CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: madeinborneo

Expose Mistik : Penunggu Rumah - updated kisah baru. #139,- ada gambar #24,37!

[Copy link]
 Author| Post time 6-2-2012 05:31 PM | Show all posts
cerita 7 : tumpang.

konon ada minah ni balik dpd flight.
last flight la.
then nak balik la naik bas dpd lcct tu kan.
last bus.
tunggu-tunggu tetap la tak penuh bas.
dorang kan kena ikut jadual.
so pakcik bas tu kata gerak je la.
ada pompuan tu sorang aje.

dia dok depan sekali belah pintu tu.
tepi tingkap.
sibuk mengadap hp je.
then tiba-tiba dia sedar sebelah dia ada cik ponti yekkkk.
sedang duduk elok je mengadap depan je. takda la kacau dia ke apa.

terus dia angkut bag cabin bag dia.

"tumpang lalu ye"

langkah terus pergi sebelah pakcik bas tu cangkung situ.

girl : pakcikkkkk. pakcikkkk nampak tak.
pakcik : nampak. nampak. takpa. awak duduk sini. dia nak tumpang je kot. biarkan.

ye. sampai la ke kl sentral dia bertinggung situ.
benda tu pun elok dok tak kacau ke apa.
but stillllllllllllllll. motif kau nak duk sebelahhh??
kan ada banyak seat. pfffttttt.

ok sekian cerita kali ini.
cabaran betul aku nak buat entry ni.
selama ni baca cerita orang n tepek2 aje.
sendiri type baru tau.
seram dowhhh.
dah la aku sorang je ni.

kemain meremang-remang.
pastu hp aku bunyi notification pun aku terkejut n jumpy.
sambil type sambil2 aku tweet taknak bagi rasa takut sangat.
pastu tiba-tiba pulak bahu aku sakit.
aku dok picit-picit rasa lagi sengal.
pastu teringat cerita shutters tu. yang bertenggek itu.
madafaka.

dah aaaa.
ini malam aku terlebih seram lak.
aku mahu turun tenangkan hati sat.
ta-ta

selamat malam jumaat semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2012 05:33 PM | Show all posts
cerita nombor 5 tu paling aku tak suka. apekehal nak terlebih count plak kann...kapal terbang puuunnnnn hantu nak naik kooooo....everyone can fly kekdahnya.....kaaaahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 06:53 PM | Show all posts

Expose Mistik : Penunggu Rumah - UPDATED KISAH BARU. #44,- ADA GAMBAR #24,37!

bleh x bg link blog peej..ktorg pun nak tgk2 gak..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 07:14 PM | Show all posts
cerita nombor 5 tu paling aku tak suka. apekehal nak terlebih count plak kann...kapal terbang puuunn ...
madeinborneo Post at 6-2-2012 17:33



    yang edan cite tu yang pompuan naik bas dr lcct tu ke? aah headcount tuh gilos...tak cukup takpe lg...kalau terlebih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 07:22 PM | Show all posts
bleh x bg link blog peej..ktorg pun nak tgk2 gak..


(posted by mobile)
stars83 Post at 6-2-2012 18:53



   ko tak pasan eh kat 1st posting lagi aku dah tepek. tak pe..demi peminat tercinta, aku tepek skali lagi...kaaahhh
http//:peejburhan.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 07:46 PM | Show all posts
bleh x bg link blog peej..ktorg pun nak tgk2 gak..


(posted by mobile)
stars83 Post at 6-2-2012 18:53



    http://peejburhan.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2012 08:06 PM | Show all posts
Story Head count dalam flight, stewardess kt hotel seram weyhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 11:21 PM | Show all posts
best. sekarang jugak terjah blog peej
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 11:28 PM | Show all posts
fuhhhh masyuk la nuffnang peej lepas nih ahahha..tapi cerita scary dia tempek hari khamis malam jumaat je kalau tak salah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 01:57 AM | Show all posts
mak aihh.. makhluk tu siap tumpang bas dan kapalterbang lagi.. nak pegi mana la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 02:11 AM | Show all posts
Reply 59# madeinborneo

kapten pun jwb.. "mmg aa.. dah korang sumer pompuan.. cip sorang je laki..." beliau pun start enjin trus blah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 09:37 AM | Show all posts
bestnyer citerrrr...
citer yg best tu lawak2 serammm... tak leh ingat pasal kena cakar kain tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 10:12 AM | Show all posts
Baru aku tau, qarin rupanya... ni aku copypaste dari blog halaqah.net pasal qarin..

