampiran kubur arwah datuknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin, Melaka, pada hari Sabtu (21 Januari 2012).

Mengenai perubahan sikap yang berlaku ke atas arwah sebelum meninggal dunia, Aril memberitahu, tiada sebarang perubahan yang kelihatan kecuali sebuah khidmat pesanan ringkas yang dihantar oleh arwah empat hari yang lalu.

"Antara kandungan pesanan yang dihantar kepada saya, arwah memberitahu yang dia sangat sayangkan saya dan meminta supaya menjaga ahli keluarga yang lain terutamanya ibu dan ayah," ujarnya.

Ditanya tentang karakter arwah sebagai seorang abang, Aril menyifatkan Izwan adalah seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab, namun kurang meluahkan isi hati sekiranya mempunyai sebarang masalah.

Ujarnya, sebagai anak lelaki sulung arwah sememangnya individu yang paling banyak menyelesaikan sebarang urusan keluarga dan lebih mengutamakan adik-beradik berbanding diri sendiri.

"Sekarang, arwah abang pun sudah pergi buat selama-lamanya dan tinggal saya seorang sahaja anak lelaki dalam keluarga," jelasnya dalam keadaan sebak.

Khairul Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus sepanjang menjadi anak seni telah dilahirkan pada 24 November 1979 di Hospital Universiti Kuala Lumpur.

Mengenai perjalanan karier seni, anak kedua dari empat beradik ini terlebih dahulu berkecimpung dalam bidang nyanyian setelah muncul sebagai finalis Bintang RTM pada tahun 2004.

Sepanjang bergelar penyanyi, arwah telah membawa pelbagai jenis genre muzik iaitu Pop, R&B, Irama Malaysia dan Balada serta beberapa lagunya seperti Indah Lelapku dan Kembali Senyum.

Selain bergelar seorang penyanyi, arwah juga turut dikenali sebagai seorang pengacara televisyen dan kali terakhir dia menjadi pengacara menerusi rancangan berjudul Racik-Racik Herba untuk siaran RTM 1 pada bulan Oktober lalu.

Menariknya, arwah merupakan antara barisan artis tempatan yang mempunyai pendidikan tinggi. Izwan adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia.

Persamaan

Kehilangan Allahyarham Izwan Pilus ternyata turut dirasai oleh sebilangan rakan-rakan artis yang telah menziarahi arwah di hospital sebaik sahaja mendapat berita pemergiannya melalui khidmat pesanan ringkas dan laman sosial.

Antara artis yang menziarahi arwah buat kali terakhir seperti Amy Search, Fizo Omar, Farahwahida, Zed Zaidi, Lan Kristal, Bob AF, Roslan Shah, Reza AF dan Kenchana Dewi.

Salah seorang penyanyi yang rapat dengan arwah iaitu Farahwahida berkata, mereka berdua kali terakhir bertemu ketika sama-sama membuat persembahan di Putrajaya sempena sambutan Tahun Baru 2012.

"Hubungan kami agak rapat dan sering membuat persembahan bersama. Malah, saya sudah mengenalinya sejak dia menyertai Bintang RTM lagi.

"Apa yang menariknya, kami berdua turut mempunyai persamaan apabila nama ibu kami sama iaitu Normah dan salah seorang adik saya mempunyai wajah yang seiras dengannya," jelasnya.

Menurut Farahwahida, dia menganggap arwah adalah seorang penyanyi yang memiliki bakat besar, tetapi jarang diberi peluang untuk melebarkan bakatnya itu untuk berdiri sebaris dengan penyanyi popular yang lain.- RONI HIDAYAT
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 09:22 AM | Show all posts
Kurang daya tahan selalunya ade kaitan dgn aids...dan org yg punya gaya hidup spt dadah,ga ...
faisyah Post at 22-1-2012 23:00



   ko jangan memandai jer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2012 09:59 AM | Show all posts
Izwan rahsia penderitaan

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

BERTEMAN linangan air mata saat mengatur kata kisah ini. Ia juga satu-satunya coretan paling sukar sepanjang tempoh 12 tahun penulis berkhidmat di Harian Metro.

Kehilangan seorang sahabat dan menjadi saksi saat-saat beliau berdepan dengan ajal dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir, Jumaat lalu tepat jam 6.15 petang di Hospital Ampang, Pandan Mewah.

Syukur ke hadrat Ilahi, apabila penulis bersama seorang lagi teman, Huzairi Hassan, 37, diberi seketika kesempatan oleh Khairil Izwan Pilus, 33 atau lebih mesra dengan panggilan Izwan untuk menjaganya.

