CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lala_mily

Farina AF8 Bakal Jadi Isteri Ke-2 VIP...???????

  [Copy link]
Post time 21-2-2012 04:00 PM | Show all posts
bln madu awl mende blm sah kawen lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2012 04:02 PM | Show all posts
wahh..bulan madu dulu..
later2 kluar plak video bersenggama atas kapal...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 04:03 PM | Show all posts
retis mee segera ni rmai bebenor..klue xterang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 04:38 PM | Show all posts
ligat aq cuba pk..bdak2 AF yg lelawa.....saper erk???
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 04:58 PM | Show all posts
retis suam2 kuku yg mana 1 nih...nak tahu sape dia...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 05:00 PM | Show all posts
pernah dengar tak produk Dia D'Masha
yg Duta dia budak AF
D'Apple Fiber

ntah2 dia nie kot

sapa ekk nama budak tue
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2012 05:02 PM | Show all posts
marsha londoh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 05:06 PM | Show all posts
pernah dengar tak produk Dia D'Masha
yg Duta dia budak AF
D'Apple Fiber

ntah2 dia nie kot

sa ...
bettybencong Post at 21-2-2012 05:00 PM



    Adila...??? yg dulu penah tunang ngan kerabat kununnyer tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2012 05:08 PM | Show all posts
pernah dengar tak produk Dia D'Masha
yg Duta dia budak AF
D'Apple Fiber

ntah2 dia nie kot

sa ...
bettybencong Post at 21-2-2012 17:00


yg ni ker....nas adila??

---------------------------------------------------------


    Apa kata duta: Adila
Sebagai seorang artis, dengan usia saya yang masih muda (25 tahun) saya perlu menjaga penampilan selain muka, ianya adalah tubuh badan. Perut adalah yang paling utama yang saya berikan perhatian. BUNCIT.

Itulah yang paling saya bimbang.Untuk menjaga dan mengekalkan perut saya daripada masalah buncit, saya perlu jaga dan beri perhatian daripada sekarang. Pengambilan satu sachet selepas makan malam pasti saya akan melalui pembuangan dikeesokkan harinya (lemak, minyak dan kolestrol yang tidak diperlukan terbuang). Manakala kolagen yang terkandung didalamnya membuatkan kulit di bahagian perut atau seluruh badan halus dan anjal. Dengan kandungan kolagen ini juga, ia memberikan tenaga kepada saya sepanjang hari.

Perut kempis... badan langsing... dan kulit saya pun bertambah cantik bersama Fiber Kolagen dan Apple Stem Cell. Mulakan penjagaan dari sekarang sebelum lemak terkumpul yang mengakibatkan BUNCIT
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 05:15 PM | Show all posts
sebut pasal heliza ni..emm dulu kata ny filem dia dato yg gila kan dia tu yg bg duit tuk wat filem tu...n dato tu yg pilih hero nya...bsness kapal2 yg dia wat pon dr dato tu gak..pa ke nma dato tu dh lupa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 05:23 PM | Show all posts
yg ni ker....nas adila??

---------------------------------------------------------


    A ...
MsCinderella Post at 21-2-2012 05:08 PM



    kalau minah taste dia mmg yg poket tebal pong.... kunun tunang dgn kerabat kedah padahal ahli kelab kedah jew....

    tapi minah si sindri anak orang "ada-ada" taw....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 05:24 PM | Show all posts
ai rasa nas adilla

dulu tunang pastu putus
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 05:28 PM | Show all posts
sape mangsanya nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 06:16 PM | Show all posts
ai rasa nas adilla

dulu tunang pastu putus
bettybencong Post at 21-2-2012 17:24



    aah die putus ngan stok2 orang yang kijer ngan istana je .. tapi pepeling orang istana yang pinang ..sampai kuar surat kot.. tak silap la ..  jenuh nak eksplain dalam melodi kan??
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 06:26 PM | Show all posts
Reply 94# samshik


    cer ceta mek..akak ingat2 lupe lar..menarik jugak kisah ni ek.nas adila ni anak org kaya gak ek...abis tu putus tunang sbb tunangnye bukan kerabat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 06:27 PM | Show all posts
tulah
alkisah rotikaya pun taleh bg klu2 yg mmbina..
dah serupa gosip SS tulis jeh dlm m ...
wookiehoney Post at 21-2-2012 11:18



    kekdahnyer rotikayap pun kopipaste gosip dr tmpt lain. Tepek kt blog dgn harapan ahli2 csi cari dpt csi sape suspect nyer. Keji tul!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2012 06:28 PM | Show all posts
Reply  samshik


    cer ceta mek..akak ingat2 lupe lar..menarik jugak kisah ni ek.nas adila ni  ...
rosannazmia Post at 21-2-2012 18:26



    Tiada niat kelirukan peminatOleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my




BIDADARI SYURGA...single pertama taruhan Adila.

