CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlianakasim

Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia [Part III]

   Close [Copy link]
Post time 16-12-2012 03:59 PM | Show all posts
Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 1/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini)

07:00
Selesai solat Subuh yang agak terlewat, kami terus bersiap dan langsung turun ke lantai 2 hotel untuk makan pagi.



Subuh masuk pukul 4:45 pagi, matahari terbit pukul 6:05 pagi.

07:25
Pada hari sebelumnya kami telah berjanji dengan Pak Kamal, supir kami, untuk bertolak ke Bonjol hari ini pukul 8 pagi. Oleh kerana masih awal, kami berjalan2 dulu menghala ke Hotel Nikita dan Hotel Kharisma. Jalan Jenderal Sudirman di mana terletaknya hotel2 ini merupakan jalan utama masuk/keluar ke/dari kota Bukittinggi.


07:50
Bersebelahan dengan Hotel Nikita kami menemukan sebuah kedai menjual pelbagai kuih-muih. Barangkali forummer yang pernah tinggal di Hotel Nikita atau Kharisma sudah pernah mengunjungi kedai ini.


Cara penjualan kuih-muih ini mengingatkan saya kepada jualan yang sama di negeri2 Pantai Timur di negara kita.

Sila pilih saja mana yang berkenan.


Walaupun sudah bersarapan, kami beli juga beberapa kuih buat bekal dalam perjalanan nanti. Kemudian kerana kesuntukan masa, kami tumpangi Angkot No. 14 untuk kembali ke hotel untuk mulakan tour untuk hari ni.

10:00
Destinasi pertama untuk hari ni ialah ke Bonjol. Kami bertolak dari Bukittinggi sekitar pukul 8 pagi dan sampai di Bonjol hampir 2 jam kemudian. Bonjol ni terkenal dengan tempat kelahiran seorang tokoh Ulama' dan pahlawan Islam, Tuanku Imam Bonjol,  yang menentang Kaum Adat dan seterusnya Belanda dalam Perang Padri pada awal tahun 1800an.



Monumen peringatan Tuanku Imam Bonjol atau nama sebenarnya Peto Syarif di hadapan Muzium Tuanku Imam Bonjol. Tugunya juga ada di Kota Bukittinggi.

Kalau perasan tokoh berserban yang tertera di duit note Rp5,000 tu muka tokoh ni la.


Muziumnya kecil saja, merangkumi 2 lantai.


Di dalam muzium terdapat relief yang mengkisahkan Tuanku Imam Bonjol memimpin tenteranya dalam Perang Padri.


Dan inilah tujuan utama kenapa kami datang ke sini. Tak banyak lokasi yang kita boleh langkah garis imaginasi Khatulistiwa di bumi Allah ini. Ada kurang dari 20 lokasi daratan seluruh dunia dan salah satunya adalah di sini.


Menurut bacaan GPS, accuracy garisan yg kat jalan tu plus minus 150 meters, itu pun mungkin GPS kurang signal. Sepatutnya bacaannya 0.00000°


Tapi sayang pembangunan dan penyelenggaraan objek wisata ini kurang diberi perhatian dari pihak yang berkenaan. Perkara sama tidak pula berlaku di Taman Equator di Pontianak, Indonesia yang khabarnya ternyata lebih terbangun.

10:30
Di sini kami beli T-Shirt "I Crossed The Equator", dari penjual jalanan. Ketiadaan gerai souvenir membayangkan tidak ramai wisatawan ke sini, mungkin kesan dari kurang promosi dan juga kurang pembangunannya.

Nota: Kos tiket untuk masuk ke Taman Equator dan Muzium adalah Rp15,000 untuk 2 orang.

10:45
OTW balik ke Bukittinggi, beli sebiji durian hutan, tapi sayang baru saja gugur, isinya kurang masak. Harganya agak mahal, Rp14,000 sebiji (ukuran sederhana).


