CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: girlwearsgucci

Pertemuan kedua - [U]

  [Copy link]
Post time 25-2-2013 12:53 PM | Show all posts
Sbg lagi TT....x sabar nak pasal  Firdaus ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2013 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Konfius di mane ilangnya firdaus huhuuhu...nikah ngn org len kt siam kot huhuuhuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 10:47 AM | Show all posts
Daus pi  Sabah ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2013 06:45 PM | Show all posts
Aku duduk diam. Termenung.

“ Aku pergi melawat kawan aku semalam kat pangsapuri ni. Masa kat dalam lif, aku nampak seorang lelaki ni. Aku yakin itu dia Ana. Dia keluar lif sekali dengan aku, dan apartment dia selang dua buah rumah dari apartment kawan aku tu.”

“ Kau yakin tu dia?” Aku jadi tidak sabar.

“ Ana. Aku yakin. “

Aku diam. Syira ikut diam. Cuma deru nafas yang kedengaran melalui telefon bimbit.

“ Kau nak aku ikut kau?”

“ Pergi mana?” Soalan bodoh.

“ Ana, kau okey ke ni?”

“ Kenapa?” Nada suara aku mendatar.

“ Aku tak pasti aku perlu bagitau kau atau tak benda ni. Tapi aku kesian kat kau, walaupun aku tau emosi kau kurang stabil sekarang.”

“ Kenapa semua orang asyik cakap emosi aku kurang stabil?” Nada suara berubah tinggi. “Aku okey. Aku tak sakit la.”

Syira kembali diam.

Aku mengeluh. Tidak patut aku melepaskan amarah kepada Syira.

“ Jadi, sekarang?”

“ Aku tak tahu.” Ada debaran yang maha hebat di jantungku.

“ Kau nak pergi jumpa dia? Aku boleh temankan?”

Aku usap-usap dahi dengan harapan segala kekusutan dapat dileraikan. “ Syira, takpelah. Kau mengandung. Kau kena jaga diri kau. Aku tak patut heret kau dalam masalah aku. Maaf.”

“ Takpelah, Ana. Kita kan kawan. Aku betul-betul tak kisah ni.”

Aku diam. Berfikir. Kemudian menggeleng-geleng.

“ Takpelah, Syira. You take care. Aku boleh tanyakan orang lain untuk ikut aku.”

“ Hmmm. Yalah. Tapi pastikan kau pergi berteman. Sebab tak salah aku Daus tak tinggal berseorangan kat rumah tu.”

Aku jadi terkejut.

“ Perempuan?”

“ Itu aku tak tahu, Ana. Aku ada risik-risik daripada kawan aku. Tapi dia pun tak tahu banyak. So…”

Dengan siapa lagi kalau bukan perempuan yang ambil tempat aku.

Aku jadi menggigil.

“ Ana? Kau nak pergi dengan siapa nanti.”

“ Siapa-siapa je Syira.”

“ Kau tak nak ajak Iqbal?”

Mungkin perkara itu yang bermain di fikiran Syira sejak tadi.

“ Tengoklah.”

“ Ana. Aku minta maaf. Iqbal telefon aku lepas kau pengsan, dan dia tanya apa yang terjadi antara kau dengan Daus. Aku terpaksa cerita.”

“ Takpelah Syira.”

Diam.

“ Ana, kau okey ke tak ni?”

“ Syira. Berhenti tanya soalan tu kat aku. Aku okey. Aku pergi dulu. Jaga diri.”

Aku putuskan talian.

Argh. Kusutnya.

Lama aku duduk di birai katil, memikirkan akan perkara itu. Lantas aku bangun menuju ke almari.

Bersiap.

Aku kemudian capai kunci kereta dan melangkah turun.

“ Ana, nak pergi mana tu?”

“ Ana nak keluar sekejap.”

“ Nak mama temankan?”

Aku menggeleng dan tersenyum tawar.

Mama seakan-akan tidak membenarkan aku pergi, namun Abah cepat menghalang.

“ Jaga diri.” Pesan Abah.

Aku pandu menuju ke pangsapuri yang dimaksudkan Syira dengan kelajuan sederhana. Jantungku seakan berlari. Tanganku sejuk dan basah. Memikirkan apa yang bakal terjadi membuatkan aku jadi runsing.

Aku letak kereta di hadapan pintu masuk. Aku lihat pengawal keselamatan terlena di pintu hadapan. Aku menuju ke lif.

