CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bibir

Bugis di Semenanjung

[Copy link]
Post time 22-2-2012 10:50 PM | Show all posts
hahaha ada kasta juak ker bugis 2 nie,mcm india jer ..nama kawan kau tu b ...
kuseng_power Post at 22-2-2012 10:28



    'Merafak sembah ke bawah duli'...Melayu sembah Raja ke?

Nampak sangat Rakyat Melayu adalah keturunan hamba dari keturunan Demang Lebar Daun (Melayu Jati)...Hamba2 kepada Raja Sang Sapurba (India Jati)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 11:44 PM | Show all posts
Sesetengah orang tak faham kenapa ramai Bugis menjadi Sasterawan dan Sejarahwan di Semenanjung seperti Raja Haji, Raja Ali Haji, Za'aba dan Arenawati...jawapannya bahasa Melayu berasal dari Sulawesi...harap porumer2 faham

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 11:51 PM | Show all posts
Reply 101# kuseng_power


    Sebabnya bahasa Melayu berasal dari Sulawesi

Bugis bertutur dalam pelbagai bahasa...kami dari keturunan Luwuq tak bertutur dalam bahasa Bugis  (yang dikenali hari ini)...orang2 Luwuq bertutur dalam bahasa Taeq...

Orang2 Makassar bertutur dalam bahasa Mangkasara

Orang2 Bone, Wajo, Soppeng dll bertutur dalam bahasa Bugis

Orang2 Mandar bertutur dalam bahasa Mandar
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 11:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 25-2-2012 11:52

Tengku Raja Kamaruddin ni Bugis Selangor...dr keturunan Raja2 Selangor agaknya...tapi dia banyak tolong Bugis2 dari Sulawesi..kerana kita perlu saling menghidupkan

Aku tak rasa moyang2 Tengku Raja Kamaruddin ni bertutur dalam bahasa Bugis..moyang2 dia bertutur dalam bahasa Taeq (bahasa Suku Luwuq)

Ni satu usaha yang bagus krn dia membantu saudara2 kita dari Sulawesi melalui LELUHUR

6:00 Bugis sesama Bugis x boleh gaduh-gaduh

[youtube]1OPj9MHaonI&feature=related[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 12:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 25-2-2012 12:34

Mesti ada tertanya-tanya pasal bahasa Bugis...orang Bugis ada banyak bahasa dan dialek...boleh dipanggil sbg Rumpun Bugis (pecahan bahasa)...

Actually Rumpun Melayu pon ada macam Melayu Jati(ada pecahan2 dialek), Minang, Banjar, Sunda dll...korang pon x faham bahasa antara sama lain kan

Macam tu gak Bugis...ada Luwuq (penutur bahasa Taeq), Makassar (penutur bahasa Mangkasara), Mandar (penutur bahasa Mandar), Bugis Tau Ugi (penutur bahasa yang dikenali sbg bahasa Bugis) dll...derang tak paham antara satu sama lain..kalau faham pon sikit2

Aku faham sikit je bahasa Bugis...bawah ni lagu yg bertajuk Simbol Percintaanku...lagu ni dlm Bahasa Bugis

[youtube]2Wry5IZCBZc&NR=1[/youtube]


lagu Bugis Mandar...dalam bahasa Mandar

[youtube]-J3yo-mcq00[/youtube]


Lagu Bugis Makassar..dalam bahasa Mangkasara

[youtube]0lNbutTQu4w&feature=results_video&playnext=1&list=PLC875DB71A1C8FE9F[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 12:56 PM | Show all posts
Yang bawah ni lagu Luwu' dalam bahasa Taeq...bahasa Suku Luwu'..yg merupakan bahasa moyang2 Bugis di Selangor.