Bersambung di Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 2/3 Last edited by dvpro on 16-12-2012 10:37 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2012 04:55 PM | Show all posts
Saya pergi 12 - 17 JAn 2013.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 06:12 PM | Show all posts
wck7-2011 posted on 14-12-2012 11:57 AM
sms atau tel dia nanti dia call balik.saya pun dah bayar deposit dgn dia...
anyway bila nakke p ...

kwn2 forumer yg dh bagi deposit dgn aldi, jgn risau....sbb dia seorg yg jujur & blh dipercayai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 06:19 PM | Show all posts
adekmanes posted on 16-12-2012 04:55 PM
Saya pergi 12 - 17 JAn 2013.

Salam adekmanes,

awk amik service TA @ TG?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 06:21 PM | Show all posts
saya beom ambil lagi. any idea? tgh mencari. sy pergi 3 orang dewasa. iternary pun blom buat. tgh membaca mana yg padan dgn 4mlm.maklumla bw org tua@parents.


Last edited by adekmanes on 16-12-2012 06:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 06:23 PM | Show all posts
Sutra06 posted on 16-12-2012 06:19 PM
Salam adekmanes,

awk amik service TA @ TG?



Maybe ambil TG, sutra06 ade idea TG mana yg ok, dan murah
ni budget travel je.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2012 07:55 PM | Show all posts
salam uols!nk tny, kalau deal dgn raunsumatra ni (sapa yg pernah ambik), uols deal through emel ke camne?iols baru je hantar enquiry through email, reply within 24 hours katanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 07:58 PM | Show all posts
adekmanes posted on 16-12-2012 06:21 PM
saya beom ambil lagi. any idea? tgh mencari. sy pergi 3 orang dewasa. iternary pun blom buat. tgh me ...

sama la kite!sy pergi 4 adults, mak dara & anak dara 24-27/1/2013
dok menggila buat itinerary semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2012 08:07 PM | Show all posts
kalikoni posted on 16-12-2012 07:58 PM
sama la kite!sy pergi 4 adults, mak dara & anak dara 24-27/1/2013
dok menggila buat itinerary s ...

kalau palg senang, ambil TG, suh dia bwa tempt2 yg biase dia bawa.



Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 08:34 PM | Show all posts
adekmanes posted on 16-12-2012 08:07 PM
kalau palg senang, ambil TG, suh dia bwa tempt2 yg biase dia bawa.

a'ah, since 1st timers belaka.sy amik raunsumatra
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 08:43 PM | Show all posts
kalikoni posted on 16-12-2012 08:34 PM
a'ah, since 1st timers belaka.sy amik raunsumatra

ooo ok.
camne nak contact raunsumatra.

ni nama forumer atau TG
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 08:48 PM | Show all posts
kalikoni posted on 16-12-2012 08:34 PM
a'ah, since 1st timers belaka.sy amik raunsumatra

Ok. saya da email ke raunsumtra. tgu reply.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 10:34 PM | Show all posts
Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 2/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini)

12:00
Sekembali di Bukittinggi, kami turun ke bawah Ngarai Sianok untuk makan siang.



Masakan Padang juga, cuma menu spesifiknya ialah...


... Gulai Itiak Lado Mudo. Memang terbaek la Itiak ni, takde rasa hamis langsung. Menu ni pun dah jadi menu popular di rumah2 makan di kawasan Ngarai Sianok. Termasuk rumah makan ini, kelihatan tidak kurang dari 5 kedai yang mempromosikan lauk yang satu ini.

Macam biasa kalau ada lesehan, kami pilih makan macam ni. Bila makan bersila, tak la makan banyak sangat kan? Tapi Itiak tu habis juga sorang 1/4 bahagian.

Makan pula bertemankan panorama dari lantai ngarai. Total biaya Rp139,000 untuk 2 orang makan dan termasuk juga kos makan supir.

