CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlianakasim

Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia [Part III]

   Close [Copy link]
Post time 11-12-2012 11:56 AM | Show all posts
amoyfazna posted on 11-12-2012 11:09 AM
adoyaii.. x bole tahan tgk es durian & "kepek ketam" tu..
dvpro, form customer declaratio ...

custom declare n arival n departure kad tu mmg FA bagi masa kat atas flight,..
sesapa yang tak dapat masa kat atas flight boleh jer ambik sendiri..
masa masuk pintu ketibaan tu ada banyak kad2 ni diletakkan kat sebelah pintu sebelah kiri...
isi siap2 n sign custom declaration n arrival kad bagi kat imigresen sana
~ departured card tu simpan elok2 jangan hilang, nnt masa nak balik kena tunjukan kat imigresen indon , klu hilang kena denda.
** sbb kawan2 sy pun ada yg tak dapat , jadi kitaorang ambik kat situ jer..
Last edited by ct39 on 11-12-2012 12:04 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2012 12:00 PM | Show all posts
lolen posted on 11-12-2012 11:25 AM
kat bt tggi kitorg stay kat hotel nikita
bilik dia emm jenis bilik lama cket..ekon n kipas xde..a ...

tu rr sy pun kurang selesa dgn Nikita hotel, sbb x de aicon n kipas, tapi menu bfast boleh tahan...sedap lah..
hotel hangtuah kat padang tu mmg teruk , dari pengalaman2 forumer yg stay kat situ ... baca ceriter awak pasal hotel hangtuah buat sy nak


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:01 PM | Show all posts
oke la saya pon minta maaf ye tk leh jumpa jga dengan dvro kt kampung saya,pasal hari tu group ed memang agak ramai skit 31 pax jadi memang mesti seriusly kawal nya skit ya dvro,insyaallah lain waktu klu dvro datang lagi boleh la kita jumpa,thanks ya dah datang ke kampung ed
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:03 PM | Show all posts
buat forumer klu nk selesa perjalanan nya ambik la hotel yg bagus skit,jangan berharap yg murah tapi akir nya kn buat kecewa la kn.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:04 PM | Show all posts
macam dvro dia ambik bunda kt bukitinggi,grand roxy kt padang


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:09 PM | Show all posts
ed.junaidi posted on 11-12-2012 11:50 AM
ya dvro pak kmal tu kira uncle saya tu huhuhuhuhu,dia ckap pe?

Dia cuma cakap dia kenal sama Pak Junaidi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2012 12:13 PM | Show all posts
heheheheh tu nma penuh saya ,klu dia ckap nk ambik dvro boleh la nk ucap kn slamat datang di kampung saya kn hehehehehehehe,tk pe  la yg penting semua berjalan baik kn?alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 12:14 PM | Show all posts
ed.junaidi posted on 11-12-2012 12:03 PM
buat forumer klu nk selesa perjalanan nya ambik la hotel yg bagus skit,jangan berharap yg murah tapi ...

sbb x penah smpai lg sana..kira 1st time
xpe lah kira jdkan pengalaman and pengajaran
sbb kalo kat bandung hotel murah pon tp bab kebersihan mmg superb
so ingtkan sama la jugak ngan kat cni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2012 12:20 PM | Show all posts
ambik la tu untuk pembelajaran tuk lolen juga yg lain,klu kami travel agent kt cini tu memang yg kami jaga betul2,tamu saya pon yg sama datang dengan dvro minta hotel yg sama juga,tapi setelah saya sebut kn keada an nya mereka semua fham jadi nya kita ambik kharisma hotel,semua dok bukitinggi 3 mlm,rantai mas tamu saya pon sempat tinggal kt bilik di kharisma,alhamdulillah orang2 di kharisma tu memang jujur lah,dia call saya bagi tau rantai mas tamu tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 09:58 PM | Show all posts
dvpro posted on 11-12-2012 03:57 AM
Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 1/2

04:00 (Waktu Malaysia)

DVpro
sy masih menunggu sambungan catatan perjalanan ..
best baca siap ada gambar2 yg menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 12:49 AM | Show all posts
Ok, sambung balik ya kawan2.

Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 2/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini)

12:05 (semua waktu selepas ini adalah WIB)
Sampai sahaja di Pariaman kami terus singgah di salah sebuah Rumah Makan yang menghidangkan Nasi Sek di sepanjang pantai di Pariaman. Ada banyak cerita mengkisahkan bagaimana namanya sebegitu. Sebenarnya perkataan "Sek" itu adalah kependekan dari nama asalnya (sila Google untuk info lanjut). Lauk-pauknya adalah lebihkurang sama dengan masakan Padang, cuma ditambah lauk yang berasaskan makanan laut seperti ikan laut, udang dan sotong. Nasinya dibungkus kecil di dalam daun pisang.


RM Nasi Sek yang kami kunjungi ini dikatakan terkenal dengan Cumi/Sotong Gorengnya, namun ternyata kecewa kerana salutan tepung gorengnya agak keras/liat, di samping tidak dihidang panas (bukan baru digoreng, typical bagi masakan Padang).


Kami memilih untuk makan di lesehan, juga terdapat kerusi dan meja di bahagian utama kedai. Harga makanan di sini untuk 4 bungkus nasi + Cumi Goreng + Sambal Bilis + Udang (kecil) Masak Lemak + Kerabu + Sambal Ijo + 2 gelas Juice adalah Rp37,000.


Selesai makan, boleh juga berjalan ke pantai untuk mencuci mata.

12:55
Seterusnya perjalanan disambung dari Pariaman ke pekan Maninjau iaitu pekan kecil di Danau Maninjau (di persimpangan ke Kelok). Di perjalanan ini kami melewati beberapa pekan kecil seperti Tiku dan Basung.

Klik utk perbesarkan

Perjalanan dari Basung agak mendaki sedikit dari arah barat menghala ke Danau Maninjau, dan setelah itu melewati Danau Maninjau di sebelah utara tasik sehingga sampai ke pekan Maninjau (sila lihat peta di atas, boleh klik untuk diperbesarkan).

Sebelum sampai di Danau Maninjau, kelihatan sungai di tepi jalan dengan arus yang deras, kesan lepasan air dari Loji Janakuasa Hydroelectric Maninjau.

14:30
Di pekan Maninjau kami singgah membeli Palai Rinuak (Rp2,000/pc), sejenis pais berbungkus daun pisang yang dibakar, biasanya dimakan sebagai lauk bersama nasi. Rasanya ala2 Satar Terengganu, cuma ianya tidak banyak menggunakan kelapa seperti Satar, dan dari segi rasanya tidak semanis Satar. Gerai ini juga menjual produk2 lain yang dihasilkan dari kehidupan tasik di Danau Maninjau seperti Pensi dan Bilih. TIPS: Jika membeli Palai, pastikan beli dari gerai yang besar yang terdapat aktiviti membakar Palai di dalamnya untuk mendapatkan Palai yang baru dimasak.



14:40
Bermulalah pendakian Kelok 44 dengan bermula dari Kelok 1 di bawah.



Di sepanjang pendakian Kelok terdapat beberapa spot menarik untuk berfoto. Pastikan anda meminta dengan supir untuk berhenti di tempat2 sedemikian.

15:00
Juga terdapat banyak gerai2 untuk membasahkan tekak sambil berehat dengan panorama yang menarik. Kami singgah di gerai di Kelok 37.


Isteri saya sedang memegang sejenis apam yang diperbuat dari labu (lupa namanya). Rasanya lazat berkrim, sesuai dipadankan dengan segelas teh susu panas. Di sini juga boleh pit stop utk ke kamar kecil (jangan lupa masukkan wang Rp1,000 ke dalam tabung).

Bersambung di Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 3/3



Last edited by dvpro on 16-12-2012 12:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 09:50 AM | Show all posts
sakura2503 posted on 5-12-2012 03:18 PM
alhamdulillah, telah selamat sampai di bumi malasyia. percutian di bkt tinggi/pdg selama 4 hari 3mlm ...

pakej yg ditawarkan ni ground kan? brp yer? camana nak hubungi TA ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:38 AM | Show all posts
Nak ke tasik maninjau melalui kelok2 yg advanture tu yg yg mana lebih takuttt,naik ke atas@turun ke bwh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 10:56 AM | Show all posts
amoyfazna posted on 12-12-2012 10:38 AM
Nak ke tasik maninjau melalui kelok2 yg advanture tu yg yg mana lebih takuttt,naik ke atas@turun ke  ...