Nafasku turun naik. Aku berusaha untuk menenangkan diri. Istighfar berulang-ulang kali.

Aku berjalan menuju ke apartment yang dikatakan Syira. Suasana lengang. Mungkin ramai yang tidak ada di rumah. Aku berjalan sehingga ke apartment paling hujung.

Kakiku terasa longlai. Aku tabahkan hati. Aku kumpul kekuatan.

Aku tarik nafas sebaik tiba di hadapan pintu.

Entah rahsia apa yang terbongkar hari ni.

Aku tekan loceng.

Dua kali sekaligus. Menanti dalam diam.

Tak lama kemudian, aku terdengar kunci pintu kayu terbuka.  Pintu dibuka sedikit.

Aku kaget.

“ Ya?”

Mata kami bertembung. Mukanya jelas menunjukkan riak terkejut. Aku tergamam melihatnya yang serabai dan comot.

Firdaus cepat-cepat mahu menutup pintu.

Entah kekuatan dari mana yang aku dapat, aku tahan dan buka pintu kayu dengan lebih luas.

Dia tewas. Berdiri di depan pintu sambil menunduk. Seolah-olah bersedia dengan apa sahaja yang bakal dihadapi.

Aku menahan diri daripada menangis di hadapannya. Aku dah berjanji pada diri aku sendiri untuk berbincang dengannya, bukan untuk memarahi atau mengeluarkan kata makian.

Dadaku berombak. Aku lihat dia menikus di hadapanku. Tidak berani pandang langsung.

Sudah berada di depan mata, tapi tidak tahu hendak mula dari mana.

“ Daus.” Aku sebut namanya. Lembut. “ You buat apa ni?”

Daus diam.

“ Jom kita pergi mana-mana. Kita duduk. Kita bincang.” Aku berdiplomasi.

Daus masih diam.

“ Daus. I akan dengar semua explanation you. I akan dengar kenapa you hilangkan diri selama sebulan. I cuma nak kita duduk dan bincang. I takkan paksa you anything.”

Aku pandang Daus dalam-dalam. Mata mula berkaca.

“ Daus?”

Aku pandang pemilik suara yang tiba-tiba muncul, entah dari bahagian rumah yang mana. Kami serentak memandang pemilik suara.

Namun aku nyata lebih terkejut.

Dia pandang aku. Terkejut.

“ Tak nak masuk dulu?” Lelaki itu berbasa-basi. Ada getar dalam suaranya.

Aku pandang Daus. Menuntut penjelasan.

Namun Daus masih tunduk. Enggan menjawab walau sepatah pun.

“ Saya keluar dulu ya. Korang bincanglah.” Sopan si lelaki menutur kata, lalu berlalu di hadapanku. Keluar entah ke mana.

Kami diam. Masih tercegat di muka pintu.

“ Siapa lelaki tu?”

Daus masih enggan menjawab.

“ Daus. Kalau you asyik macam ni, I tak boleh tolong you.” Nada suara aku bertukar kasar.

“ You takkan boleh tolong I!” Dia pandang aku dalam marah.

Aku terkejut.

Daus tunduk semula. Menggeleng-geleng.

“ Masuklah.”

Perlahan Daus tuturkan. Aku pandang dia pelik.

Daun pintu dibiarkan terbuka. Aku mengambil duduk di hadapannya. Di atas sofa merah. Hanya meja kopi memisahkan kami.

Aku diam. Memberi dia masa untuk mengumpul semua kekuatan demi menjawab segala persoalan.

“ You tak salah Ana.”

Aku masih pandang dia. Dia kelihatan resah.

“ I yang salah sebab buat macam ni pada you. Pada family kita. I dah malukan you.”

Aku masih belum enggan bersuara. Biarlah dia yang meluahkan segala.

“ I ada HIV positive.”

Jantungku seakan-akan ingin gugur. Astaghfirullah.

“ Apa?” Mataku berair.

Kali ini dia diam. Aku lihat matanya berair.

“ I…. HIV positive.”

Laju sahaja air mata jatuh ke pipi. Ya ALLAH. Aku mohon kekuatan.

“ Macam mana…? Bila…?” Aku tidak dapat bertanya lebih lanjut. Aku tekup mulut dengan tangan kanan, tidak mahu Firdaus mendengar esakan.

