CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: madeinborneo

Expose Mistik : Penunggu Rumah - updated kisah baru. #139,- ada gambar #24,37!

[Copy link]
Post time 7-2-2012 06:14 PM | Show all posts
Reply 73# rozzelle


   kawan saya masa study dulu penah citer.. tengah malam dia terbangun dari tido.. tengok roommate nya tengah tido kat katil ssebelah.. yang menariknya dia nampak ada sorang lagi makhluk sebijik macam roommate dia tengah duduk kat hujung katil, siap pakai baju kurung macam nak pegi kuliah.. so qarin ke tu ek? tak sabau2 qarinnye tu nak pegi kuliah, kul 3-4 pagi dah siap2 baju kurung ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2012 07:18 PM | Show all posts
Err maaf bertanya TT.
Blog peej tu port cerita-cerita angker kah?
Never heard before.
Collection di situ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 08:07 PM | Show all posts
Err maaf bertanya TT.
Blog peej tu port cerita-cerita angker kah?
Never heard before.
Collection  ...
kivio Post at 7-2-2012 19:18



   blogg si peeja tu macam2 ada. kaaahhhh. cerita mistik2 ni ada hari khamis je. reader dia hantar kat dia suh dia tepek untuk bacaan semua orang. so, memang dah banyak laa cerita2 angker sumbangan reader besides cerita peeja sendiri.
aku sampai tertunggu2 khamis malam jemahat...tunggu peeja tepek citer scary.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 08:20 PM | Show all posts
Reply 83# madeinborneo


   Ouh, nice blog nih.Harus dihebahkan blog ini.
Hehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 08:26 PM | Show all posts
MUSIC BOX sesuatu sangatttt tauuu..aku nak buang music box aku malam ni.
as salam...


hai kak peej..
saye ni kire stalker kak peej jugak..tiap2 hari khamis mesti lawat blog kak peej.. gigih x??  hehehe, heeeee,
1st time nak tulis nie rase berdebar plak eden.. heeee,
okay2 balik kepada topik2 asal ye...
actually banyak citer sebenarnye..
okay, kire saye citer yang ala2 latest la ye...

okay, bende nie jadik kat saye tahun lepas.. dekat hujung tahun...
time tue study week, saye nie gigih la study week kat rumah, x nak duk kat rumah sewa...
so, time tue around pukul 12 saye still on9 sambil golek2 kat katil dengan adik saye..
ala2, nak ambil ilham la kan..
skali tue dalam kol 1 adik saye nak beradu.. baru je adik saye nak beradu dan mood saye nak study datang
tetibe music box yang cenonet tue bunyi2..
nie kire bunyi2 yang standard... okay,
1st time bunyi ala2 macam bateri nak matik..
ok fine, memang selalu bunyi macam tue coz bende tue dah lame...

saye dengan kejamnye, suruh la adik saye bangun ketuk box tue bagi diam..
die mamai so dier redha la kene buli dengan kakak dier..
ok, skali music box tue stop bunyik dier..
saye pun gigih study sambil golek2 atas katil tadi..
then around pukul 2 nak ke 3, tetibe bunyi lagik okay..
kali nie x bunyi ala2 bateri mati okay.. ini bunyi macam ko baru beli kuar dari kotak lagik..
pergh time tue saye rase nak ketuk je music box tue..
tapi mengenangkan pepagi buta dier buat hal, saye x berani nak bangun g kat meja solek..
oh ye, music box tue kat meja solek..

so, saye geram.. tutup buku semue, tapi degil lagi nie.. x mo tido bagai..
saye pasang headset pastu on9 je pesbuk..
walaupun time tue 2 - 3 ketul orang je on9.. saye layankan jugak..
coz, saye nak tido tapi x brani nak bangun tutup lampu, n lagi 1 takot plak yang jenis2 merangkak nie..
kang masok ikot selimut x ke haram.. heeee,
walau dah pasang headset bagai tapi still bunyi..
n x putus2 bunyi sampailah dekat subuh, saye bangun n terus ketuk music box tue kasik diam...

huuuuu, esoknye saye geram.. masok tong sampah itu music box..
yang herannya.. selama nie kalau bunyi mesti macam sekat2.. ala2 bateri dah nak abis..
tapi malam tue, bunyi dier.. cis sungguh,
x silap saye music box tue memang dah lama.. dari saye matrix dah ade.. adik saye beli.. around 4 or lima tahun rasenye..
so kesimpulannye, jangan simpan music box anda, kalau x nak malam2 buta anda diganggu dengan jayanye... heeeeeee, yang lain2 saye post kendian ye kak peej... daaaaa~

by: saadah hamid
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 08:38 PM | Show all posts
MAKCIK NAK MASUK BLEH?

