CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sokmogitu

pasca kematian Whitney...kisah diva-diva kita pulak

  [Copy link]
Post time 16-2-2012 11:07 AM | Show all posts
serius..thread ni cam thread yg Kak Makh Gali dulu2...suka sgt baca thread camni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 11:12 AM | Show all posts
estet sangat kale dia kan ..
tomet05 Post at 15-2-2012 20:29



    hahahahaha...dia pun duduk kampong kawasan estet!hahahaha..satu sekolah dgn abang aku...adik2 dia semua sekolah dgn aku...lain gila kalo nak dibandingkan dengan dia!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 11:16 AM | Show all posts
seperti yg kita sedia maklum, kematian beberapa diva 80s spt micheal jackson dan whitney mmg menyeba ...
sokmogitu Post at 15-2-2012 17:51



    mek tambah info buleh .. aper ajer yang berkaitan naa...
Posted by TUPAI Selasa, Februari 14, 2012




Muzik ikon pop Whitney Houston mengejutkan dunia apabila ditemui mati dalam tab mandi di Hotel Beverly Hilton, California pada 11 Februari lalu iaitu sehari sebelum Anugerah Grammy ke-54 berlangsung.

Kehilangannya sangat dirasai oleh peminat dan artis seperjuangannya yang memberi mesej-mesej penghormatan kepada penyanyi "I Will Always Love You" ini menerusi laman sosial Twitter dan Facebook.

Namun sebelum itu, kami bawakan kronologi hidup diva terkenal ini yang pernah menghiasi industri muzik antarabangsa dan menjadi idola ramai.


9 Ogos 1963: Whitney Elizabeth Houston, anak kepada penyanyi gospel Cissy Houston dan bekas tentera serta eksekutif hiburan, John Russell Houston Jr. telah dilahirkan di Newark, New Jersey.

1977: Ketika berusia 14 tahun, Whitney telah menjadi penyanyi latar lagu single Michael Zager Band berjudul "Life's A Party". Zager telah menawarkan kontrak rakaman, tetapi ibunya Cissy menolak kerana ingin Whitney menamatkan pengajian terlebih dahulu. Whitney turut menjadi penyanyi latar untuk Chaka Khan, Lou Rawls dan juga Jermaine Jackson.

1980: Whitney bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi mempunyai rupa paras yang cantik. Dia mula memperaga selepas ditemui oleh seorang jurugambar di Dewan Carnegie. Whitney pernah dipilih sebagai muka hadapan majalah Seventeen, sekaligus menjadikannya antara wanita kulit hitam yang terpilih sebagai muka hadapan. Dia juga pernah muncul di majalah lain seperti Glamour, Cosmopolitan, Young Miss dan banyak lagi.





1983: Wakil Artista Records, Gerry Griffith melihat Whitney membuat persembahan bersama ibunya di sebuah kelab malam di Kota New York dan sangat kagum dengan bakatnya. Griffith berjaya meyakinkan ketua label tersebut, Clive Davis untuk menawarkan kontrak rakaman.


Bersama Clive Davis.
14 Februari 1985: Hampir dua tahun selepas itu, album debut Whitney mula dipasarkan dengan single pertamanya, "How Will I Know" menjadi hits dan berada di tempat teratas carta muzik, sekaligus namanya mula dikenali oleh generasi MTV dan menjadikannya sebagai artis wanita Afrika-Amerika pertama yang mendapat sambutan di MTV.

1986: Albumnya berjaya menduduki tempat pertama dalam carta Billboard ketika penghujung tahun 1986. Album pertamanya juga berjaya memenangi Anugerah Grammy dan dinobatkan sebagai Album Terbaik untuk tahun 1986 oleh Rolling Stone.

1987: Whitney muncul dengan album keduanya berjudul "Whitney". Dia menerima anugerah Grammy kedua untuk Persembahan Pop Vokal Wanita Terbaik untuk lagu "I Wanna Dance With Somebody".

1989: Masalah bermula! Whitney bertemu penyanyi R&B, Bobby Brown di Anugerah Muzik Soul Train.

Whitney Houston dan Bobby Brown.
Filem pertama Whitney Houston, "The Bodyguard".