[youtube]pibGgtuXSAQ[/youtube]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2012 10:00 PM | Show all posts
Sejarah Pekan
Page 3 of 4
            
Mengikut sejarah juga, terdapat orang Bugis dan Acheh di Pekan. Bermula dalam tahun 1722, Tok Tuan atau Kraing Aji berketurunan Bugis telah membuka sebuah kampung yang bernama Mengkasar sempena nama asalnya di Bugis. Dari keturunan Bugis inilah bermulanya asal usul keturunan “Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang” iaitu keturunan keluarga Allahyarham Tun Abdul Razak. Tenunan Sutera Pahang telah dikenalkan oleh golongan Bugis yang menetap di Pekan. Selain itu, ikehadiran Bugis di Pekan telah dibuktikan dengan kewujudan Makam Condong di Kampung Mengkasar di mana ia merupakan makam Bonda Iskandar Thani yang mana batu nisan itu sendiri dibawa dari Acheh.

Struktur lapisan masyarakat di Pekan pada zaman dahulu terbahagi kepada dua lapisan iaitu golongan ‘aristokrasi’ dan golongan rakyat biasa, termasuk golongan hamba. Kutipan cukai juga dikenalkan ke atas rakyat biasa bagi membiayai perbelanjaan kerajaan. Keadaan ini jelas menindas golongan miskin. Abdullah Munsyi berpendapat, Negeri Pahang adalah miskin dan rakyatnya malas kerana sentiasa takut dianiaya oleh Sultan dan pembesar memandangkan jika ada lebihan wang dan makanan,semuanya akan dirampas.

Secara amnya, penduduk yang tinggal di Bandar Pekan merupakan masyarakat yang menetap untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan pertanian (masyarakat Melayu). Mereka menjalankan perdagangan dari kawasan hulu dan kuala ataupun dari Pekan ke Singapura. In disokong oleh hakikat bahawa Pekan adalah pusat pentadbiran negeri yang memudahkan kegiatan perdagangan dan perniagaan.

Keistimewaan Pekan Dalam Perdagangan

Bandar Pekan terkenal sebagai Bandar Diraja kerana temapat bersemayam Sultan dan kerabat Diraja Pahang serta pusat pentadbiran negeri sejak dahulu lagi. Selain itu, Pekan turut terkenal sebagai pusat tumpuan perdagangan dan perniagaan. Kedudukannya yang strategik iaitu di kuala Sungai Pahang menjadi faktor kepada keadaan ini memandangkan sungai menjadi jalan perhubungan utama pada masa itu.

Berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai, kegiatan perdagangan telah lama wujud di sekitar Pekan. Hasil-hasil eksport Pahang yang dibawa ke Pekan adalah emas, bijih timah, kayu-kayan, dan hasil hutan. Sementara barang-barang import adalah opium, padi, garam, tembakau, sutera, dan kain. Pekan pada masa itu, menjadi pusat pengumpulan dan penukaran barang-barang antara penduduk tempatan dan pedagang. Hasil-hasil dari pedalaman seperti damar, getah dan rotan akan dibawa oleh orang Melayu untuk dijual atau ditukarkan dengan keperluan harian seperti garam, gula dan pakaian. Urusniaga ini pada masa itu dikawal oleh orang-orang Cina dan golongan yang rapat dengan istana. Manakala kegiatan perdagangan sepenuhnya dimonopoli oleh kelas pemerintah yang dikenali sebagai ‘Pedagang Diraja’. Orang-orang Arab pula menjadi orang tengah dalam perdagangan. Keadaan ini menjadi menjadikan Pekan semakin terkemuka di Pahang sebagai tempat tumpuan golongan pedagang.

Di Pekan sendiri wujud sistem mata wang tertentu seperti emas dan sistem mata wang tumpang. Ini bagi memudahkan segala urusan perdagangan dan perniagaan. Tambahan pula, Pahang memang terkenal sebagai pengeluar emas dan bijih timah. Masyarakat Melayu sebagai golongan majoriti lebih tertumpu pada bidang pertanian sebagai aktiviti ekonomi utama memandangkan adanya Sungai Pahang memudahkan pengaliran sawah di samping tanahnya yang subur. Sebagaimana dalam petikan di bawah menyatakan :

“Pekan Pahang itu seperti dusun, tiada berpasar dan tiada berkedai, tiada lorong tempat berjalan-jalan melainkan di Kampung China itu sahaja ada jalan lebih kurang lima puluh depa panjangnya. Di negeri Pahang itu banyak hutan rimba tetapi tidak diusahakan. Tanah negerinya subur sesuai untuk bercucuk-tanam.”

