CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: freekey

20 Tahun 'Pergi', Sudirman Masih Tiada Pengganti..

[Copy link]
Post time 22-2-2012 10:10 PM | Show all posts
al Fatihah...
lagu2 Allahyarham semua best2 dan ada makna tersendiri...paling suka lagu raya,kalu dgr mau
meraung teringatkn kg halaman....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2012 11:35 AM | Show all posts
PETALING JAYA: Hari ini (Rabu) bersamaan 22 Februari 2012, genaplah 20 tahun pemergian Sudirman Hj A ...
freekey Post at 22-2-2012 12:50



    he was a good performer, but xtau why i x minat sgt lagu2 arwah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 11:39 AM | Show all posts
iols cuma tolong hangatkan thread freekey sajork......
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 11:52 AM | Show all posts
alfatihah..............
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 05:24 PM | Show all posts
Kejayaan Allahyarham dalam dunia seni sehingga berjaya mengharumkan nama negara membuatkan beliau dikurniakan pingat kebesaran Darjah Johan Mangku Negara oleh yang Dipertuan Agong pada tahun 1992 yang membawa gelaran Datuk.

Maknanya arwah dh lama dpt gelaran Datuk ek.. sbb aku rasa mcm baru lg kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 05:31 PM | Show all posts
Reply 23# AnakJantan1987

kesiannya la..thread ahmad nisfu yg baru bukak tu pn dah smpai 3 page
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2012 08:52 PM | Show all posts
lagu paling i ingati liriknya... tanggal 31, bulan 8 57
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 09:11 PM | Show all posts
Reply 26# maxim


    sehari 3 thread sekaligus nok..... thread2 sendu plak tuh. patut compile kan sekali jadi 1 thread.....thread 3 in 1 kekdahnya.


*jangan marah bang freekey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2012 09:37 PM | Show all posts
Reply  maxim


    sehari 3 thread sekaligus nok..... thread2 sendu plak tuh. patut compile k ...
AnakJantan1987 Post at 23-2-2012 21:11



    3 thread tu pun kalau merge, compile jadi satu pun, x mampu nak cecah sampai 10 page noks
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 09:51 PM | Show all posts
Reply 29# yetta


    harap2 bang freekey sudi mendengar keluh kesah kita yang hanya mendambakan gossip sensasi sahaja....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 01:04 AM | Show all posts
Gosip panas korg suka bc tu xkn diingati dan akan dilupakan x lma lg.

Skrg ni tt bukak cite ttg seorg Legend!

Alfatihah to abg sudir ;-(
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 01:30 AM | Show all posts
Pengganti muka da ade dah.. Que Haidar

Apepun Al Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 01:42 AM | Show all posts
Baru je tgk bio life sudirman terbitan national geo. Tragis skali lepas 3 tahun jd juara asia sudirman meninggal

siti nurhaliza pye bio dulu byk gosip n glam yg gedik, tp sudirman lbh pd sejarah perjuangan dan usaha beliau untuk di iktraf sbg penyanyi teragung asia. Bangga rasanya bila org luar beri komen positif pd arwah sudir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 07:47 PM | Show all posts

'Sudirman... Abadi Di Hati' Kenang Pemergian Sudirman

KUALA LUMPUR: Sebagai tanda ingatan buat seniman hebat negara, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengadakan Konsert Sudirman... Abadi Di Hati pada malam Jumaat.

Konsert yang disiarkan secara langsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri RTM di sini menyaksikan sebanyak 30 buah lagu-lagu popular Allahyarham yang dinyanyikan oleh penyanyi lama dan baru.

Antara penyanyi yang terlibat ialah Datuk Sharifah Aini, Adibah Noor, jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah, Bob, Shila Amzah, Tomok, Black, Aril dan Ray.



Persembahan dimulakan mengikut turutan album yang diterbitkan daripada album pertama Allahyarham sehinggalah ke album terakhir beliau seperti Gerimis Di Lautan, Jali-Jali, Bila Hati Terpikat, Ayah dan Ibu, Aku Anak Gembala, Pelangi Petang, Jauh Di Sudut Hati dan Hujan

Lagu popular lain seperti Salam Terakhir, Hilang Berganti, Anak Dagang, Merisik Khabar dan Chow Kit Road turut dinyanyikan.

Selain itu, sedutan rakaman video konsert Allahyarham turut dipaparkan mengiringi lagu-lagu yang dipersembahkan.

Dalam pada itu, sepanjang konsert berlangsung, persembahan diiringi seramai 40 orang pemuzik di bawah pimpinan Luqman Abdul Aziz yang bertindak sebagai pengarah muzik.

RTM memberikan penghargaan kepada penyanyi tersohor ini dengan menyediakan set yang diinspirasikan dari Royal Albert Hall, London, pentas di mana beliau diiktiraf sebagai penghibur terbaik Asia.

Turut hadir, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, bersama isteri, Datin Seri Masnah Rais, Datuk Ahmad Nawab, Datuk M.Nasir, Datuk Freddie Fernandez dan Habsah Hassan sebagai tanda memberikan penghargaan kepada Allabhyarham.

Konsert Sudirman... Abadi Di Hati dikendalikan oleh pengacara Saiful Apek dan Didie Alias.

Ia disiarkan secara langsung di TV1 pada Jumaat, pukul 9 malam.



Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 07:51 PM | Show all posts
muka black balance jew 1 tona warna..xmcm freekey atas putih bawah hitam...muhaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 10:16 AM | Show all posts
Ahad Februari 26, 2012

Keluarga Tuntut Kerajaan Kenang Jasa Sudirman

Oleh NIEZAM ABDULLAH


                            Atai

KUALA LUMPUR: Keluarga penyanyi Saudirman Haji Arshad menuntut kerajaan menubuhkan satu yayasan bagi memperingati seniman itu termasuklah menjaga harta intelek milik Allahyarham.

