CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BoogieChild

[MERGED] Keris Tamingsari

[Copy link]
Melela This user has been deleted
Post time 9-10-2005 05:41 PM | Show all posts

Nama Keris

Kita mesti pernah dengar Keris bernama "Keris Ganja Seiras Melela" yang merupakan keris lambang Universiti Teknologi Malaysia. Nama keris ini ialah nama yang diambil sempena bentuk (atau model) keris tersebut. Keris ini ialah keris berdapur (atau berbentuk) Melela dan tidak mempunyai ganja yang terpisah dari bilahnya. Maka digelar 'ganja seiras'. Selalunya keris yang diberi nama mengikut model nya, tidak mempunyai 'isi' dan 'tuah' nya.

Bagi keris yang mempunyai 'isi' dan 'tuah', keris itu akan diberi nama sempena 'isi' atau 'tuah' keris itu. Seperti keris 'Kanjeng Kyai Baskoro'. Keris ini bermodel Jalak Sanggu Tumpeng dan mempunyai pamor model Ganggeng Kanyut. Kalau keris biasa, nama keris ini dipanggil Keris Jalak Sanggu Ganggeng Kanyut sahaja. Memandangkan keris ini 'luar biasa', diberi nama Kanjeng Kyai Baskoro'.

Pengetahuan tentang keris ini sebenarnya dalam. Dan sayangnya tidak banyak anak melayu kita yang mahu ambil tahu. Sila lawat website ini untuk 'introduction into the keris world'. I hope you will enjoy.

http://home1.pacific.net.sg/~dspf/pamor.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Melela This user has been deleted
Post time 9-10-2005 06:23 PM | Show all posts

Mengapa kita 'benci' keris

Saya rasa sebab mengapa banyak yang tidak suka keris (contohnya Mr Kaypooh) kerana kita masih lagi menyanngka keris itu sentiasa ber'isi' dan isi itu lah yang kita 'handal'kan dalam hidup sehari-hari.

Ini menunjukkan pemikiran sempit orang-orang kita, yang berdegar-degar cakap tentang sains, tetapi masih kolot. Mereka menyalahkan 'kepercayaan' lama atas kemunduran mereka sekarang ini, walhal apabila mereka masih berperasangka yang keris itu sinonim dengan ketahyulan ilmu itu dan ini, maka sebenarnya mereka itulah kolot. Kalau keris sahaja, terus cakap tahyul, syirik, tak berguna untuk kemajuan dan sebagainya. heh! heh! Nampaknya pemikiran kamu yang tak maju lagi.
Tahukan anda bahawa keris merupakan salah satu senjata 'close counter' yang paling ergonomik dan paling efficient dalam melakukan tugasnya, yang pernah diciptakan manusia? Ini bukan orang melayu yang cakap! Tetapi telah dikaji dan dimaktubkan oleh orang bukan melayu (mat salleh sebetulnya).
Bila keris dibegang dengan betul, agility keris itu semasa bertarung sungguh baik. Mengapa bilah keris itu condong, dan apabila sipegang dengan betul, bilahnya mendatar (horizontal)? Kerana lebih mudah untuk menusuk tulang dada (ribs) dan kecondongannya memastiikan bilahan itu menuju ke bahagian tengah (where the most vital organs are).
Apa dia pamor, dan kenapa pula lok dan kenapa lurus?

Macam-macam lagi ilmu pada keris. Magnificent. Jadi kalau saya cakap pasal keris, dan kamu melenting cakap keris 'tak bawa kemajuan' dan keris itu tahyul dan lebih baik ilmu sains. Diharap kamu buka balik buku sains sekolah rendah kamu, dan minum air rebusannya. Kerana kamu hanya memandang satu segi sahaja (ketahyulan) tetapi tidak kepada saintifiknya keris itu, jadi sia-sia kamu belajar sains.

Memandangkan kamu 'ahli sains', apa itu vector? apa itu resultant force. Dan apa kaitan resultant force dengan efficiency keris dan kukri (senjata orang nepal)? Heh! heh! sains jugaaaak.