“ Yang pasti I bukan dapat daripada patient. Tulah sebab I berhenti kerja. Dan tu juga sebab I putus dengan you.”

“ Bila you putus dengan I???” Nada suaraku nyaring. “ You cuma hilangkan diri dan pergi macam tu je. You tak contact I langsung. You tak cakap dengan I pasal benda ni!”

“ Kalau I bagitau you, you boleh terima?!” Suara Firdaus juga bertukar nada.

Aku terdiam. Menangis.

“ I tak mampu nak bagitau you, Ana. Sebab I sayang dengan you. I can’t lose you. I salah. I yang buat semua ni. You tak salah apa-apa. You boleh marahkan I sepuas hati you.”

“ Macam mana… you…?”

“ Itu rahsia I.” Firdaus diam. “ I bukanlah sebaik yang you sangka Ana.” Firdaus turut menangis.

Aku diam lagi. Air mata seakan tidak mahu berhenti.

“ Lelaki tadi?”

Daus diam. “ Itu hal I.”

Ya ALLAH, aku rasa hati ini dah dirobek-robek, di carik-carik, dan di pijak-pijak begitu saja.

Tangan terketar-ketar. Speechless.

“ Ana, I betul-betul minta maaf. Panggillah apa yang you nak. I tak mampu nak menolak.” Suara Daus semakin tebal.

Aku kesat air mata. “ I tak sangka you macam ni.”

Daus tidak pandang muka aku walau sedikit pun.

“ Maafkan I Ana. Kita dah tak ada apa-apa lagi.”

Pengakhiran yang menyakitkan. Aku jadi letih.

“ I balik dulu.” Aku bangun perlahan-lahan menuju ke arah pintu. Aku biarkan Daus yang teresak-esak di situ.

Aku jadi kosong. Blank. Blur.

Sampai sahaja di kereta, aku perasan ada lelaki sedang bersandar.

“ Ana.”
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 07:48 PM | Show all posts
my god. daus is a gay???
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 09:00 PM | Show all posts
dont tell me the other guy is... iqbal??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2013 01:07 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 10-3-2013 09:00 PM
dont tell me the other guy is... iqbal??

that means he is hiv +ve too?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 09:04 PM | Show all posts
next.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2013 10:16 AM | Show all posts
?????????????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 02:25 PM | Show all posts
more please... more more more please.... @girlsweargucci
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 09:47 PM | Show all posts
so what happened next ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 01:55 AM | Show all posts
so what happened?


the end?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2013 01:57 AM | Show all posts
dua purnama telah pun berlalu ...

kelibat Iqbal dan  ? Ana? tidak kelihatan?

aku  tertanya  apakah  yang telah terjadi ?

apakah mereka berdua missing in action?

apakah ?

berselirat soalan   berlegar di fikiran ku ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 07:12 PM | Show all posts
Pertama sekali saya memohon maaf di atas kelewatan untuk entry kali ini kerana ada hal penting yang perlu diselesaikan dalam 3 bulan ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2013 07:12 PM | Show all posts
Orangnya tinggi. Berkulit putih mulus. Berhidung mancung.

Bibirnya sedikit gelap. Merokok mungkin.

Dia kelihatan bersahaja. A cool type. Kemas.

“ Ana kan?”

Aku mengangguk teragak-agak. Mata tidak lepas memandang wajah, dan seluruh anggota badan yang lain.

“ Teh O ais.” Mamak meletakkan segelas minuman di hadapanku dalam gelas sederhana tinggi.

“ Minum?” Aku berbasa basi. Dia menggeleng. Kemudian tersenyum.

“ Awak ni…?”

“ Nama saya Idlan. “

Aku mengangguk. Senyum kecil.

“ Jangan salah sangka. Saya cuma kawan Daus.”

Aku pandang dia. Terkejut. Mungkin ekspresi wajah aku sudah cukup untuk menunjukkan aku sememangnya beranggapan seperti itu.

“ Saya tahu semua cerita awak. Daus ceritakan pada saya.”

Aku pandang wajahnya dalam- dalam. “ Awak siapa sebenarnya?”

Senyum. “ Kan saya dah cakap tadi. Saya kawan Daus.”

Aku rasa dia pun boleh nampak wajah aku yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

“ Boleh saya tahu apa yang dah terjadi?”