1992: Hampir dua tahun selepas bertemu Brown, pasangan ini berkahwin pada 18 Julai 1992. Pada tahun yang sama, Whitney membawa bakat nyanyiannya ke layar perak menerusi filem pertamanya, "The Bodyguard" yang berjaya mencipta kejayaan sehingga mendapat kutipan mencecah AS$120 juta (RM 365.4 juta).


1993: Whitney memulakan siri jelajah dunia dan melahirkan satu-satunya puteri sulung hasil perkahwinan dengan Brown, Bobbi Kristina Houston Brown.

2000: Whitney telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kona, Hawaii selepas cuba menyeludup satu bag mengandungi dadah. Pada tahun yang sama, Whitney memenangi Pencapaian Seumur Hidup di Anugerah BET atas usahanya kepada muzik Afrika-Amerika.

2002: Selepas khabar angin mengenai penyanyi ini meninggal dunia tersebar, Whitney mengakui kepada pembaca berita stesen ABC, Diane Sawyer bahawa dia pernah menyalahguna pelbagai bahan terlarang seperti alkohol, ganja, kokain dan ubat yang dipreskripsi.

Disember 2003: Suami Whitney, Bobby Brown ditahan kerana mengasari Whitney dalam satu pertengkaran. Whitney tampil dan memberitahu semuanya adalah salah faham.

Mac 2004: Whitney mendaftarkan diri ke pusat pemulihan atas masalah penyalahgunaan bahan terlarang tetapi keluar selepas lima hari. Jurucakap penyanyi ini menegaskan semuanya dalam keadaan baik dan Whitney ingin meneruskan program pemulihan sebagai pesakit luar.





Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 11:17 AM | Show all posts
mek tambah info buleh .. aper ajer yang berkaitan naa...
Posted by TUPAI Selasa, Februari ...
samshik Post at 16-2-2012 11:16



    dan lagii

Whitney Houston bersama Diane Sawyer.
Mac 2005: Setahun selepas itu, Whitney masuk semula ke pusat pemulihan untuk rawatan.

Oktober 2006: Penyanyi ini memfailkan perceraian daripada Brown selepas 14 tahun berkahwin. Pasangan suami isteri R&B sah bercerai secara rasmi enam bulan kemudian. Whitney diberikan hak penjagaan sepenuhnya anak mereka, Bobbi Kristina.

2010: Harapan untuk kembali ke pentas dalam siri jelajah musnah apabila Whitney membatalkan beberapa persembahan kerana didakwa sakit.

Whitney Houston dikritik pada tahun 2010 ketika mengadakan persembahan
kerana kehilangan suara. Houston terpaksa membatalkan beberapa persembahan selepas itu.

Mei 2011: Whitney kembali ke pusat pemulihan buat kali ketiga. Dia mendaftarkan dirinya sebagai pesakit luar program secara sukarela.

Oktober 2011: Whitney dilaporkan terlibat dalam pergaduhan dengan seorang pramugari. Jurucakap penyanyi ini menegaskan ia berlaku kerana Whitney kepenatan.

Whitney Houston bersama Jordin Sparks dalam filem "Sparkle".

2011: Walaupun kehidupannya agak huru-hara pada tahun 2011, dia terlibat dengan pengambaraan filem pertama lebih daripada sedekad yang lalu berjudul "Sparkle" sebagai penerbit dan pelakon. Filem olahan semula tahun 1976 dengan judul yang sama mengisahkan tiga adik-beradik yang menjadi kumpulan penyanyi sekitar 1950-an. Diarahkan oleh Salim Akil, "Sparkle" turut menampilkan Jordin Sparks, Derek Luke, Mike Epps dan Cee Lo Green.

11 Februari 2012: Whitney ditemui mati dalam tab mandi di bilik Hotel Beverly Hilton, California beberapa jam sebelum persembahannya di pra-Grammy. Diva tersohor ini disahkan meninggal dunia pada jam 3.55 petang. Laporan autopsi menunjukkan terdapat kandungan air dalam paru-parunya, tetapi masih belum dapat mengesahkan punca kematian. Laporan toksikologi dijangka siap sekitar 4-6 minggu lagi. Jenazah Whitney bakal dikebumikan di negeri kelahirannya, New Jersey.

