CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 1

Peluang skuad Piala Uber ‘tertutup’

[Copy link]
Post time 18-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
WALAUPUN masih ada dua baki perlawanan play off peringkat kumpulan untuk penentuan tempat kelima hingga kelapan, harapan skuad Piala Uber negara untuk melayakkan diri ke pusingan akhir di Wuhan Mei depan, dilihat sudah berkubur.\rSkuad diterajui Chin Eei Hui yang diharap mampu menundukkan Hong Kong dalam perlawanan pertama play off di arena Forum Macau semalam, merumitkan peluang apabila tunduk 2-3. \r\n\n\n\n\r  “Jika Hong Kong yang dianggap lawan lemah gagal kita tewaskan, bagaimana mahu berdepan Indonesia dan Singapura yang lebih kuat dan mantap.\r\r\n\n\n\n\n  “Jadi, secara kesimpulan peluang kita sudah tertutup walaupun masih ada baki dua perlawanan menentang Indonesia esok (hari ini) dan Singapura Ahad ini,” kata ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky.\rDalam pusingan akhir, zon Asia ditawarkan 3.5 tempat dari pusingan kelayakan ini selepas China dan Korea Selatan masing-masing layak secara automatik atas tiket tuan rumah dan juara bertahan.\rDengan Taiwan, Jepun dan Thailand sudah mengisi tiga tempat ditawarkan apabila mara ke separuh akhir kelmarin, pasukan yang menjuarai perlawanan play off mempunyai 0.5 peluang untuk ke pusingan akhir tetapi perlu berdepan juara play off dari pusingan kelayakan zon Eropah.\r“Kita tidak boleh menyalahkan pemain perseorangan di atas kekalahan ini selepas sekali lagi gagal menyumbang mata kerana sebagai satu pasukan, kita harus tanggung bersama, sama ada menang atau kalah,” kata Rexy.\r\n\n\n   \rKEPUTUSAN\rPlay Off Piala UBER\rMALAYSIA  2  HONG KONG 3\r Perseorangan Pertama \rTee Jing Yi kk Yip Pui Yin (12-21, 9-21) \rBeregu Pertama \rChin Eei Hui-Wong Pei Tty mn Poon Lok Yan-Tse Ying Suet (21-16, 21-18)\rPerseorangan Kedua \rLydia Cheah kk Chan Tsz Ka (20-22, 21-18, 17-21) \rBeregu Kedua \rGoh Liu Ying-Lim Yin Loo mn Chau Hoi Wah-Chan Hung Yung (21-19, 21-15) \r Perseorangan Ketiga\rSannatasah Saniru kk Mong Kwan Yi (13-21, 15-21)

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2019 12:52 AM | Show all posts
Thanks for sharing.I found a lot of interesting information here. A really good post, very thankful and hopeful that you will write many more posts like this one.
https://vidmate.onl/download/  https://filezilla.software/ https://notepad.software/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.264733 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list