Biar cuma seminggu sempat membantu dan sebulan buat Hairi, ia adalah detik paling bermakna dan terindah.

Kali pertama penulis mengenali Izwan yang popular dengan lagu Indah Lelapku dan Kembali Senyum pada 2004. Dia menyertai Pertandingan Bintang RTM ketika itu. Kami kembali bertemu pada Siri Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABPBH2005), Johor Bahru, sekitar Februari 2006.

Izwan tercalon sebagai finalis kategori Artis Lelaki Baru Popular bersama artis lain seperti Fazli Zainal, Faizal AF4 dan Akbar. Bertitik tolak daripada ABPBH2005, kami bersahabat baik.

Perginya beliau pada usia muda, tambahan pula hari Jumaat, penghulu segala hari menjelaskan betapa Allah SWT menyayanginya.

Insan seni berbakat, pelajar pintar di sekolah, anak yang taat, adik, abang dan ‘pak ngah’ yang penyayang, pemilik hati mulia itu juga seorang pendengar masalah yang baik.

Sekadar mengimbas, sekitar pertengahan November 2011 Izwan dimasukkan ke Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak selama seminggu selepas mengalami demam berulang dan doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman dalam darahnya.

Beliau bagaimanapun didapati sihat selepas dibenarkan keluar hospital sebelum keadaan kesihatannya kembali terjejas sejak dua minggu lalu angkara virus kencing tikus dan sepsis (serangan bakteria dalam darah) hingga membawa kepada kematian. Kes sepsis sangat kecil dan jarang berlaku namun ia adalah satu penyakit yang merbahaya kerana boleh maut.

Menyedari bahaya penyakitnya itu, arwah yang dilahirkan pada tanggal 24 November 1979, mengambil keputusan merahsiakan hal berkenaan daripada rakan-rakan serta peminat.

Bahkan, arwah mengambil masa untuk memaklumkan kepada keluarganya sendiri kerana tidak mahu mereka susah hati. Justeru, Hairi adalah tempat arwah mencurah rasa sepanjang beliau tidak sihat selain penulis.

Empat hari sebelum pemergian beliau Izwan akur untuk memaklumkan kepada adiknya, Khairil Azam Pilus (Aril), 27, apabila tidak mampu lagi berselindung memandangkan keadaan beliau semakin lemah. Memang mereka tinggal serumah.

Khamis yang lalu adalah hari paling mencemaskan apabila Izwan dengan tidak semena-mena diserang demam kuning dan sesak nafas lalu kami membawanya ke Hospital Ampang lebih kurang jam 12.30 tengah malam.

Selepas doktor melakukan imbasan, organ dalamannya seperti buah pinggang, hati dan paru-paru sudah dijangkiti kuman. Kemudian kira-kira jam 4.20 pagi dia dipindahkan pula ke Unit Kecemasan sekitar 12.30 tengahari.

Dalam tempoh melawan serangan penyakit di hospital arwah yang mempunyai personaliti disenangi ramai tidak pernah putus berzikir. Menjelang jam 5.30 petang, keadaan beliau bertambah kritikal sehingga terpaksa diberi ubat pelali untuk dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketika itu arwah mula menggunakan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun sebelum sempat pertukaran wad dilakukan usaha menyelamatkan Izwan gagal apabila jantungnya tidak lagi berfungsi sekali gus disahkan meninggal dunia tepat jam 6.15 petang di sisi ibu bapanya, Normah Abdullah (ibu), Pilus Mohd Jani (ayah), Aril, Khirul Aida (kakak), Nurul Nabilah (adik bongsu) serta beberapa rakan karib.

Saat tersebar berita pemergiannya, ramai kenalan artis terus datang menziarahi jenazah beliau di bilik forensik. Antara mereka, Amy Search, Farawahida, Farhan AF, Azza Elite, Fizo, Amar Anak Wayang, Akim, Hafiz, Nurul, Kencana Dewi, Roslan Shah, Azizul Khamis, Wani, Cikgu Siti Hajar dan Reza Mohamad.

Jenazah beliau kemudian dibawa pulang ke Taman Nyalas Permai, Asahan, Jasin, kira-kira jam 9.30 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin Melaka, jam 10.30 pagi, Sabtu lalu.

Kata ibu Izwan: “Kali terakhir dia menghubungi mak cik adalah Ahad lalu untuk bertanya khabar anak-anak buahnya. Dari segi fizikal dia nampak biasa tidak banyak perubahan tapi dari segi perbuatan dia berubah menjadi pendiam. Ketika seminggu di rumahnya, naluri seorang ibu dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Judul buku yang dibelinya, Bila Allah Menduga Kita cukup untuk menjelaskan ada sesuatu yang sedang dialaminya. Dia juga selalu mengelak setiap kali mak cik tenung wajahnya dan bila kita bertanya ‘kenapa Wan? Dia jawab tak ada apa-apa mak,” kata Normah.