Bersama raja pop, Michael Jackson.
Bersama ibu tercinta, Cissy Houston.
Bersama Oprah Winfrey.
Whitney Houston bersama anaknya, Bobbi Kristina.
Kami akan sentiasa mengingati diri anda dan bakat anda yang cukup menakjubkan, Whitney Houston.
(9 Ogos 1963 - 11 Februari 2012)
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 11:18 AM | Show all posts
peringatan utk kita ...

Turut rasa kehilangan
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my



TANGGAL 11 Februari, jam 3.55 petang (Sabtu lalu), penggiat seni, industri muzik serta peminat di seluruh dunia menangisi pemergian ratu muzik pop terkemuka, Whitney Houston yang meninggal dunia pada usia 48 tahun.
Jurucakap dan publisisnya, Kristen Foster mengesahkan kematian Whitney yang ditemui mati di Hotel Beverly Hills, Amerika Syarikat itu. Namun, sebab kematiannya belum dikenal pasti. Bagaimanapun, laporan media memetik, nama Whitney mula merudum kerana diselubungi pelbagai kontroversi termasuk isu dadah dan masalah rumah tangganya.

Antara lagu popular Whitney yang masih menjadi siulan peminatnya ialah How Will I Know You, Saving All My Love For You dan I Will Always Love You.

Ketika hayatnya, penyanyi pop legenda dan pelakon itu pernah menguasai dunia muzik dunia pada 1980-an dan 1990-an. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang lakonan pada 1992 menerusi filem The Bodyguard dan seterusnya membintangi dua lagi filem iaitu Waiting To Exhale (1995) dan The Preacher’s Wife (1996).

Dalam satu kenyataan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif The Recording Academy, Neil Portnow berkata, pemenang anugerah Grammy sebanyak enam kali yang juga salah seorang penyanyi hebat di dunia itu meninggalkan nama dalam dunia muzik sejak tiga dekad lalu. Mendiang juga meninggalkan seorang anak perempuan, Bobbi Kristina Brown, 18.

Pemergian Whitney turut dirasai artis terkenal tanah air yang menganggap kehilangannya sukar dicari ganti. Antara artis yang turut berkongsi kesedihan dan komen mereka mengenai kematian Whitney ialah penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Ziana Zain dan Jaclyn Victor.


Datuk Siti Nurhaliza Tarudin

“SAYA terkejut dengan berita kematian Whitney yang menjadi topik hangat dan berita muka depan akhbar di seluruh dunia. Pemergian Whitney adalah kehilangan seorang penyanyi bersuara emas yang sudah bertahun menghiburkan peminat seni di seluruh dunia. Malah, saya sendiri belajar teknik menyanyi sendiri dulu pun dengan rangkaian lagu-lagunya.

“Sayang kerana kita kehilangan penyanyi terbaik sepertinya dalam industri muzik dunia. Namun, kita perlu ada kesedaran kerana kematian beliau juga pengajaran kepada artis Malaysia supaya tidak men­sia-siakan hidup dan masa depan,” katanya.


Ziana Zain

“SAYA menangis dan cukup sebak bila dapat tahu berita kematian Whitney melalui adik. Bagi saya, pemergian Whitney adalah kehilangan yang cukup besar pada industri muzik seluruh dunia.

“ Whitney adalah mentor saya dalam bidang nyanyian sejak dulu hinggalah sekarang. Walaupun beliau sudah bersemadi dengan tenang, Whitney sentiasa hidup sebagai mentor saya sampai bila-bilapun. Maklumlah, saya tak masuk kelas vokal dulu dan hari pertama belajar vokal dan cara melontarkan vokal dengan betul juga melalui lagu dendangannya.

“Saya masih ingat lagi, pernah beli kaset album Whitney dan berulang kali putarkan hingga tali kaset putus ketika kami sekeluarga duduk di flat polis dulu. Terus terang, beliau adalah ikon dan idola saya dalam bidang vokal dan muzik dari dulu hingga sekarang.

“Saya akui tidak pernah berasa sebak seperti ini termasuklah bila Raja Pop dunia, Michael Jackson meninggal dunia dulu. Tapi, pemergian Whitney pula sebaliknya meninggalkan kesan cukup mendalam dalam diri hingga buat saya menangis dan tidak mampu mengeluarkan kata-kata.