13:15
Lepas lunch sambung tour ke Lobang Jepang, terowong peninggalan tentera Jepun masa perang WWII. Dari pintu ni kena turun 132 anak tangga hingga ke kawasan landai lokasi terowong sebenar.



Kalau tak nak menggagau dalam tu, elok la ambil Guide. Banyak info juga boleh dikongsikannya. Kosnya minimum Rp20,000/pax tidak termasuk tiket masuk Taman Panorama Ngarai/Lobang Jepang (Rp3,000/pax) dan tiket masuk Lobang Jepang (Rp5,000/pax).


Peta terowong hanya ada di atas saja. Penunjuk arah terutama jalan keluar pun tidak disediakan. Bila ditanya kepada Guide kenapa tidak dibuatkan, jawabnya selamber, kalau ada kemudahan sedemikian, maka takde orang yang akan mendapatkan khidmat mereka.


Asalnya kebanyakan laluan terowong memang rendah silingnya, tapi kebanyakan laluan sudah diperbesarkan sekarang. Udara kat dalam ni macam kat atas juga, sejuk dan tak sesak, sebab di sini ada "natural ventilation".


Dah turun 132 anak tangga masa masuk, kena la panjat bilangan yang sama masa keluar. Sampai kat atas rupanya dah hujan lebat, kena lepak kat sini agak lama jugak.

Nota: Guide selalunya ada membawa kunci untuk membuka pintu yang keluar ke jalan akses ke ngarai (tidak perlu panjat tangga balik). Jika mahu keluar di pintu ini, sila berjanji dengan supir untuk menjemput di situ dan pastikan bertanya dengan Guide tentang kunci/pintu ini sebelum turun ke terowong.

15:30
Setelah hujan reda, barulah dapat meneruskan aktiviti selanjutnya — shopping di Pasar Ateh.



Bersambung di Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 3/3 Last edited by dvpro on 17-12-2012 02:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 11:34 AM | Show all posts
dvpro posted on 16-12-2012 10:34 PM
Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 2/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini) ...

Sedapnye tgk keropok ketam dan makanan laut tu....
Tp saya xg Pariaman....Xtermasuk dlm iternary...
Selain dkt Pariaman, kat tmpt lain ade jual x mknn mcm tu?
Sbb jalan Pariaman tu jauhkan?
Klau dkt area tmpt Malin Kundang n Jmbtn Siti Nurbaya tu ade x?
Teringin lah pulak nak makan keropok tu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 12:01 PM | Show all posts
Kat Jembatan Siti Nurbaya memang takde, tapi tak pasti la pulak kalau ada dijual di pantai sekitar Padang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 12:45 PM | Show all posts
Sutra06 posted on 16-12-2012 06:12 PM
kwn2 forumer yg dh bagi deposit dgn aldi, jgn risau....sbb dia seorg yg jujur & blh dipercayai.  ...


Harapan kami mcm tulah sebab  kami pernah terkena,

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2012 12:46 PM | Show all posts
dvpro posted on 16-12-2012 10:34 PM
Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 2/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini) ...


salam, pasar ateh ni  buka dan tutup pukul brapa waktu indonesia.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:03 PM | Show all posts
Kebanyakan kedai2nya buka 8 pagi sampai 6 petang. Ada jugak yang buka seawal 7 pagi dan tutup selewat 7-8 malam rasanya. Yang lain2 mungkin boleh tolong confirmkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:18 PM | Show all posts
dvpro posted on 17-12-2012 02:03 PM
Kebanyakan kedai2nya buka 8 pagi sampai 6 petang. Ada jugak yang buka seawal 7 pagi dan tutup selewa ...

seronok tengok perjalanan . guna khidmat supir siapa ye

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:28 PM | Show all posts
mummycool posted on 17-12-2012 02:18 PM
seronok tengok perjalanan . guna khidmat supir siapa ye

Saya ambil khidmat transport saja dengan Pak Gusmal Kamal dari Asia Tours. Yang lain2 termasuk itinerary saya urus sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.669291 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list