Sila lawat forum vikingsword , kampungnet.com.sg dan lain-lain lagi untuk belajar tentang keris.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 11-10-2005 12:33 AM | Show all posts
pasni mesti ada user yg  datang dan akan memberi hujah yg kononnya saintifik,maju dan tak menyeleweng dari fakta
:lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 03:56 AM | Show all posts

SALAMS...

heehehh...macam-macam eh dlam dunia nie..apa2pun :setuju: dengan pendapat Melela.Kenapa kita nak mengenepikan sebahagian budaya bangsa kita??even org putih sendiri pon dok mengkaji perihal keris ni n ada jugak yg simpan sebagai koleksi peribadi dewang.Lagi satu keris kepunyaan Parameswara pon ada di salah sebuah universiti kalo tak silap di London kot..mereka ada menyimpannya.

1) Kalo korang teringin sangat nak tengok Keris Taming Sari nie..bawaklah SEMIANG ke bumi Melaka,terutama di Pulau Besar(Melaka).Cecahkan SEMIANG di gigi air,nescaya Taming Sari akan datang namun untuk menimbulkan dan membawanya ke atas darat sekaligus memegangnya TIDAK SEKALI.Ini kerana "Jika timbul Taming Sari maka Aku akan pulang ke bumi Melaka"kata-kata Hang Tuah.Ujikaji ni pernah dilakukan once upon a time...dia cuma dapat melihatnya sahaja dari dlam air.Itulah sedikit pengalaman yg boleh diceritakan.

2)Apa yg tersimpan oleh DYMM Sultan Perak yg mengatakan bahawa Keris Taming Sari ada di Istana Perak adalah satu propaganda sahaja.Itu mungkin keris pendua nya tapi bukanlah Keris Taming Sari yang asal.

3)Suatu ketika dahulu ada juga pihak mengatakan bahawa dia adalah waris Hang Tuah namun dia juga tidak menyimpan keris tersebut kerana katanya keris itu tetap di dalam sungai sepertimana yang dicatatkan di dalam sejarah Hang Tuah mencampakkan Keris Taming Sari ke dalam Sg Duyung(kalo tak silap).

4)Dahulu ada tersiar di dalam akhbar Harian Metro kononnya Melaka masih lagi mempunyai Sultan,di dalam akhbar itupon sebenarnya tidak ada dia menyebutkan bahawa dia menyimpan Keris Taming Sari.Keris yang dipegang dan disimpan adalah milik keturunannya.

5)Keris dibuat dan ditempa bukanlah untuk menakut-nakutkan si pemilik ataupon waris2nya.Empu ataupun Pandai Besi terlebih dahulu berpuasa,sembahyang hajat dan bertahajjud memohon kehadrat Allah untuk memudahkan kerja2 pembuatan keris yang hendak ditempa.Keris ditempa sesuai dengan si pemakai sekiranya si pemakai adalah dari golongan raja-raja maka bentuknya ada kelainan lah sedikit,kalo si pemakai adalah dari golongan pendekar ataupun laksamana maka ia ditempa sesuai untuk dibawa berperang.

Walau bagaimanapun keris taming sari ni masih lagi menjadi bualan orang-orang yang memburunya.Rahsianya masih belum lagi terungkap.Apa-apa pun jangan terlalu percaya pada barang mati,percaya sekadar kewujudannya sahaja kerana nanti boleh jatuh syirik.Setiap yang di jadikan oleh Allah SWT di atas muka bumi ni ada gunanya utk manusia manfaatkan.So terpulang pada semua ..Wallah hu alam :lebai:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 07:05 AM | Show all posts
Kekuatan satu bangsa  terletak pada otak bukan pada kris. Kalau kerajaan Perak ada 'Silver bullet' saperti Taming Sari mengapa samseng-samseng kongsi gelap Cina merusuh  berebut konsesi timah tidak boleh dipatahkan? Malah kerajaan Perak terus meminta Inggeris campur tangan dengan menandatangani Triti Pangkor. Kita terlalu gairah dengan cerita-cerita metos sehingga kita tidak lagi berfikiran rational.

Bila jatuhnya Melaka ramai askar Portugis yang mati tetapi bukan ditikam oleh keris tetapi tertikam oleh tombak dan buloh runcing yang beracun. Close quarter fight orang Melayu gunakan pedang dan parang. Kris hanya sabagai lambang yang dipakai oleh pembesar-pembesar yang menunjukkan statusnya dalam sesuatu kerajaan.