(Buyung Adil,1972: hal 110)


Kisah Bugis di Pahang
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 10:32 AM | Show all posts
Nasib korang le, aku dah delete semua posting yang tak berguna dan sampah. so memang ade efek pada kredit korang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 11:15 AM | Show all posts
Betine Bugis  :



Surely nenek nobito pun mcm ni
unekspekted_XII Post at 13-3-2012 10:39



awat nipis sangat...... Golongan Hamba ka ?




kalau gambar kaler mungkin muka macam Lisa Surihani
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:29 AM | Show all posts
Reply 70# HangPC2

tak. ni golongan anak raja bugis
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:39 AM | Show all posts
Reply  HangPC2

tak. ni golongan anak raja bugis
unekspekted_XII Post at 13-3-2012 11:29




biar betul selalunya dekat Asia Tenggara Kalau pompuan nampak dada nih... dari golongan hamba.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 08:59 PM | Show all posts
salam...tumpang tanya..
bapa saya ada ckp sy ni keturunan bugis,dr sebelah nenek perempuan..
moyang sy bernama pawang badang(muar).
hanya belah pompuan yg boleh simpan keris pusaka turun temurun..
sy xtau luk berapa dan siapa pewaris selepas ni..tp kalau lelaki yg menyimpanya akan panas bila pegang keris tu..
dlm keluarga saya abg dan adik lelaki jelas nampak putih dan bermata sepet,(saya coklat madu)
adik beradik perempuan putih dan sepet matanya...
ada kena mengena sama bugis 5 bersaudara...hanya cerita sahaja xtau betul ke tak..
bapak saya ckp..
kalau jumpa sama darjat bulu roma akan menegak tiba-tiba..
kalau naik ke laut ade mcm satu semangat jd berani dan yakin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2012 12:23 AM | Show all posts
admin, sy rasa thread yg sy buat ini di closed saja
takdak manfaat langsung, ramai sgt kaki merapu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 12:33 AM | Show all posts
rileks ler, bugis rapu lepak di thread bugis lagi bagus dri lepak di thread pasal bende lain
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 11:00 AM | Show all posts
Bibir, teruskan berbincang pasal Bugis Semenanjung tapi dalam konteks Malaysia. Lepas tu cuba kaitkan mengapa Bugis diasimilasi jadi Melayu atas dasar sejarah, penglibatan Bugis dalam konflik & pembentukan negeri2 Melayu di Semenanjung.

Tak dinafikan pengaruh Bugis amat kuat di Tanah Melayu, tapi bagaimana Bugis diangkat menjadi Raja2 Melayu mahupun pembesar2 Bugis di alam Melayu ni.

Sejauhmana budaya Bugis Sulawesi masih bertahan sedangkan generasi Bugis semua rata2nya terasimilasi Melayu.

Sambil2 tu, cerita juga kisah Bugis Sabah yang masih kuat mempertahankan identiti budaya Bugis mereka.

Cuma, jangan mengagungkan sangat budaya Bugis macam Bugis sahaja paling mulia. Kami bukan anti Bugis, tapi anti dengan sekor forumer Bugis tak sedar diri je.