BIARPUN sudah enam tahun bergelar anak seni, namun seperti ada 'sesuatu' yang menghalang penyanyi, pelakon dan pengacara, Nas Adila Mohd Dan, 24, untuk terus mengukir nama. Nas Adila atau mahu dikenali dengan panggilan Adila, tidak mahu mengaku kalah. Sebaliknya, gadis dari Johor Bahru ini sentiasa meletakkan keazaman yang tinggi untuk berada dalam kelompok artis terkenal tanah air.
Bukan glamor yang dikejar sebaliknya membuktikan bakat dan kemampuan yang dimiliki. Selain berusaha tampil bersama karya berkualiti seterusnya mengukir nama dalam dunia seni.
   

  • ADILA...mahu kukuhkan nama dalam dunia seni.

  • BERBAKAT...Adila mendapat kepercayaan mengacara dan berlakon.


Sememangnya, nama Adila belum meninggalkan impak. Namanya pernah naik seketika dek kisah putus tunang dengan lelaki yang dikatakan kerabat diraja Kedah. Penyertaannya dalam Akademi Fantasia (AF7) sedikit sebanyak membuatkan namanya diingati kembali. Tapi semuanya tidak kekal lama. Biarpun rezekinya untuk bersinar ke peringkat yang lebih membanggakan belum tiba, ia tidak sesekali mendorongnya mengundur diri. "Memang kalau diikutkan tempoh berkenaan agak lama. Angka bukan menjadi ukuran buat seseorang. Bukan semua boleh berjaya dalam bidang seni dalam tempoh yang singkat dan begitu juga sebaliknya. "Sebagai rakan saya tumpang gembira dengan kejayaan orang lain dalam bidang seni. Namun, dalam masa sama saya juga cemburu dengan kejayaan yang dirai beberapa bintang realiti seperti Aizat dan Hafiz. "Mungkin ada di kalangan artis yang bernasib baik mampu mengukir nama dalam dunia seni dalam tempoh yang singkat. Namun, ada juga di kalangan mereka yang berada dalam industri lebih sedekad, namun tetap tidak berjaya. Walaupun sudah berusaha gigih dan mencuba pelbagai cara.
"Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Mungkin belum ada tuah saya. Apa yang saya lakukan sekarang, terus berusaha lebih gigih dalam kerjaya. Saya tidak mahu terlalu mengharapkan apa-apa. Sedikitpun saya tidak pernah rasa menyesal memilih bidang ini walaupun kadangkala agak berputus asa dengan keadaan.
"Saya menganggap bidang seni sebagai kerjaya yang serius. Malah, saya nekad menghasilkan karya yang berkualiti pada masa akan datang," katanya.


Adila pernah muncul dengan dua album, Kekasih Kerinduan berkonsepkan tradisional dan Istana Janji. Perubahan genre lagu antara sebahagian transformasi yang dilakukannya. Single terbarunya, Bidadari Syurga ciptaan Koha dan Jay dipetik dari album EP yang dilancarkan awal tahun lalu, sudah bertukar genre muzik. Lagu itu terarah kepada pop dance. Selain lagu itu, dua lagu lain yang dimuatkan ialah I Love You dan Maaf.
"Sebelum menyertai AF7 lagi ramai yang tahu saya sudah menyanyi. Malah, sebelum ini saya kerap menyanyikan lagu dengan rentak irama Malaysia. Begitupun penampilan bersama lagu yang berentak pop dan rancak ini bukan untuk mengelirukan peminat. Sebalik percubaan tampil dengan genre yang mudah diterima ramai.

"Memang saya akui tidak ramai dan cukup sukar untuk mendapatkan sokongan daripada pihak industri seperti stesen radio dan peminat muzik ketika tampil bersama lagu tradisional beberapa tahun lalu. "Begitupun, ia bukan bermakna saya mengetepikan terus irama tradisional sebaliknya saya masih menyanyi beberapa lagu tradisional di mana-mana majlis atas permintaan peminat," kata Adila yang turut tampil sebagai teraju utama dalam filem romantik komedi, Hello arahan AR Badul. Pengacara program Agro Challenge (Astro Prima) bersama Tauke Raja Lawak memaklumkan pembabitan dalam lakonan sebagai menimba pengalaman baru. Begitupun keutamaan masih dalam bidang nyanyian. Sememangnya dia tidak terlalu memilih soal watak atau tawaran sebagai pengacara program jika berasakan ia bersesuaian dan kelapangan waktu.
Adila membawa watak Ida, adik kepada Dr Shafiq lakonan Fizo Omar dalam filem Hello. Karakter Ida yang manja namun tegas cukup sesuai dengan penampilannya. Dalam masa sama, Ida seorang yang penyayang dan sangat ambil berat mengenai abangnya. Mengulas pengalaman terbabit dalam lakonan, dia memaklumkan banyak perkara yang dipelajari ketika terbabit dalam penggambaran filem terbitan Nusanbakti Corporation Sdn Bhd itu.
"Tidak dinafikan minat dalam bidang lakonan semakin bertambah selepas terbabit dalam filem berkenaan. Berbeza dengan nyanyian lakonan memerlukan kesabaran yang tinggi. Memandang penggambaran membabitkan masa yang panjang.
"Disebabkan minat saya sanggup meluangkan masa di lokasi penggambaran. Buat masa ini, kebanyakan karakter yang ditawarkan kepada saya membabitkan penampilan biasa seperti gadis remaja, gadis kolej dan lemah lembut. Saya sentiasa menantikan watak yang lebih mencabar," katanya.