Taming Sari mengikut dongeng adalah asal dari Majapahit dan ramai dikalangan kita yang maseh percaya kapada kehandalan pahlawan-pahlawannya dengan ilmu kebal dan kris saktinya. Orang barat saperti Belanda adalah bangsa rationalist dan pragmatis maka itulah mereka dapat menguasai teknologi perkapalan dan perang morden. Jadi sini saya berpendapat kalau betul ada ilmu kebal dan kesaktian kris ujud munkin orang Belanda 'will put all their money' untuk meraih ilmu ini. Saya setuju pendapat salah saorang forumist dalam thread ini yang mengatakan waktu zaman nabi berperang tidak ujud ilmu kebal dan pedang sakti.

Jadi kesimpulannya benda-benda ini satu cerita dongeng saja sebabnya kalau ujud mengapa Belanda waktu itu yang jumlah kurang 2 juta manusia datang dari  jauh dapat mengalahkan kerajaan Majapahit yang penghuninya lebeh 20juta diwaktu itu.

[ Last edited by thamrong at 25-10-2005 07:08 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by TunJanaKhatib at 25-10-2005 03:56 AM
heehehh...macam-macam eh dlam dunia nie..apa2pun :setuju: dengan pendapat Melela.Kenapa kita nak mengenepikan sebahagian budaya bangsa kita??even org putih sendiri pon dok mengkaji perihal k ...

1) Kalo korang teringin sangat nak tengok Keris Taming Sari nie..bawaklah SEMIANG ke bumi Melaka,terutama di Pulau Besar(Melaka).Cecahkan SEMIANG di gigi air,nescaya Taming Sari akan datang namun untuk menimbulkan dan membawanya ke atas darat sekaligus memegangnya TIDAK SEKALI.Ini kerana "Jika timbul Taming Sari maka Aku akan pulang ke bumi Melaka"kata-kata Hang Tuah.Ujikaji ni pernah dilakukan once upon a time...dia cuma dapat melihatnya sahaja dari dlam air.Itulah sedikit pengalaman yg boleh diceritakan

SEMIANG tu apa? :stp::hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2005 03:52 PM | Show all posts
ate komee....
keris nih kerajaan perak dah pegang dah....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2006 02:08 PM | Show all posts
sekarang ader 2 keris taming sari satu kat perak satu lagi kat Gombak mana satu yg betul???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2006 02:03 PM | Show all posts
Mmm... Keris Taming Sari yer... sekarang tak tau siapa pinjam. Sekejap tu yang saya tau ada kat Tiara Jacquline (Datin) masa dia buat filem PGL... sekarang ni tak tau masih kat dia atu kat M. Nasir. Cuba-cuba ler tanya diorang berdua. Dengar-dengar ada lagi yang nak pinjam keris tu nak buat filem katanya. Ahakssss... jangan mare... saje je mencelah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2006 02:48 PM | Show all posts
maaf mencelah abg2..akak2....

Hang Tuah dah lama mati....yg hidup mungkin semangatnya jer.....mungkin juga jin2 penyesat yg mnjelma jadi penduanya......

Keris Tamingsari....keris milik Majapahit Jawa....takmalu ke org melayu duk bertelagah fakta tentang brg waris asalnya bukan milik kita.

SEJARAH yg kita agung2kan skrg ni...sebahagian besar smua bukan milik warisan ketamadunan/keagunangan Melayu..... Kota Melaka(Fort Santiago):milik Potugis..lambang runtuhnya Melayu. Stadyhusrt:milik Belanda...lambang Melayu itu dijual beli kuasa asing. Apa bukti sejarah milik Melayu?....sekadar mitos & sejarah tak berfakta kukuh...dibuai2 cerita tak tentu benarnya.....atau sekadar sejarah Melayu Tun Sri Lanang...ditulis penuh hipokrit utk feudal2 Melayu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2006 11:58 AM | Show all posts
ada dari satu sumber yang saya dapat mengatakan ...keris 'taming sari' yang di istana perak itu bukan taming sari tetapi ialah 'parong sari'...wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2006 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by d34n at 25-10-2005 11:39 AM

