CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RatuDunia94

Along RL Botakkan Kepala Kerana Ramalan "Feng Shui" & Misi RM13 ju

[Copy link]
Post time 22-2-2012 08:39 AM | Show all posts
caya ler sgt!!sOk x jd kepala david teOh yang bOtak {:4_502:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 08:46 AM | Show all posts
mampu ke filem ni kutip RM 13 juta?..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 09:03 AM | Show all posts
citer modal mcm bangang2 jek... tp klu sampai gak kutipan 13juta? sapa yg bangang nati?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 09:03 AM | Show all posts
banyak artikel botak kepala die nie



Meskipun sayangkan rambutnya yang sudah dibiarkan panjang selama hampir dua tahun, namun pelawak, Along Raja Lawak atau Muhammad Nizamudin Ahmad,28, akui terpaksa bersedia untuk membotakan kepalanya demi menunaikan janji yang telah termeterai.

Mahu atau tidak, Along Raja Lawak berkata sebelum ini dia pernah berjanji kepada Penasihat Kesihatan Metrowealth (MIG) yang mahu dikenali dengan Master Eng untuk membotakkan kepala jika kutipan filem Adnan Sempit 2 yang dibintanginya itu mencecah RM13 Juta.

Bagaimanapun, Along Raja Lawak akui berasa sedikit gementar dan cuak jika benar kepalanya akan dibotakkan.

"Pada mulanya, perbualan kami bukanlah serius sangat kerana kami hanya berbual kosong sahaja. Master Eng ada meramalkan bahawa dia yakin bahawa Adnan Sempit 2 boleh mencecah kutipan RM13 Juta.

"Kemudian dalam nada gurauan saya pula dengan celuparnya dan tanpa berfikir panjang terus berkata akan membotakkan kepala jika ramalannya itu tepat.

"Tiba-tiba Master Eng telah mengambil perkara itu serius dan memegang janji saya

"Namun selepas difikir balik, saya akui mulai cuak kerana biarpun dia hanya seorang penasihat kesihatan, tetapi apa jua ramalannnya terhadap kutipan filem MIG sebelum ini boleh dikatakan hampir tepat.

"Mahu atau tidak saya kena lah terima padahnya nanti," katanya yang ditemui dalam tayangan preview filem Adnan Sempit 2 bersama pengguna Shurah baru-baru ini.

Selain Along Raja Lawak, Adnan Sempit 2 yang bakal ditayangkan pada 23 Februari ini juga turut dibintangi oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin dan Angah Raja Lawak.

Apa yang pasti, jika ramalan Master Eng itu tepat, upacara membotakkan kepala tersebut akan disaksikan oleh seluruh warga kerja Adnan Sempit 2 dan MIG.

Pertama kali menyaksikan sambutan penonton terhadap filem itu ketika majlis prebiu bersama pengguna Shurah, Along akui dia kini sudah mula rasakan ramalan berkenaan dijangka tepat.

"Terus-terang, saya sudah mula mengambil serius tentang ramalan dan perjanjian saya itu.

"Mana taknya, selepas kali pertama melihat reaksi penonton dalam tayangan preview ini saya terkejut dengan sambutan baik mereka yang boleh dikatakan tidak berhenti ketawa dari mula hingga akhir filem.

"Tambahan pula, selepas habis tayangan, Master yang turut hadir menonton telah berjumpa dengan saya dan memberi peringatan tentang kata yang saya janjikan.

"Saya akui, kini sudah mula yakin dengan ramalannya," katanya lagi yang sudah mula menjalani penggambaran Wawa Semput.-murai-
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 09:03 AM | Show all posts
ala botak jap je..t tumbuh balik..elok gak botak tu, buang karat kat rambut tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 09:04 AM | Show all posts
dan lagiii

bukan dulu adenan sempit nie ahmad idham ker yang buat??



Kutipan pecah panggung yang berjaya dicatat oleh filem Adnan Sempit telah membuatkan pengarah, Ismail Bob Hashim yakin sekuel Adnan Sempit 2 boleh mengikut jejak yang sama.

Bukan mahu terlalu yakin, tetapi ianya dilahirkan selepas dia melakukan sehabis baik untuk filem asal arahan Ahmad Idham itu.

Malah, bagi mendapatkan kualiti yang tinggi supaya boleh mendapat tempat di hati penonton seperti filem asalnya, Bob Ismail Hashim berkata dalam filem Adnan Sempit 2 kali ini telah menambahkan lebih banyak elemen aksi dan komedi.

"Filem ini merupakan sambungan daripada Adnan Sempit. Konsep ceritanya masih tak jauh beza daripada filem asal. Malah pelakon utamanya juga masih sama.

"Cuma saya ada menambahkan lagi elemen komedi daripada setiap watak serta aksi bermotor.

"Saya juga telah mengembangkan watak Intan Ladyana kepada seorang yang lebih menggedik dan kelakar.