>PROFIL
NAMA SEBENAR: Nas Adila Mohd Dan
NAMA KOMERSIAL: Nas Adila
ASAL: Johor Bahru
UMUR: 24 tahun
TARIKH LAHIR: 20 September 1986
STATUS: Bujang
PROFESION: Penyanyi, pengacara dan pelakon
ALBUM: Kekasih Kerinduan (2004) dan Istana Janji (2006)
DRAMA: Intan Asmara, Cahaya Deepavali, Menantu 3 Rasa, program muzikal Krismas, Agro Challenge (pengacara)
FILEM: Jangan Pandang Belakang Congkak, Hello

kononnyer la
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 06:31 PM | Show all posts
Reply  samshik


    cer ceta mek..akak ingat2 lupe lar..menarik jugak kisah ni ek.nas adila ni  ...
rosannazmia Post at 21-2-2012 18:26



    masa tengah bahagia

TIADAsekelumit pun perkataan menyesal di hati penyanyi muda, Nas Adila MohdDan apabila memilih mengikat tali pertunangan pada usianya yang barumencecah 22 tahun, apatah lagi di saat karier seninya memuncak ketikaini. Tidak cukup dengan itu, ada suara nakal mengatakan ia bakalmenenggelamkan kariernya sebagai penyanyi kerana terlalu awal mengikattali pertunangan dengan kerabat diraja Kedah, Putera Megat Azizul AzreeDatuk Baharin, 30.

Namun, penyanyi yang terkenal dengan laguberirama tradisional ini berfikiran sebaliknya dan mempunyai alasantersendiri mengambil keputusan bertunang awal.

揚eminatsekarang berbeza dengan dulu. Mereka sudah pandai menilai seseorangpenyanyi bersandarkan bakat dan bukan perkara lain. Peminat sukapenyanyi yang berterus-terang.

揕agipun pertunangan adalahperkara baik yang dianggap sebagai persediaan untuk mendirikan rumahtangga. Jadi, benda baik sebegini tidak perlu disembunyikan dan sayatiada masalah untuk berkongsi kegembiraan ini dengan peminat.

揗alah ramai artis lain yang bertunang dan berkahwin semakin murahrezekinya. Mereka juga tidak kehilangan peminat kerana semakin ikhlasdalam bekerja, begitu juga dengan peminat yang sentiasa memberisokongan,� katanya.

Majlis pertunangan Nas Adila dengan PuteraMegat Azizul Azree di kediaman keluarganya di Kota Kemuning, Shah Alampetang Ahad lalu berlangsung meriah, kebetulan pula sambutan Syawalmasih hangat.

Dengan berpakaian rona hijau muda sedondon,majlis pertunangan mereka persis majlis perkahwinan apabila ruang tamuyang dijadikan tempat perbincangan dihias indah seperti pelaminpengantin.

Malahan majlis yang diserikan dengan persembahannyanyian tradisional itu diselitkan dengan alunan lagu tradisional danraya yang turut disertai Nas Adila sendiri. Tidak cukup dengan itu,kehadiran sekumpulan 慸ayang� jelita dari Kedah menimbulkan pertanyaandi kalangan tetamu sama ada ia majlis bertunang atau pernikahan.

Selain kehadiran keluarga dan rakan terdekat yang tidak melepaskanpeluang menyaksikan upacara menyarung cincin dan mengambil kesempatanbergambar bersama bakal pengantin, terdahulu majlis dimulai denganperbincangan ibu bapa Nas Adila, Mohd Dan Sudin serta Rashidah AbdulHamid bersama ibu bapa Putera Megat Azizul Azree, Datuk Baharin Babadan Puteri Meraton Hashim mewakili kedua-dua belah pihak.


Sebelum majlis pertunangan berlangsung, pihak lelaki terlebihdulu menghantar rombongan merisik pada 8 Ogos lalu diikuti adatmenyerah cincin pada 29 Ogos yang diwakili Datin Lydiawati.