1) Kalo korang teringin sangat nak tengok Keris Taming Sari nie..bawaklah SEMIANG ke bumi Melaka,terutama di Pulau Besar(Melaka).Cecahkan SEMIANG di gigi air,nescaya Tam ...

aku pun nak tanya semiang tu apa??
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by willy_wonka at 28-3-2006 11:25 AM

aku pun nak tanya semiang tu apa??



sejenis buluh kot... org panggil buloh semiang.. tp tak tau ler ade benda yg nama semiang jugak kot
Reply

Use magic Report

raj-kumar This user has been deleted
Post time 29-3-2006 03:46 PM | Show all posts


yang saya dengar,keris di atas ni adalah keris hang tuah yg di anugerahkan oleh sultan melaka pada masa itu.kira logik lah juga,ia adalah keris mewah. ia bukan tamingsari...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2006 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by roses at 29-3-2006 02:53 PM



sejenis buluh kot... org panggil buloh semiang.. tp tak tau ler ade benda yg nama semiang jugak kot

oohhh....ye ker..
patut la org kata buloh tu miang @ gatal
dtg dr perkataan semiang ni la agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2006 09:25 AM | Show all posts
cerita hang tuah ni mcm legend king arthur lah, mystical warrior with his magic sword
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2006 09:27 AM | Show all posts
BEFORE that sori yea pasala posting kita diatas...what's what i personally think...jgn pulak engko org marah...memang ada org percaya akan keujudan hang tuah, ada juga yang tak pasti , and kita fall on the second category.  BUt kepada sesiapa yang percaya...teruskan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 06:56 AM | Show all posts

Taming Sari

aku tak tau samer ader org dah post this thread or not.kalo ader sori ler.
mase time kecik-kecik dulu bapak aku ader cite yg keris taming sari ader kat Sultan Perak.rase seronok ler aku dengor nyer...maner idak darah perak mengalir dlm diri aku nih.biler dah besar aku ingat is just myth ler.until aku terbace artikel yg di tulis oleh Raja Zarith the daughter of almarhum Sultan Idris of Perak(the Sultan before Sultan Azlan Shah).she said that
the Taming Sari is tucked into the bengkong of each Sultan of Perak on the day that he is installed as ruler of the state.
then aku type ler taming sari kat wikipedia this what they said:

The Taming Sari Keris is a very famous kris in Malay culture. It is equivalent to King Arthur's "Excalibur" and was allegedly owned by the legendary Malay warrior Hang Tuah. The kris is said to possess magical powers.

It is stated that Hang Tuah gave this Keris to Tun Mamat to be returned to Sultan Mahmud Shah 1488-1511 when he failed to bring back the Princess from Gunung Ledang. Hang Tuah then disappeared and never returned to the palace and Malacca.

It was special in that it was made of twenty types of iron - supposedly metal left over from the forging of the bolts of the Ka'aba. It was said that Taming Sari could do Hang Tuah's fighting for him - if Hang Tuah were menaced or in any way endangered, the keris would leap out of its sheath all by itself, fly through the air and attack the assailant, moving in the air whichever way the assailant dodged or turned, until it hit its mark. The whole of the sampir and batang are covered in gold leaf, making it a keris gabus or keris terapang.

The kris still exists today and is part of the regalia of Sultan Azlan Shah, the Sultan of Perak, Malaysia.

biler belajo sejarah mmg ler Sultan Perak nih berdarah keSultanan Melayu Melaka.
so tak heran ler kalo Taming Sari nih ader ngn Sultan Perak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 08:08 AM | Show all posts
Hehe...tapi ada gak yang mengaku dapat balik keris Taming Sari dari perut Sungai Duyung itu hari.....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2006 05:46 PM | Show all posts
memang menurut cerita org tua2 kat perak keris taming sari memang ada pada sultan, menjaga daulat di raja. Menurut diorg ni lagi penjaga sultan perak pun hebat jugak, tapi masa british halau ex sultan abdullah ke pulau seychelles 200 tahun lepas keris ni tak tolong dia pulak. semuanya misteri takda sapa boleh explain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.087188 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list