MSA Ustaz Ghouse Khan Surattee wrote:

Benar, qarin itu sebenarnya berpengaruh dengan amalan seseorang itu, jika baik amalannya baiklah dia dan begitu juga sebaliknya. Nabi kita pun ada qarin namanya Habibul huda kata orang kasf masih hidup lagi di madinah.
Semua qarin lambat mati. Sebelum manusia mati kadang kala , qarin sudah kelirukan orang. Banyak berlaku, seseorang itu bila balik rumah terutama jika isteri sedang tidur atau ahli keluarga sedang tidur atau khayal, mereka perasan si ayah ni sudah balik dan berehat .....tetapi selepas setengah jam kemudian mereka terkejut sebab ayah yang sebenarnya baru sahaja ketuk pintu...ini kerja qarin.

-----------------------------------------------------

Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing masing?
Setiap kali lepas ibu kita bersalin..si ayah akan membasuh uri..atau orang tua tua kata itu kembar kita..... sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu..dipanggil sebagai Qarin...

Disebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara perkara yang jahat.

Seorang ustaz pernah bercerita...beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi pada malam hari. Dalam perjalanan..dia bertembung dengan seorang perempuan, berpayung di dalam hujan gerimis.

Ustaz ini menghentikan kereta beliau dan menumpangkan perempuan itu balik ke rumah.. Sepanjang perjalanan perempuan itu menyatakan bahawa dia seorang pelajar UKM tahun 2. Ustaz ni pun belum berkahwin..merasa seronok dapat berkenalan dengan pelajar perempuan tu.

Tambahan pulak Ustaz ni pun mengajar di UKM. Sampai di rumah perempuan tersebut berpesan supaya tidak lagi dtg ke rumahnya kerana ibunya tidak suka lelaki datang.

Balik dari menghantar perempuan tersebut, ustaz ini pun bercerita la pada rakan serumahnya..dia berkenalan dengan perempuan cantik ni tapi tak berpeluang hendak berjumpa lagi.

Hendak dijadikan cerita..esoknya ustaz tersebut mendapati perempuan semalam tertinggal payung nya. Adalah peluang dia pergi kerumah perempuan tadi.
Sampai dirumah perempuan tu..ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz tu pun bertanya tentang perempuan tadi dan cerita la tentang payung nya yang tertinggal tu. Ibu perempuan tu terkejut..dan menerangkan bahawa perempuan tu memang tinggal di situ, student UKM tahun 2, tapi telah meninggal 2 tahun yang lalu.

Jika peristiwa itu pernah anda lalui..atau akan lalui.. jgn terkejut..kerana apa yang anda jumpa ialah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi detik detik kematian seseorang serupa seperti yang berlaku setiap malam.

Qarin akan memakai pakaian yang serupa..cth: jika seseorang mati di langgar kereta ketika sedang menahan teksi..Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta seperti keadaan sebelum seseorang itu mati.

Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini tak kira jin atau syaitan atau Qarin..semuanya adalah makhluk Allah belaka.

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jgn lupa mmbaca ........A'uzubillahiminashaitonirrajim...

InsyaAllah.. selamat dan sejahterehhhhh.....kepada kita yang masih hidup buat la kebaikan supayakita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan....

Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 12:32 PM | Show all posts
wow.... i'm speechless
tp mmg terbaekk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 02:40 PM | Show all posts
MENARIK...

cerita yang pertama tu memang buat pasu gelak dalam seram.....seram-serampun, perabihkan jugak baca....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 03:10 PM | Show all posts
MAKCIK NAK MASUK BLEH?

salam peej..

aku ada banyak cerita mistik-mistik ni..tapi yang ni aku belum penah publish kat mana-mana lagi..kat blog aku sendiri pun tak penah lagi..


sebelum start, aku ni orang kedah, kot ada terselit loghat kedah tu, silalah google translate, ya..

cerita ni tak la seram sangat, tapi agak misteri la, since sampai sekarang ni kami tatau benda apa yang mai tu, orang ataupun bukan orang..

ceritanya terjadi kat anak menakan aku (niece)

nama dia Waheeda, la ni dia dah darjah 1.. aku bela dia dari aku tak kawen lagi..masa aku kawen, dia umoq 3 tahun, aku bawak dia duduk sekali dengan laki aku..sayang dah macam anak sendiri..

ok, itu introduction pasai Waheeda..