“Justeru, saya sangat kesal, jika pihak media antarabangsa menulis cerita yang buruk mengenai Whitney di akhbar mereka. Bagi saya, kenapa mereka tidak kenang sumbangan besar Whitney, 20 tahun lalu pada industri muzik dunia, sepanjang hayatnya dulu?” katanya.


Anuar Zain

“SAYA dapat berita mengenai pemergian Whitney pada pagi Isnin melalui E News. Lambat, pada Ahad berehat satu hari tak tonton TV atau baca surat khabar. Saya membesar dengan lagu nyanyiannya. Banyak yang dipelajari sendiri secara tidak formal daripada beliau. Terlalu meminati beliau dan sangat teruja dengan persembahan beliau dari dulu hingga sekarang.

“Tiada lagi akan kedengaran suara seorang bernama Whitney Elizabeth Houston mendendangkan lagu yang indah lagi.

“Hanya memori yang tinggal mengenai insan hebat yang menjadi idola penyanyi muda masa kini. Walaupun begitu, beliau akan terus bersinar dan melekat dalam hati dan sanubari penggemarnya.

“Ia juga tamparan hebat pada dunia muzik kerana mentor nyanyian dunia sudah tiada lagi. Muzik pop mahu pun gospel dendangan beliau adalah 'benchmark' buat artis di dunia. Ramai yang menjadikan beliau sebagai mentor mahupun bahan rujukan dari segi nyanyian dan muzik yang dibawakan adalah terkini. Lagu nyanyian beliau adalah evergreen dan tak lapuk ditelan masa,” katanya.


Jaclyn Victor

“SAYA sedih dan terkejut bila dapat tahu daripada emak yang menghantar BBM (pesanan ringkas) mengenai kematian Whitney kerana saya memang membesar dengan lagu-lagunya sejak kecil. Malah, saya selalu menyanyikan rangkaian lagu popularnya, sebaik saja balik dari sekolah.

“Kalau remaja lain melepak di luar dengan kawan-kawan, saya pula lebih suka menyanyi sambil mendengar kaset Whitney di rumah. Saya sangat mengagumi vokal dan lagu-lagu hits beliau seperti I’ve Nothing dan I Want To Run To You yang meninggalkan kesan dalam diri sampai sekarang.

“Saya juga sering menyanyikan lagu popular Whitney ketika menjayakan persembahan terutama di kelab eksklusif. Saya sangat meminati beliau dan bila dapat tahu dia menjayakan Konsert Live & Loud di Malaysia dulu, saya bagaikan 'orang gila' berlari ke sana sini semata-mata ingin bertemu dengannya lebih dekat.

“Saya melihat ramai penyanyi sekarang ingin meniru gaya Whitney tapi beliau hanya satu di dunia ini. Selain menjadikannya sebagai idola, saya juga mengikuti perkembangan muziknya dari dulu sampai sekarang. Bagi saya, pemergiannya sukar dicari ganti dan dirasai di seluruh dunia,” kata Jaclyn.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 11:19 AM | Show all posts
err.. ahkak jenna sangat emo yer...
Ziana Zain (Whitney Houston Malaysia) yang selama ini membesar dengan lagu-lagu nyanyian Whitney Houston yang juga merupakan idolanya.

"Selepas saya dapat kiriman SMS daripada seorang rakan berkenaan kematiannya, saya rasa macam tak percaya. Saya terus buka televisyen untuk mencari saluran berita bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut.

"Saya terasa sedih, sebak dan mengalir air mata memandangkan penyanyi pujaan saya itu sudah meninggalkan kita buat selamanya.

"Ketika Micheal Jackson mati dulu saya turut terasa sedih. Tetapi air mata saya mengalir dengan cepat kali ini sebaik saja mendengar berita tentang kematian Whitney Houston. Perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata," katanya dalam nada sebak.

Menurut Ziana Zain lagi, walaupun industri hiburan masa kini telah dikurniakan dengan ramai penyanyi berbakat besar tetapi bagi penyanyi Puncak Kasih itu, Whitney akan selamanya menjadi yang terbaik buat dirinya.

Siapa sangka, Whitney sebenarnya adalah guru dan sifunya sebelum dia bergelar penyanyi lagi.