Teruskan perbincangan ye ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 04:36 PM | Show all posts
Cuma, jangan mengagungkan sangat budaya Bugis macam Bugis sahaja paling mulia. Kami bukan anti Bugis, tapi anti dengan sekor forumer Bugis tak sedar diri je.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2012 04:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 22-6-2012 05:02
Sejauhmana budaya Bugis Sulawesi masih bertahan sedangkan generasi Bugis semua rata2nya terasimilasi Melayu.
robotech Post at 18-3-2012 11:00



   Melayu yang berasimilasi dengan Bugis....bukan Bugis berasimilasi dengan Melayu...
Korang pakai kain Pelikat pun asal dari Indonesia....aku nak tanya kenapa tu TAK jadi pakaian adat Melayu?...kenapa kain tu jadi pakaian adat Bugis?

Kalau aku tanya Melayu kenapa Melayu pakai kepala kain dibelakang...Melayu boleh jawab???..cuma keturunan Bugis je boleh jawab...

Antara Keris Melayu dengan Keris Bugis ...mana satu keluarga Bugis akan simpan? Sudah tentu keluarga Bugis akan menyimpan Keris Bugis dan Badik/Kawali

Dan sudah tentu anak Bugis akan sentiasa memakai kain sarung Bugis dan membawa kain sarung Bugis kemana saja mereka pergi.

Anak Bugis pakai kain sarung...anak Melayu selesa pakai seluar pendek di waktu senggang...tu beza ketara antara keluarga Bugis dan Melayu....

Kalau keluarga porumer Harimau Berantai masih amalkan beberapa upacara...kelurga kami dh tak amalkan benda tu...sungai depan rumah tu dah lama semak, mayang pinang belakang rumah dh lama tak diturunkan...bahkan dh kene tebang...tinggal pokok sirih untuk upacara kahwin je
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 05:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 22-6-2012 05:17

Aku suka ngaku Luwuk berbanding Bugis.....tajuk thread ni sepatutnya Bangsa Luwuk di Semenanjung.


Suku Toraya termasuk dalam Bangsa Luwuk..Suku Toraya juga merupakan salah satu Induk kpd Bugis hari ini
[youtube]Y8IJ_jQURNo&feature=related[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 05:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by nobito at 22-6-2012 05:51

Antara upacara adat Bugis yang masih diamalkan wujud dalam Silat Gayong spt Mandi Minyak... Generasi muda Bangsa Luwuk boleh lestarikan adat kita dgn menyertai Silat Gayong....
Bangsa Luwuk tak berasimilasi dengan Melayu tapi Melayu yang berasimilasi dengan kita


‘Kami tak amal khurafat’
WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Mac 2012


$entry.content.caption.value

Setiap ahli dinasihatkan mengamalkan bacaan Surah al-Ikhlas, sebaik-baiknya 70,000 kali sebelum menjalani upacara mandi adat yang lebih dikenali ‘mandi minyak’ dalam Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM).

Pengerusi PSSGM Cawangan Sungai Petani, Md Monir Abdul Wahab, 64, berkata, selain dinasihatkan dengan amalan berkenaan, ahli juga perlu mengambil wuduk dan membaca Surah al-Ikhlas sepanjang upacara itu dijalankan.

“Kekuatan dalaman menjadikan diri ‘kebal’ bukanlah bergantung kepada jampi serapah atau amalan khurafat, sebaliknya hanya bersandarkan kepada kekuasaan ALLAH SWT menerusi ayat al-Quran.

“Dasar yang kita jalankan adalah berpandukan ajaran Islam dan mengamalkan ayat al-Quran, bukan seperti mana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak,” katanya kepada Sinar Harian.


Ajaran silat terpesong

Monir berkata, ajaran silat terpesong akibat tindakan guru yang tidak mengamalkan ajaran Islam, di samping mengutamakan kepentingan diri lebih daripada segala-galanya.

“Kita tidak amalkan perbuatan syirik, tetapi menitik beratkan ajaran agama pada tiap ahli termasuk peringatan terhadap ibadat solat, berbuat baik pada ibu bapa dan taat suruhan ALLAH,” katanya.