Mmg scary hokay

MUSIC BOX

Xboleh tido dibuatnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2012 11:51 AM | Show all posts
Reply 76# madeinborneo

rasa cam nk menggigil bace cite nih...oh tidak
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 12:36 PM | Show all posts
makcik nak masuk tu skeeeeeeeri shialll.

hnssshhhh hushhhhhhh
berpeluh2 aku baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 12:41 PM | Show all posts
Nak tumpang citer gak la... citer ni ala2 sama macam citer Makcik Nak Masuk & Music Box tu..

Pernah kecoh dlm 3tahun lepas kot, kat kuarters gov tempat aku ni, ada something... citernya, masa bulan puasa kot, (sebab aku tau citer ni masa beraya kat kuarters) anak staff ni suka benor tengok tv sampai malam, budak tu umur dalam 4tahun kot.. kuarters jenis apartment.. so tv diletaknya sebelah sliding door tu..

oleh sebab umah tingkat sedang tinggi, selalu la bukak sliding door tu kasi angin masuk.. satu malam ni, budak tu tgk tv sorang2... staff ni g terawih, bini dia dok jaga adik kecik dalam bilik.. so dia balik dalam pukul 11 mcm tu.. dan2 masuk, anak dia tanya, abah, apa benda yang dok melekat kat dinding tu? anak dia tunjuk kat dinding ruang tamu.. kira belakang tv tu la... terkejut la kan, tengok takde apa pun... anak dia cakap, tu la, yg hitam melekat kat dinding ni... tak nampak ke? tadi masuk kat cermin ni... anak dia tunjuk kat sliding door...

kalau dipikir, mcm tipu jek... tapi anak dia kecik n tanya pun mcm bersungguh jek... tp tak takut plak... aku dengar citer tu, terbayang mcm benda itam dok melekat kat dinding...huhu.. pastu, staff ni tutp tv tapi biar sliding door bukak.. baca ckit2, amik anak dia tido sebilik 1 family... tak lama tu, mintak tukar umah kuarters... xmo dok da.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 11:58 AM | Show all posts
takde cite lagi ke? Tak sabar tunggu ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2012 12:46 PM | Show all posts
APA YG KO MAKAN TU? - NI BUAT AKU MALAS NAK TRY MAKAN KAT TEMPAT JIN BERTENDANG NI.


ok sorry tak menyempat kan.
so tak kira. belum malam jumaat tapi aku nak share jugak.
tadi tengah bbm ngan someone ni.
sekali dia kata dia ada expose mistik nak share ngan aku.
tapi dia malas nak type panjang-panjang and dia tak pandai nak mengarang bagai.
boleh tak bbm aje. aku kata ok aje.
nanti aku tulis la kat blog.

so dia pun cerita la.
dia ni baru pindah ke rumah baru. dah 3 bulan.
benda ni jadi masa dia baru-baru pindah.
dia takda la rasa apa ke. tapi bila minggu lepas mak dia datang.
dia cerita kat mak dia. mak dia takut sampai berdiri-diri bulu roma and cakap macam-macam.
baru la dia terasa seram.

kat fasa yang dia pindah tu.
dia orang pertama pindah. kira memang kosong la area tu.
sekarang pun after 3 months. baru ada tak sampai 10 rumah yang orang dah duduk.

belakang rumah dia ni ada area shop lot.
baru jugak. sama-sama la ngan rumah tu.
dorang memang tak pernah pergi la.
sebab takda apa.
dalam banyak-banyak tu. baru ada mydin n speedmart je.

tapi satu petang tu. dia round-round kat area shop lot tu nampak la satu kedai makan.
kat kedai tu ada stall jual mi sup n laksa.
dorang pun stop la n nak makan.
dia order laksa, suami dia order mihun sup.
anak sulung dia order nasi and tomyam.
yang bongsu pulak taknak makan. nak minum aje.
so order la air 4.

dalam kedai tu ada dorang 4 beranak aje.
staff ramai la. dalam 7-8 orang.
sampai makanan, dorang makan la.
sangat tasteless. dorang makan 2-3 sudu aje. then stop.
tomyam anak dia tapau.

then masa nak bayar. anak tauke dia dalam belasan tahun tu kira.
total rm30!!!! melampau mahal kan? aku pun terkejut ok.
so kawan aku ni baran la. suruh panggil mak dia yang kira.
tiba-tiba bila mak dia kira rm35 ok!!!!!
tapi sebab suami dia penyabar. tengok yang isteri pun dah baran terlampau.
suami dia bayar n ajak balik je.

then dah malam tu.
nak makan la tomyam tu. tengok basi ok.
bengang kan. i mean come on. tomyam je kot.
time tu pun kawan aku kata nak maghrib macam tu la.
so dinner pukul berapa kan. jarak tak jauh. asal basi kan.