Bagi saya lebihkurang sama je naik atau turun, cuma kalau nak kena pilih salah satu, masa naik lebih selesa sebab kita tersandar di kerusi berbanding masa turun, kaki kena tekan berek.

Apapun jalannya yang berkelok-kelok tu tidaklah tersangat mencabar, cuma kalau menaiki kenderaan yang besar seperti bas, mungkin rasa kurang selesa sikit dengan suspensionnya yang membuatkan kenderaan bergoyang2, itu yang mencabar sikit kot. Tambahan pula dengan kenderaan yang lebar, jurang2 di tepi jalan tu nampak lebih mengancam.

Kalau ada pilihan, dan perlu turun atau naik sehingga selesai semua kelok2 tu, mungkin lebih sesuai kalau laluan itu dilalui sekali saja. Contohnya, macam perjalanan saya dari Padang melalui Pariaman ke Bukittinggi, ataupun mungkin masa pulang ke Padang nanti melalui Pariaman.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 11:56 AM | Show all posts
dvpro posted on 12-12-2012 10:56 AM
Bagi saya lebihkurang sama je naik atau turun, cuma kalau nak kena pilih salah satu, masa naik leb ...

hehe..itulah...sy dok pk nk lalu 1x je samada hari pegi mlalui pariaman mcm dvpro ataupun hari balik melalui pariaman gak.sbb kalau nk turun n naik balik rasa mcm x sanggup.alangkah jln ke genting n ke cameron melalui tapah sy dh kecut perut..inikan pulak review ke maninjau selekoh lipat siku
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 12:40 PM | Show all posts
dvpro posted on 12-12-2012 12:49 AM
Ok, sambung balik ya kawan2.

Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 2/3 (catatan se ...

just nak tanya rp37,000 tu harga makanan yg dilesehan, bagaimana harganya pula di RM nasi sek tu....

Last edited by wck7-2011 on 12-12-2012 12:44 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2012 12:52 PM | Show all posts
dvpro posted on 12-12-2012 12:49 AM
Ok, sambung balik ya kawan2.

Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 2/3 (catatan se ...

Pemandangan pantai Pariaman memang menarik nampak masih kekal ciri2 tradisi.  Art pun pernah cuba makan nasi sek ni tapi masa Art sampai tu dalam kul 11 pagi.  Memang best sebab kebanyak lauknya baru je dimasak so dapat makan lauk panas2.  Makan tepi laut ni boleh membangkitkan selera ala2 picnic je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 12:57 PM | Show all posts
wck7-2011 posted on 12-12-2012 12:40 PM
just nak tanya rp37,000 tu harga makanan yg dilesehan, bagaimana harganya pula di RM nasi sek tu.. ...

Makanan di lesehan tu dibawa dari RM Nasi Sek yang sama. Boleh pilih makan di dalam kedai atau pun di tepi pantai (lesehan/duduk beralaskan tikar).
Last edited by dvpro on 12-12-2012 01:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 01:00 PM | Show all posts
dvpro posted on 11-12-2012 03:57 AM
Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 1/3

04:00 (Waktu Malaysia)

Art pun suka makan gorengan ni selain dari anak2 ikan dan anak ketam ada gak yang diperbuat dengan anak2 udang dan udang yang agak besar.  Kadang2 masa tengah isi petrol kat petrol station pun ada penjaja jalanan jual benda ni terutama yang macam bola ping pong tu.  Satu lagi kawasan yang banyak gerai jual gorengan ni kat area yang berdepan dengan Makam Sheikh Burhanuddin Helmi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 01:09 PM | Show all posts
Artemesiaa posted on 12-12-2012 01:00 PM
Art pun suka makan gorengan ni selain dari anak2 ikan dan anak ketam ada gak yang diperbuat dengan ...

Kalau buat kudapan, minum dengan Coke, lagi syok kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.114857 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list