Normah menambah, ketika menunaikan haji bermula penghujung September lalu, wajah Izwan paling yang kerap muncul sewaktu dia bermunajat.

Izwan dulu mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Simpang Bekoh sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam jurusan Pelancongan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Cita-cita asalnya ingin menjadi seorang doktor atau arkitek. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia pernah ditawarkan melanjutkan pengajian ke Australia untuk jurusan Seni Bina tetapi tidak kesampaian.

Sangat rapat dengan kakaknya, segala aktiviti masa kecil dilakukan bersama Aida.

“Dia anak harapan kami kerana yang pertama melanjutkan pengajian ke universiti dan diharapkan menjadi contoh kepada adik-adik lain. Dia tak pandai nak marah dan tak pernah kasar dengan adik-adiknya. Saat paling mengharukan mak cik adalah pada Mei 2008 kerana selama dua minggu dia menjaga mak cik yang baru menjalani pembedahan kanser payudara.

“Sebenarnya mak cik tidak terkilan dengan pemergian arwah kerana impian mak cik untuk membawanya menunaikan umrah tercapai pada Mac 2010. Arwah gembira dapat bermunajat dari malam hingga ke Subuh di Raudah selain dapat mencium Hajarul Aswad,” katanya.



Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 10:13 AM | Show all posts
kan3.. aku pon rasa xsyok ja bila baca ada yg memandai2 nak hint org tu mgkin amalkan cr h ...
lepapilon Post at 23-1-2012 02:22



kan3X.....mcm le dia tu pandai sgt.....orang mcm tu memang bodoh piang.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2012 10:37 AM | Show all posts
Reply 356# phycaze


tq sbb paste yt ni. menangis nengoknya....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 10:48 AM | Show all posts
Izwan rahsia penderitaan

Oleh Norhadiani Baharom


BERTEMAN linangan air mata saat mengatur ka ...
achik2009 Post at 23-1-2012 09:59



    menangis aku baca nie....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 10:58 AM | Show all posts
Indah lelap dalam senyum
Oleh Roslen Fadzil
roslenmetro@yahoo.com


SAYA sebenarnya tidak tahu di mana hendak bermula. Begitulah yang saya coretkan dalam status facebook (FB) saya awal pagi semalam. Semuanya masih lagi macam mimpi.

Izwan Pilus dah tak ada? Itulah pertanyaan yang berlegar dalam fikiran ini apabila menerima pang
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 10:59 AM | Show all posts


baru tahu lagu nie lagu diaaaaaaaaaaa...sedapnyaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 11:22 AM | Show all posts
Toksah la buat2 fitnah, sekarang nie banyak jer orang muda2 yg meninggal sebab lepto or other sepsis... U don't need to be immunocompromised to die and leptospirosis bukanlah AIDs defining illness.
Malah jika diizinkan tuhan, orang yang menghidap hiv pun kalau dijangkiti leptospirosis pun still can survive.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 01:22 PM | Show all posts
sedihnye tgk melodi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 01:31 PM | Show all posts
bila baca cerita2 dari paper, ternyatalah arwah ni disenangi ramai dan ramai yg sayangkan arwah .. pada yg kata bukan2 tu hentikanlah .. sekarang ni penyakit macam2
kita yg ada ni jagalah kesihatan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 01:34 PM | Show all posts
takziah

bahaya naa jangkitan kuman dalam darah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2012 01:43 PM | Show all posts
takziah

bahaya naa jangkitan kuman dalam darah ni
siputsedut Post at 23-1-2012 13:34


memang betul tuhujung tahun hari tu anak i demam panas smpai mggigil
kalau demam sampai menggigil2 tu
takut kuman dah masuk dlm darah


alhamdulillah cepat antar anak g spital
kena admit 3 hari ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 01:47 PM | Show all posts
sebak haku tengok aril dlm melodi.. bukti rapatnya mereka sebagai adik beradik..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 02:14 PM | Show all posts
memang betul tuhujung tahun hari tu anak i demam panas smpai mggigil
kalau demam sampai menggig ...
mamasaffiya Post at 23-1-2012 13:43



    tuh la...junior iols pon ade meninggal..meningitis? jangkitan kuman dlm otak...berapa minggu je demam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 03:29 PM | Show all posts
mcm mana boleh kena jangkitan kencing tikus ni...termasuk melalui makanan kee..tolong explain sapa yg mahir..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.075907 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list