Dia senyum. “ Saya rasa Daus dah ceritakan kat awak apa yang dah terjadi. Tak perlu saya nak hurai panjang lebar.”

“ Habis tu, yang awak nak jumpa saya ni?” Aku seakan hilang sabar.

“ Doktor. Saya nak mohon maaf. Saya yang suruh Daus buat macam tu. Saya yang suruh Daus berhenti kerja. Saya suruh Daus berhenti hubungi doktor. Saya yang suruh dia batalkan perkahwinan. Saya mohon maaf.”

Aku terpana. “ Awak…?”

“ Apa yang terjadi pada Daus, juga terjadi pada saya. Apa yang saya suruh Daus lakukan bukanlah apa yang saya lakukan satu ketika dahulu. Dan…. Saya tak mahu kawan saya itu rasa apa yang saya rasa.”

Aku jadi geram. “ Selfish!”

Wajah Idlan masih tenang. Mungkin sudah menjangka aku akan bertindak sedemikian.

“ Awak fikir dengan diamkan perkara ni dapat selesaikan masalah?! Batalkan perkahwinan tanpa sebab tu dapat selesaikan masalah?!!! Jauhkan diri dari semua orang dapat selesaikan masalah?!!!!”

“ Saya tahu pandangan doktor dengan orang yang macam kami ni.”

Macam kami?

“ Korang selfish. Hanya sebab korang malu dan korang tak nak orang lain tahu, korang rahsiakan semua ni. Korang ada fikir perasaan orang sekeliling dia?Orang yang rapat dengan dia? ORANG YANG SAYANG DIA?” Aku seakan menjerit.

Biarlah. Biar mereka pandang.

Wajah Idlan sedikit berubah.

“ Doktor tak tahu apa yang saya rasa dulu. Tak perlu saya terangkan lagi.” Nada suaranya mendatar.

“ Doktor akan berterima kasih dengan saya suatu hari nanti.” Sambung Idlan lagi.

“ Awak harapkan terima kasih untuk apa yang awak buat tu?”

Idlan yang tadi bersandar di kerusi, sekarang menundukkan badannya mendekati meja.

“ Apa doktor akan buat kalau Daus bagitau awal-awal dulu, sebelum dia menghilangkan diri yang dia ada penyakit ni? Doktor terima dia?”

Aku pandang dia. “ What…”

“ Jangan bagitahu saya doktor tak akan batalkan perkahwinan sebaik sahaja doktor tahu. Jangan bagitahu saya doktor tak akan jauhkan diri daripada dia sebaik sahaja doktor tahu. Jangan bagitahu saya doktor tak akan lakukan apa yang dia lakukan sekarang.” Nada Idlan bertukar keras.

Sebutir dah jatuh ke pipi. Aku jadi diam. Speechless.

“ Mungkin doktor ingat segala perbuatan Daus tu sebab kononnya dia nak selamatkan diri dia sendiri, nak jaga hati dia sendiri, dan sebabkan orang lain yang dekat dengan dia terluka.” Idlan kembali tenang, cuma sedikit tegas. “ Tapi doktor, ingatlah. Dia yang paling teruk terluka.”

Aku rasa tidak ada gunanya aku duduk di sini lagi. Aku tinggalkan sekeping not merah lalu bergegas pergi.

“ Doktor!”
Kakiku terhenti. Namun mata ini tidak mahu memandang.

“ Mungkin doktor rasakan yang doktor betul sekarang. Daus yang bersalah.” Idlan diam sebentar. “ Tapi doktor fikirkanlah sebaiknya.”

Aku kembali melangkah laju ke arah kereta.

Dalam kereta, aku sempat memandang Idlan yang masih berdiri tegak, memandang tepat ke arah aku.

Aku undurkan kereta dan memandu pulang.

Kakiku seakan-akan tidak memijak pedal minyak dan brek. Mataku seakan berpinar.

“…. HIV positive…”

“ …. doktor rasa betul, Daus yang salah…”

“ Maafkan I Ana. Kita tak ada apa-apa lagi.”

Aku memejamkan mata dan….

Ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 10:43 AM | Show all posts
Xcdent ke...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2013 06:49 PM | Show all posts
beb, sambung cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd mmg betul telahan dulu yg daus ni homo dan ada penyakit
Kesian kt Ana, lps ni back to Iqbal
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2013 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ada sambungan dah ye....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2013 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
So,  iqbal..why wait?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.077708 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list