揝aya sekarang sudah bersedia untuk menghadapi alam rumah tangga.Hasil perbincangan kedua-dua belah pihak, kami menetapkan tempohpertunangan selama setahun.

揃agaimanapun, tarikh belumditetapkan dan kami menyerahkan kepada takdir menentukannya. Apapun,saya kini bersedia dengan segala apa yang akan berlaku dan reda denganketentuan Ilahi. Kalau diikutkan pihak lelaki mahu mempercepatkannya,tetapi kami perlu masa untuk lebih mengenal hati budi,� katanya.

Mengimbas perkenalan dengan tunangnya, Nas Adila berkata, mereka mulaberkenalan sebagai teman biasa kira-kira empat tahun lalu dan mulaberkawan secara serius dua tahun lalu.

揂pa yang membuatkansaya tertarik dengan tunang saya ini, dia seorang yang memahami,merendah diri, pandai mengambil hati saya dan keluarga serta menyokongkarier seni.

揗alah dia juga tidak meletakkan sebarang syaratsupaya saya berhenti daripada karier seni apabila berkahwin kelak.Sebaliknya sentiasa menyokong minat dan karier saya sebagai penyanyi,攌atanya.

Nas Adila yang pernah menghasilkan dua album sebelumini iaitu Kekasih Kerinduan (2004) dan Istana Janji (2006), kinibekerjasama dengan Aidit Alfian untuk menghasilkan sebuah single. Dalamperancangan, dia akan merakamkan dua lagu apabila satu antaranyaberirama etnik dan satu lagi balada.

揔ini, lagu etnik itusudah siap tetapi saya perlu menunggu susunan muziknya dimasukkan. Jikaada rezeki, ia bakal dikeluarkan penghujung tahun ini. Mana tahu, iabakal mendapat sambutan ramai sebagai rezeki orang bertunang,� kataanak kelahiran Sitiawan, Perak itu.

Sementara itu, tunangnya,Putera Megat Azizul Azree berkata, dia tidak mengambil masa panjanguntuk melamar Nas Adila sebagai suri dalam hidupnya kerana gadisberkenaan menepati ciri-ciri yang diidamkannya.

揘as Adilabukan saja memenuhi ciri-ciri wanita idaman saya tetapi juga disukaiibu bapa saya. Dia seorang yang memahami, penyayang, pandai mengambilhati dan berbakat besar dalam bidang nyanyian.

揥alaupun sudahberkahwin nanti, saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk dia terusaktif sebagai penyanyi, asalkan dia tahu batas dan pandai menjaga diri.Lagipun itu karier seni dan minat yang disukainya,� katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 06:32 PM | Show all posts
dan lagi ..
sekian

Adila atau Nas Adilla Mohd. Dan kembali aktif menyanyi selepas menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia 7 (AF7).

Namun ada harga yang harus dibayarnya sebaik program itu berakhir. Nas kini sudah bebas tanpa ikatan pertunangan.

"Selepas tamat AF7, saya dah buat keputusan untuk memutuskan pertunangan sebab masalah yang kami lalui tidak dapat diselesaikan.

"Memanglah sedih, tapi saya harus lalui kehidupan seperti biasa. Kini saya tidak mahu fikirkan pasal perkara itru sebaliknya mahu tumpu pada kerja," kata Adila.

Namun sehingga saat ini saya masih menyimpan cincin pertunangan yang diberikan dulu. Adila bertunang pada 26 Oktober 2008.

"Saya dan tak pakai lagi cincin itu kerana kami sudah putus tunang. Tunang saya sudah tahu pasal perkara ini, tapi kami belum sempat mengembalikan kerana ada lagi masalah yang timbul," kata Adila.

Malu, tertipu

Adila mengakui isu kononnya tunangnya, Azizul Azri Baharin sebagai kerabat DiRaja dari Kedah antara punca yang membawa kepada timbulnya masalah itu.

"Selepas bertunang, saya malu apabila isu tunang saya kerabat Di Raja dari Kedah timbul. Apatah lagi ia tidak benar.

"Akibat insiden itu reputasi saya jatuh dan ia menjejaskan kerjaya saya.Saya juga malu dengan kejadian itu.

"Ada juga yang mengutuk saya dengan berbagai kejian. Memang malu, tapi saya juga kena jaga air muka banyak pihak termasuk pihak sebelah tunang saya.

"Selepas itulah mula timbul masalah demi masalah. Ada juga rasa tertipu dengan kejadian itu membuatkan kami menyiasat latar belakang tunang saya," kata Adila.

Dia harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik kerana dia tidak mahu perkenalan selama empat tahun itu berakhir dengan perbalahan
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 06:39 PM | Show all posts
yg satu tu hadek2 kn?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.251566 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list