oh lupa nak cakap.
kat deretan shop lot tu, ini je restoran yang ada ye.
kira dia tengah-tengah la. kiri semua kosong lagi.
kanan tu ada la vet.
ok takpa. sambung.
so bila tengok basi. dia hangin la.

esoknya dia pergi balik kedai tu nak complain.
sekali tengok takda satu restaurant pun yang ada kat situ.
kira seluruh area shop lot tu takda kedai makan satu hapa pun.
dorang macam confuse. tapi memang tak terfikir nak cerita ke apa.
kira benda tu berlalu macam tu je la.

sampai la dia cerita kat mak dia tu.
dia tak perasan yang benda ni mistik ke apa kan.
sampai la mak dia cakap, maybe dorang ni tersesat masuk 'alam mistik' ni.
hish aku cerita ni pun dah naik-naik bulu roma.
ye la. kan selalu cerita macam ni kita tengok kat tv aje. tak pun baca mastika.
pastu if masuk takleh keluar la apa la.
n if tv ke apa pun selalu kat hutan ke, highway ke. kampung-kampung ke.
tak sangka boleh jadi kat tengah2 bandar macam ni kan.

siap mak dia tanya. betul ke apa yang kau n laki kau makan tu mihun n laksa kan?
oh my gowddddd. takuittttnya.
ye la. dah alam dia kan.
n mmg takda kedai kan. tang mana datang lak benda2 tu semua. haiyohhhh.
tah apa la dorang anak beranak makan n minum tu kan.

then aku tanya la dia.
masa dia kat sana takda ke rasa pelik ke apa?
i mean semua tu muka macam mana? biasa ke apa?
kungfu la. sambil aku type ni apesal meremang2 je bulu roma aku. cipans.
ok sambung.
oh dia jawab, macam biasa aje. cuma dorang semua senyap.
kira even ada 7-8 orang tu. tapi tak bercakap-cakap ke apa.
sepi aje.

wthhhhh.
kalau aku dah pitam. takut la.
pastu makcik dia kata. nasib la suami dia bayar makanan tu.
buatnya taknak bayar then jadi apa-apa kat dorang kan.
tah sakit ke. tah-tah tak dapat kembali ke dunia kita ke. erkkk.

sekarang ni if lalu area tu.
dorang senyap je. takmo bercakap ke apa.
ye la. huish. kedai apa la bakal kat situ kan.
i mean dah sah2 sesuatu aje.

itulah kisah seram utk pagi ini.
keh keh.
have to share la. kang aku lupa.
pastu nanti bbm ni tiba2 halfway cerita hilang.
ok selamat bertegak bulu roma macam aku.
mana boleh aku sorang-sorang je scary kan. ;p
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 05:30 PM | Show all posts
APA YG KO MAKAN TU


Gulp baru first time baca kisah gini...bio betikkkk...scary
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 05:51 PM | Show all posts
Reply 92# Keduarc


   dia tahu mereka baru lagi kat situ kot.. yela..kena orientasi dulu, "orang baru nih, kena buli sket!!" hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 06:01 PM | Show all posts
seramnya baca semua kisah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 06:08 PM | Show all posts
Reply  Keduarc
   dia tahu mereka baru lagi kat situ kot.. yela..kena orientasi dulu, "orang b ...
manganini Post at 10-2-2012 17:51



    Tu la pasey....xdpt imagine apa sebenornya yg dihidangkan kt family tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2012 08:12 PM | Show all posts
aku publish cerita2 yg pada hemat aku seram laa...banyak sangat kisah2nya dari blog peej.

NAK TENGOK BUDAK BARU, BLEH?

Masa aku form 3, aku nakal sikit dan asyik nak main arcade game jer kat Utama Complex, BM, Penang (sekarang dah bankrupt). So, my mum decided nak hantar aku kat asrama so that aku terpaksa ikut peraturan ketat kat asrama as well as I will study hard for my PMR.

So, aku pun di hantar oleh my mum kat asrama sekolah aku masa tu iaitu sebuah sekolah yang femes kat Bukit Mertajam tahun 1997. Asrama 2 tingkat ni merupakan antara bangunan tertua kat sekolah I ni.

Malam pertama di asrama, cikgu kaunseling siap tidur kat asrama sama2. Aku ingatkan sebab aku ni anak cikgu kan, so siap dapat layanan istimewa sampaikan cikgu kaunseling pun temankan kami. Aku siap bawak my tedy bear yang sgt besar untuk buat teman tidur tapi cikgu nasihatkan suruh simpan dulu teddy bear aku kat dalam locker, so aku ikut je lah cakap cikgu tu.