Menurutnya, sememangnya mandi adat dilakukan menggunakan minyak panas, tetapi yang menjadikannya ‘sejuk’ ialah kekuasaan ALLAH melalui keberkatan pengambilan wuduk dan amalan Surah al-Ikhlas.

Beliau berkata, kelebihan mandi minyak dilihatnya lebih kepada aspek kesihatan di mana sebaik selesai mengadakan upacara itu badan menjadi kejap, memudahkan pergerakan dan mengelakkan sakit.


Tiada amalan kolot

Monir yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam PSSGM berkata, pada mulanya agak gentar melibatkan diri dalam persatuan itu memandangkan tidak terlalu arif selok belok agama kerana beranggapan hanya orang yang rajin bersolat dan membaca al-Quran sahaja dibenarkan.

“Tetapi andaian saya silap. Bila masuk PSSGM baru tahu bahawa tiada amalan kolot diamalkan, hanya bergantung pada niat ikhlas semata-mata,” katanya.

Menurutnya, PSSGM Cawangan Sungai Petani mempunyai kira-kira 100 ahli berusia seawal tujuh sehingga 17 tahun yang dilatih menggunakan khidmat 10 tenaga pengajar.

Katanya, sehingga kini PSSGM mempunyai Gelanggang di Semeling, Bakar Arang, Paya Nahu, Pangkalan Lebai Man dan Taman Sri Wang.

Terdahulu Monir berkata, tujuan utama mengembangkan PSSGM adalah memperkenalkan seni mempertahankan diri di samping memelihara warisan terdahulu yang masih menjadi pegangan masyarakat kini.

“PSSGM tidak timbul dari mana-mana pertubuhan, sebaliknya ia berasal dari keturunan Bugis, mempunyai adat dan tertib tersendiri.

“Pelajaran dalam Seni Silat Gayong Malaysia tidak akan habis sampai bila-bila, walaupun sudah sampai ke peringkat jurulatih pun perlu banyak lagi belajar,” katanya.

Menurutnya, beliau kini sedang memantapkan jurulatih untuk seluruh ahli sebelum keahlian dikembangkan lagi selain berhasrat menambah gelanggang sekiranya ada permintaan.

Dalam pada itu, katanya, setiap ahli pertubuhan tidak hanya ditekankan dengan kemahiran silat semata-mata, tetapi dibawa beriadah, bermasyarakat dan melakukan aktiviti sihat dalam usaha memupuk silaturahim antara satu sama lain.

“Setakat ini, tiada masalah dihadapi kerana setiap ibu bapa memberi sokongan terhadap penglibatan anak-anak dalam silat dan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.


Ahli jangan terpedaya

Monir berkata, dewasa ini, ahli silat dipergunakan pihak tertentu dalam menyelesaikan kes membabitkan jenayah, justeru menyarankan setiap pertubuhan berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan golongan berkenaan.

“Kita belajar silat bukan untuk menjatuhkan orang lain, berbuat jahat dan sebagainya tetapi pelajari silat untuk kebaikan,” katanya.

Sementara itu, ahli paling muda, Nur Anis Syazwana Mohd Ghozali, 8, berkata, penglibatannya dalam silat kerana mengikut rakan-rakan selain minat dan didorong ibu bapa.

“Sejak aktif menyertai silat pada 2011 saya merasakan ia sangat menyeronokkan dan tidak membosankan,” katanya.

Selain itu, Nik Mustafa Akmal Nik Mohd, 18, berkata, pengalamannya menyertai silat sejak berusia sembilan tahun menjadikannya lebih matang dan tidak membuang masa.

Pelatih GiatMara Jitra dalam bidang automotif ini berkata, masa lapangnya terisi dengan aktiviti berfaedah yang sangat diminatinya.

Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai PSSGM boleh menghubungi Setiausaha Pertubuhan, Sani Shaari di talian 017-4215534


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 03:41 PM | Show all posts
apa yang nak dibanggakan sangat dengan keturunan? kat akhirat nanti ada tanya ko keturunan mana ke.

phuii!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.071029 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list