CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 1

Nada dering telefon boleh lemahkan otak

[Copy link]
Post time 19-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penggunaan lagu popular,  jejas pembelajaran\rLONDON: Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih mudah dilakukan, jika telefon bimbit  dalam keadaan senyap kerana  nada dering terutama  lagu yang menarik boleh mengurangkan keupayaan kuasa otak.\r\n\n\n\n\r   Saintis di Universiti Washington, di St Louis mendapati  sekumpulan pelajar mendapat markah lebih 25 peratus kurang dalam ujian  apabila didedahkan dengan nada dering telefon bimbit.\r\r\n\n\n\n\n   Keputusan terburuk itu ditunjukkan selepas mendengar  lagu yang diketahui atau disukai mereka.\r“Kebanyakan kita beranggapan,  deringan telefon bimbit di tempat awam adalah satu gangguan yang tidak disukai , tetapi kajian ini mengesahkan gangguan bunyi itu juga memberi kesan  dalam hidup,” kata Jill Shelton.\rKajian  termasuk  eksperimen dijalankan  Shelton menggunakan sekumpulan pelajar di dalam kelas syarahan psikologi yang padat di Universiti Louisiana, dan mereka dibenarkan membiarkan telefon bimbit di dalam beg  berdering secara berterusan  dengan kuat selama 30 saat.\rHasil ujian mendapati, pelajar yang terdedah kepada deringan telefon bimbit mendapat markah 25 peratus lebih rendah berbanding n sebelum gangguan itu.\r\n\n\n\rPelajar yang diuji sukar   mengingati semula kandungan kursus yang dibentangkan ketika gangguan, walaupun maklumat yang sama disampaikan profesor sebelum deringan telefon termasuk  dalam teks melalui slaid sepanjang gangguan.\rPelajar mendapat markah lebih teruk apabila Shelton menambahkan gangguan, kerana  panik mencari telefon di dalam beg sebagai cubaan untuk menghentikan deringan berkenaan.\rPada peringkat eksperimen ini, pelajar di sebuah makmal diuji dengan ujian pengenalan perkataan mudah ketika didedahkan dengan gangguan bunyi seperti nada tidak relevan, deringan telefon bimbit standard dan sebahagian lagu yang biasa di kalangan pelajar terbabit.\rLagu  dalam versi instrumental sebuah gubahan lagu bagi menyokong pasukan American Football university itu dimainkan sekejap-sekejap.\rLagu itu  juga menjadi satu deringan telefon bimbit yang popular.\r“Apabila kami memainkan lagu semangat itu dalam ujian makmal, faktor gangguan bertahan lebih lama. \r“Ia memperlahankan prestasi membuat pilihan mereka untuk tempoh lebih lama berbanding ketika deringan telefon bimbit biasa.\r“Bergantung bagaimana kebiasaan seseorang terhadap lagu itu, ia boleh memberikan kesan lebih buruk terhadap keupayaan kognitif mereka,” kata Shelton.\rKajian itu menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai yang cuba memberi perhatian ketika mereka diganggu dengan bunyi deringan daripada e-mel atau mesej teks. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2018 03:25 PM | Show all posts
Di mana saya dapat mengunduh nada dering gratis berkualitas terbaik?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.580183 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list