Bila dah habis waktu prep, aku masuk bilik. Cikgu kaunseling suruh baca surah Al-Mulk sebelum tidur. Masa tu dah around midnight, so aku baca lah kat atas katil tempat aku nak tidur. Kat katil bawah pulak, seorang kawan aku (kita bagi nama dia LIMAH la ye) tengah tidur dah.

Tiba2 masa aku tengah baca tu, si Limah ni menjerit2 marah aku. Rasa hairan lah jugak kan, nape pulak si Limah ni nak marah2 aku. Cikgu kaunseling terus datang dalam bilik bila dengar Limah marah2 aku. Ingatkan dia nak marah Limah balik, but instead cikgu kaunseling suruh aku cepat2 turun dari katil dan keluar dari bilik tu.
Aku pun ikut cakap cikgu. Then cikgu suruh ketua aspuri pergi panggil Ustaz dan beberapa orang pelajar aspura cepat2.

Aku blur2 lagi, so tanya kat kawan2.."apsal ni weh?'. Tapi takde sorang pun layan soalan aku, semua orang cepat2 pakai tudung, ambil wudhuk dan pegang yassin.
Tiba2 si Limah ni semakin kuat menjerit2 bila ustaz sampai kat asrama.

Terus ustaz suruh budak2 lelaki angkat dia letak kat ruang depan. Walaupun 5 orang budak lelaki pegang dia, selamba je si Limah ni tendang terajang diorang dan dia dapat lepaskan diri dari pegangan diorang..sampailah 8 orang budak lelaik pegang, baru lah Limah tak dapat lepaskan diri.

Sambil Limah meronta2, ustaz sempat pegang ibu jari kaki dia dan baca something.
Suara Limah terus bertukar jadi garau. Lepas dengar dialog perbualan Ustaz dengan Limah baru lah aku faham perkara sebenar yang terjadi *blur gila, lambat betul nak faham*


Ustaz: Kenapa datang sini kacau budak2 nak belajar?

Limah: Aku bukan kacau, aku datang nak kawan

Ustaz: Siapa Tuhan kau?

Limah: Allah tuhan aku
Ustaz: Siapa nabi kau?
Limah: Diam lah...sakit lah..lepas lahhhh *berkali2 ustaz tanya soalan ni, Limah tetap tak jawab*

Ustaz: pergi balik tempat kau, jangan kacau budak2 ni nak belajar
Limah: aku bukan nak kacau, aku cuma nak tengok orang baru je *sambil ekor mata dia memandang tepat ke mata I*


Okeh, sekarang cuba korang bayangkan apa perasaan aku masa tu? Aku tengah berdiri masa tu, terus rasa lembik kaki dan jatuh terduduk tepi pintu. Kawan2 peluk dan tenangkan aku.

Akhirnya 'syaitan' yang masuk dalam badan Limah tu dapat di keluarkan oleh Ustaz, dan parents Limah datang pukul 2 pagi untuk bawak Limah balik.
Sudahnya, sampai ke pagi aku tak dapat tidur sebab teringat2 lagi dengan jawapan Limah tadi dan jugak ekor mata di ayang merenung aku.

Malam tu aku tidur sambil peluk cikgu kaunseling tu. Sambil tidur, aku cuba baca ayat kursi tapi bila sampai ke ayat ke2 je, aku lupa dan kena minta bantuan cikgu untuk bantu aku baca sampai habis. Lepas solat subuh, barulah aku berjaya melelapkan mata dan pagi tu, kami semua budak2 asrama lewat ke sekolah termausklah cikgu kaunseling tu sekali..huhuhuhuhu.

2 minggu lepas tu, parents Limah dah keluarkan Limah dari asrama. Menurut kata cikgu, dah banyak kali gangguan tu berjaya masuk dalam badan Limah sebab dia lemah semangat dan juga agak lemah dari segi kesihatan. Kiranya, malam pertama aku di asrama tu juga merupakan malam terakhir Limah di asrama itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2012 03:43 PM | Show all posts
Adeyh....boleh pulak nk tgk org baru
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 06:23 PM | Show all posts
.. seramm tu..
tingat cite anak jiran aku..
1st week tido asrama so agak payah nk lelap mata.. tetiba ade suara lelaki tegur.." ha.. terkebil2..bila nak tido?? ".. huhu mane plak dtgnye lelaki kat asrama pompuan..
terus mintak mak ayahnye tukar skolah biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 10:28 AM | Show all posts
Reply 96# madeinborneo


    huiyo...seramnye..brani x tdo sorg2 skg?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 08:24 AM | Show all posts
wahhhhhhhhhhh !!!!~~
sumpah skeriii wehh..
aku rs nak nangis dan sambil tampar pipi & berkata :-
"knp baca dah tau penakot !!! "
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.499703 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list