rumah kami 2 tingkat, opkos la masterbedroom kat tingkat atas. Waheeda ni masa tu umoq dalam 3 tahun lebih memang menggila tengok channel kartun sampai pukoi satu dua pagi..siang dia membuta..

kiranya ruang tv tu bertentang dengan masterbedroom..kalau bukak pintu bilik memang buleh nampak la dia tengah tengok tv..so tak risau apalah..

kadang-kadang kalau tak larat nak layan dia, kami masuk tidoq dulu..selalunya aku terjaga tengok dia dah tidoq, aku angkat la dia masuk bilik.

kat luaq rumah, ada pokok jambu air..tinggi..sama tinggi dengan balkoni luaq..pintu balkoni ialah kaca, opkos la ada curtain..

satu hari, pagi waheeda cerita dengan aku, dia ni mulut petah, 3 tahun cakap dah tak pelat..


dia : mummy, semalam kan ada makcik ketuk pintu..

aku : sapa? makcik mana? ketuk pintu apa?

dia : ketuk pintu kaca la masa bibi (dia la) tengok kartun..mummy dengan abah dah tidoq..dia kata, 'adik, makcik nak masuk boleh?' bibi kata pintu kunci..dia suruh bibi bukak pintu, bibi kata - tak boleh saya kecik lagi..

lepas tu dia tanya - adik nama apa? bibi kata nama saya Alya Waheeda, pastu makcik tu tanya bibi, ada abang dak? bibi kata tak dak, pastu dia kata lagi - makcik ada abang, kesian abang makcik dah mati..makcik dahaga..bukaklah pintu, buleh bagi ayaq kat makcik nak minum..


ok, time ni aku dah seram tau..hantu ka penyamun?

pastu aku tanya dia - macam mana rupa makcik tu? waheeda kata - rambut dia panjang, mata dia merah, pakai baju putih, kesian dia mummy, baju dia koyak-koyak,..

pastu buleh plak dia kata - tapi bibi takut la tengok muka dia..ada macam jerawat-jerawat kedut-kedut...eeeee...

pastu aku tanya lagi - lama kah bibi sembang dengan dia? dia jawab - tak lama, lepas tu dia terjun balkoni -


ok fineeeeeeeee!!!!!!



pertama - balkoni tak ada tangga, macam mana dia buleh ketuk pintu? dia panjatkah? buleh plak terjun eh?

kedua : pintu kaca tak bukak, macam mana waheeda buleh ada conversation bercakap-cakap bagai dengan 'makcik' tu? kalau ikut dia cerita tu dah ala-ala macam jemput makcik tu masuk plak!

ketiga - bila aku cerita kat mak dia, kat mak aku, bila depa tanya balik, dia cerita benda yang sama, tak ubah sikit pun..budak-budak kan tak reti menipu..

keempat - motif cerita abang kau mati kena bunuh??? motif suruh bukak pintu??? motif kau berborak dengan budak kecik???


start dari hari tu, tv  adalah diharamkan start dari pukoi 10..aku pun kalau laki aku outstation, memang aku tak layan la tv sampai malam buta kat situ..aku layan tv kecik dalam bilik saja..

dan waheeda sampai la ni pun kalau aku tanya, cerita masih yang sama..cuma bila dia dah besaq ni ada sikit tambahan -



bibi baru ingat la mummy, kuku makcik tu panjanggggggg sangat...


hampa rasa tu orang ka apa? sebab sumpah sampai la ni kami masih diselubungi misteriiiiiiiii.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2012 04:12 PM | Show all posts
MAKCIK NAK MASUK BLEH?

salam peej..

aku ada banyak cerita mistik-mistik ni..tapi yang ni aku b ...
madeinborneo Post at 7-2-2012 15:10



    okay yang ni sumpah skeri
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 05:34 PM | Show all posts
MAKCIK NAK MASUK BLEH?

salam peej..

aku ada banyak cerita mistik-mistik ni..tapi yang ni aku b ...
madeinborneo Post at 7-2-2012 15:10



Ini ponti minta dipelawa masuk.... ala2 vampire diary tu.
Standard modus operandi dia. Kalu tak jemput dia taknak masuk (beradab juga ye)
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 05:36 PM | Show all posts
skeri gilos cite makcik tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 06:07 PM | Show all posts
berani dan innocent tul waheeda.. anak buah aku, tengok telekung tergantung kat hanger kat dinding pun dia dah ingat hantu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.072895 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list