"Bukan mudah untuk mendapatkan momentum yang sama atau lebih daripada filem asal, namun saya sudah cuba melakukan yang terbaik dan saya yakin penonton akan terhibur.

"Jika Adnan Sempit boleh mencapai box office, mengapa tidak filem sekuelnya," katanya ketika tayangan preview Adnan Sempit 2 bersama pengguna Shurah, baru-baru ini.

Masih mengekalkan pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham dan Angah Raja Lawak, filem Adnan Sempit 2 juga bakal menampilkan muka baru iaitu bintang Raja Lawak 5 iaitu Syuk Balas.

Filem ke-56 terbitan MIG itu bakal berada di panggung seluruh Malaysia mulai 23 Februari ini.

Menyahut cabaran untuk mengarahkan filem yang telah mendapat sentuhan asal oleh pengarah yang berpengalaman, Bob Hashim akui sudah bersedia untuk dirinya dibandingkan oleh penonton dan penggiat industri filem tempatan.

"Mahu atau tidak, saya pasti orang akan membandingkan hasil kerja saya dan Ahmad Idham.

"Mana tidaknya, dahulu saya hanya bertindak sebagai penolong pengarah kepada Adnan Sempit kini saya menjadi pengarah sepenunya pula kepada Adnan Sempit 2.

"Perkara ini turut menjadi ketakutan saya. Namun saya akan terima segala perbandingan serta komen sama ada baik atau buruk demi menjadi pengarah yang lebih baik pada masa akan datang," luahnya lagi.

Biarpun Adnan Sempit 2 belum sempat menjengah pawagam, pengarah filem Ngangkung itu sudah pun memulakan penggambaran untuk sekuel kedua filem tersebut yang berjudul Wawa Semput.

"Kami baru sahaja memulakan penggambaran filem sekuel ini. Kali ini watak Wawa yang digalas oleh Yana Samsudin bakal dikembangkan menjadi watak utama," tambahnya lagi.

Adnan Sempit 2 menceritakan bagaimana Adnan (Shaheizy Sam) menawan hati bapa Nadia (Intan Ladyana) iaitu Datuk Ithnin(Datuk Ahmad Tamimi Siregar) selepas hubungan mereka masih tidak direstui.

Adakah Adnan akan bersatu dan menadapt restu Datuk Ithnin? Semuanya bakal terjawab dalam filem Adnan Sempit 2 yang bakal ditayangkan pada 23 Februari ini.-murai-
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2012 09:19 AM | Show all posts
bole ke 13 juta??? sbbb start thn ni tgk byk filem yg kuar, kutipan dia biasa2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 09:21 AM | Show all posts
mampoo ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 09:23 AM | Show all posts
kalau dapat 12,999,999.20 selamatla rambut dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 09:24 AM | Show all posts
adnan sempit 1 pon x best..yg no 2 ni lagi la x best
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 09:48 AM | Show all posts
mari kita gagalkan usaha Along nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 09:48 AM | Show all posts
hm, klaka plak along nih..biar betol caye ckp master tu..elok2 sket dgn akidah tu..by the way, 13juta?bley ke?klu tyg slame stahun mungkin la..tu pong sekadar mungkin..silap2 13juta tu combine skali dgn cd cetak rompak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 10:18 AM | Show all posts
tak pernah minat dia ni..
versi vorngoks...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 10:19 AM | Show all posts
Sangat optimis.. Adnan Sempit nyer kutipan lebih kurang RM7.66 juta kan.. so,wait n see jer la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 10:23 AM | Show all posts
citer MIG semua takde mutu.stok nk box office.nak bawak pegi festival pon tak layan!tunggu kluor kat astro 1st pastu donload.FOC
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 03:05 PM | Show all posts
lebih percaya kan ramalan manusia kapir dari kenyataan yg Allah bagi.........
aduh ko ni.jauh sgt dah ni melencong........
elok la ngan bini ko tue.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2012 03:13 PM | Show all posts
aku dengan ini berjanji takkan tgk cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 03:35 PM | Show all posts
Taula Apek Teoh tu bg kau kerja.. jgnla sampai Master tu cakap pun kau nak ikut sekali..

Inilah....... Jahil + banggang + khurafat = sesat..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 03:37 PM | Show all posts
dah lah filemnya tak berapa nak gempak, dibuat pulak drama yg dah hampir 40 kali diuulang di asteruk... muncui pulak filem kedua, main feng shui pulak...mana nak berkat.

yg di filem Along RL, yg berlakon di drama Azad..mana la nak sama. suruh la Azad skali botakkan kepala jugak..(itupun kalau 13 jota le..)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2012 06:14 PM | Show all posts
dah lah filemnya tak berapa nak gempak, dibuat pulak drama yg dah hampir 40 kali diuulang di asteruk ...
dahlamadah.. Post at 22-2-2012 15:37



betol3! iols mmg pantang tgok cite bersiri yg diambil dr drama. lepas tu hazabedah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.201853 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list