Malah tidak hairanlah, dia telah membeli album kaset pertama penyanyi berkenaan berjudul Whitney Houston dan lagu How Will I Know adalah lagu pertama yang pernah dinyanyikan Ziana ketika menyertai sebuah pertandingan nyanyian.

"Feel dan lontaran suara Whitney memang tiada tandingan. Dialah mentor saya. Terasa macam sudah tidak ada cikgu lagi bila dia tiada. Walaupun kita masih boleh dengar lagu dan suaranya di CD atau kaset, tetapi saya rasa ianya sama sekali tidak sama kala mendengar suaranya secara live. Feel dia sangat lain,' ujar Ziana panjang lebar.

Dalam temubual itu juga, Ziana turut merasa kesal dengan apa yang telah dilalui oleh idolanya itu, lantas membuatkan Whitney terjerumus dalam penggunaan najis dadah.

"Whitney adalah insan biasa seperti kita juga. Pada saya, kesilapan paling besar yang pernah Whitney lakukan ialah dengan mengenali serta mengahwini Bobby Brown.

"Semua tahu bahawa Bobby adalah penyebab dia terjebak dan ketagihan dadah. Apa yang saya tahu, Bobby juga banyak menghabiskan duit Whitney.

"Bagaimanapun semua itu dilakukan Whitney kerana cinta dan terlalu sayangkan Bobby.

"Tetapi tidak semua yang diimpikan boleh menjadi mimpi indah sepanjang perjalanan hidup.

"Selepas bercerai dengan Bobby, dia cuba membuat comeback namun saya begitu kesal dengan dengan pihak media yang mengecam dan menjatuhkan semangat Whitney.

"Apakah mereka tidak sedar dengan apa yang Whitney sudah lakukan?

"Jasanya cukup besar dalam dunia muzik dan kesan juga impak yang ditinggalkan Whitney kepada semua penyanyi termasuklah saya tidak dihargai. Itu yang paling saya kesalkan.

"Kerana dia tidak diberi peluang dan sokongan yang sepatutnya dia dapat," tambahnya yang nyata sangat kesal dengan apa yang telah berlaku ketika Whitney mahu kembali menyinar di dalam industri.

Sebak dan menitiskan airmata ketika bercerita tentang ikon muziknya itu, Ziana menyatakan juga bahawa Whitney adalah sumber inspirasinya.

Apa sahaja yang Whitney lakukan, sehingga fesyen yang dia sarungkan semestinya akan turut menjadi ilham Ziana sejak dulu lagi.



"Sejak dari dulu lagi, saya dan Anuar akan memasang kaset Whitney dan menyanyi sampailah rasa puas dapat sampai ke nota tinggi seperti mana Whitney.

"Saya sudah tidak peduli dengan apa yang orang akan cakap, sama ada kami bising, melalak atau apa. Janji dapat menyanyi lagu Whitney itu sudah cukup memuaskan hati kami," ujar Ziana lagi yang menggemari lagu antaranya Greatest Love of All, Saving All My Love for You dan semua lagu dalam album The Bodyguard.

Kesal dengan kematiannya, Ziana juga terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan idolanya itu ketika kunjungan superstar berkenaan di ibu negara beberapa atahun lalu kerana komitmen kepada persembahan. ~ Murai

Read more: Ziana Zain menangis dengar berita kematian Whitney Houston http://buzzera.blogspot.com/2012/02/ziana-zain-menangis-dengar-berita.html#ixzz1mVlEB6VR
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2012 11:21 AM | Show all posts
Whitney ni kejap kurus kejap berisi sikit kaaan!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 11:26 AM | Show all posts
i love ZZ foreber

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 11:27 AM | Show all posts
bole kot..sbb DIVA rock katanya....pd aku ada je singers baru bersuara rock..tp, peluang utk mengg ...
cyndore Post at 16-2-2012 00:16



    Bukan dulu dah ada pengganti ella ke
Nija - mengikut kata Erra dalam Final AF1
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 11:34 AM | Show all posts
Diva2 macam Whitney ,Mariah Carey, Celine diaorg nye pendapatan lumayan.Harta kekayaan melimpah ruah ...
Nadyne Post at 16-2-2012 03:46



    Whitney ada masalah kewangan di akhir hayat
Ala2 nak muflis gitu
sbb duit habis kat dadah
(Pusher dadah memang target retis bb depa banyak duit - lubuk emas kaedahnya)
Kris dayanti pon terjebak
Sama gak ngan Jamal - memang di target oleh pusher
Bukit pon kalau ditarah hari2 bole rata uolsssssss

MJ - pokai dihujung2
Dah lah boros nak mamposss
Tu yg trpaksa buat konsert 'This is it' yg x jadi itttewwwww
Mengikut kata ayah MJ, value MJ selepas mati lebih mendatangkan keuntungan banding ngan masa dia hidup

Rolling stones pon sama
Memang legend & kaya
(Duit dapat melalui konsert - antara konsert paling laris, kalah konsert britney jaman populerr dulu, sama cam madonna, album biasa2 jahh, tapi konsertnya antara yg paling tinggi kutipannya)
Bila Rolling stones buat konsert tu maknanya depa tgh pokai nak cari duit la... enjoy pon kuat
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 11:36 AM | Show all posts
ramlah ram pun jatuh kejap...tp taun ni meletup ngan single baru..

die pun bukan artis yg berkont ...
dauswq Post at 16-2-2012 06:49



    Kak Melah adalah Mariah carey Msia
Best comeback ever
Like it or not, Kak Melah adalah New Diva 2012

*mati lah*
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 11:36 AM | Show all posts
aku rase artis2 lame dorang ni jenis yang tak reti nak 'bawa diri' untuk mempertahankan popularity m ...
sayang_mulut Post at 16-2-2012 08:38



    Ayoooo....jangan puji-puji melangit. Tok T baru 32 tahun. Give her
   FIVE more years,  boleh tak jual tikit rega paling murah RM150 - tikit
   tenggek ayam, macam Pakcik Jamal Abdillah? Or Tok Nita Sarawak yang
   dah ilang penuh mistri sekarang ni? Kalo masih boleh, kita tabikla kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 11:39 AM | Show all posts
Orang suruh cerita diva-diva korang sibuk cerita P.Ramlee Sudirman M. Nasir bagai....
meritokrasi Post at 15-2-2012 22:24



    Dah TT selit nama MJ kat post #1, kira trmasuk Diva Jejantanzz lah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 12:01 PM | Show all posts
rasanya ning baizura pn bole masuk kategori diva yg sendu kn skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 12:04 PM | Show all posts
bila sebut artis zmn2 zamani nih, i trus teringat kat komposer lagu Saari Amri.. dulu punya ...
juliez Post at 15-2-2012 20:26


saari amri habuk ada lagi noks..cuma tak kelihatan pada industri jah sbb sengatannya berbanding zaman kini,zaman dulu lagi berbisa..
lagu yg top2 zaman kini yg berjenis santai pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 12:07 PM | Show all posts
tah hape2 tah ziana zen nih..nk emo bagai bile kapir laknat mati...heran la aku..pejadah la bersemadi dgn tenang la...eeeeeeeeeeee.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 12:10 PM | Show all posts
seperti yg kita sedia maklum, kematian beberapa diva 80s spt micheal jackson dan whitney mmg menyeba ...
sokmogitu Post at 15-2-2012 17:51



   kak ramlah ram tetap menten vouge!...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 12:13 PM | Show all posts
TOK T BAGI MASA LG 5 THUN, sbb dia masih dok ada dlm industri, blum pernah break kejap
sokmogitu Post at 15-2-2012 19:06



   siti ni pandai..die takut nak berehat....sebab akan berlaku mcm ziazna zain le tu..bagus la siti
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 12:15 PM | Show all posts
Tapi come back dia lagu duet dgn Sleeq tu kira berjaya lah gak..
Ala2 Mariah Carey gituh tukar  ...
Orion Post at 15-2-2012 19:29



   itulah..padahal bukan main femes lagu tu!gile ke apa budak tu..cakap ramlah ram x naik.ritu lagu ketentuan pun meletup!...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 12:16 PM | Show all posts
P Ramlee sampai tahap dicaci dihujung kerjaya
Retis sejuk beku kaedahnya
Jgn kata P Raml ...
solstice Post at 15-2-2012 20:12



   itulah..adakah siti akan jadik begitu..dihina baru nak bersara?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.412887 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list