Anak saudaranya Razman Azrai atau Atau,39, berkata, yayasan itu perlu kerana ia dapat membolehkan generasi akan datang mengingati pengorbanan dan jasa Allahyarham yang telah terbukti seorang penghibur terbaik.

“Yayasan ini amat penting yang boleh menyimpan segala harta-harta intelek milik Allahyarham termasuklah lukisan-lukisannya. Jika ia tidak diwujudkan, tiada apa-apa yang dapat kita kenang tentang Allahyarham terutamanya kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada mStar Online pada majlis tahlil sempena 20 tahun kematian Sudirman di Restoran Puteri, di sini, Sabtu,.

Sudirman meninggal dunia pada 20 Februari 1992 akibat komplikasi penyakit paru-paru pada usia 37 tahun.

Atai berkata yayasan itu bukanlah untuk kepentingan peribadi keluarganya kerana mereka tidak mendapat apa-apa faedah daripada penubuhan itu.

Jelasnya, ia perlu diwujudkan kerana jasa Allahyarham terhadap negara amatlah besar dan perlu dikenang agar ia dapat menjadi contoh kepada generasi akan datang.

Katanya, pada masa ini tidak ada bangunan ataupun jalan yang dinamakan atas nama Allahyarham bagi mengenangkan penglibatannya dalam dunia seni.

“Kita selalu memperkatakan mengenai kehebatan Allahyarham semasa hayatnya tetapi sehingga hari ini tak ada apa-apa pun sumbangan yang kita berikan kepada dia.

“Takkan keluarga ataupun peminat yang hendak buat semua itu. Mestilah pihak kerajaan. Melalui yayasan itu, kita juga bol;eh mengumpul dana yang dapat memperluaskan lagi aktiviti berkaitan Allahyarham yang semakin dilupakan pada hari ini,” katanya.

Atau menambah sudah 20 tahun dia menyimpan perasaan itu dan berharap luahan tersebut dapat didengar oleh pihak-pihak bertanggungjawab agar merealisasikan impian berkenaan.



Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2012 10:30 AM | Show all posts
atai ni nampak awet muda la. arwah sudir kalau hidup sama umoq la dgn mak teh.....lahir taun 54.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 09:47 AM | Show all posts
mek bagi yang nie ...
mek tengah cari satu lagu die ...
Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


ALYAH merupakan penyanyi generasi baharu yang rasa teruja kerana dapat menjayakan konsert khas mengenang 20 tahun pemergian Sudirman.



TANGGAL 22 Februari 1992 sememangnya sangat dirasai oleh seluruh warga Malaysia apabila kehilangan seorang insan seni yang paling berbakat iaitu Datuk Sudirman Haji Arshad.
Kini setelah 20 tahun Allahyarham meninggal dunia, kehilangannya terus dirasai oleh para peminat. Malah, lagu-lagu malar segarnya masih kerap berkumandang di stesen-stesen radio dan menjadi siulan ramai.
Sebagai mengenang jasa Allahyarham sepanjang pembabitannya sebagai penyanyi sejak tahun 1976, Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menganjurkan Konsert Sudirman... Abadi Di Hati pada 24 Februari lalu dan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM 1 bermula pada pukul 9 malam.
Penerbitnya, Ain Sabrina Onn berkata, konsert tersebut dianjurkan bertujuan untuk mengimbas semula perjalanan karier seni Sudirman sepanjang 16 tahun menjadi seorang penghibur.
“Konsert ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh RTM setelah pertama kali ia diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada tahun 2007. Ketika itu konsert yang diberi nama Suara Hati Sudirman telah dihadiri seramai 15,000 orang.
“Pada kali ini kami memilih Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri sebagai lokasi konsert yang bertujuan mengenang kembali perjalanan karier seninya yang bermula di RTM selepas menjuarai Bintang RTM 1976,” ujarnya ketika ditemui sejurus konsert berakhir.
Menurut Ain, sepanjang konsert tersebut berlangsung, sebanyak 24 buah lagu Sudirman telah dinyanyikan semula oleh beberapa orang penyanyi terkenal tanah air selama dua jam.
Persembahan pada konsert tersebut membabitkan penyanyi seperti Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Aril, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Alyah, Black, Adibah Noor, Datuk Sharifah Aini dan Rey, manakala ia dihoskan oleh Saiful Apek dan Didie Alias.
Lagu-lagu yang dipersembahkan pula antaranya seperti Gerimis Di Lautan, Jali Jali, Bila Hati Terpikat, Aku Anak Gembala, Nilai Cintamu dan Pelangi Petang dengan mengikut turutan album yang telah dihasilkan serta diiringi oleh 40 orang pemuzik Orkestra RTM.
Mengenai persiapan pula, Ain menjelaskan pihaknya mengambil tempoh selama sebulan untuk memastikan segala perjalanan konsert berjalan dengan lancar, manakala penyanyi yang terbabit pula berlatih selama dua minggu bagi menyesuaikan lagu-lagu dengan susunan muzik baharu.
“Saya bersyukur kerana konsert malam ini telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan hangat daripada penonton yang telah memenuhi ruang auditorium 45 minit sebelum konsert berlangsung. Begitu juga dengan persembahan yang ditampilkan oleh barisan penyanyi sangat menghiburkan dan berhasil mengimbau kembali nostalgia terhadap Sudirman,” ujarnya.
Sementara itu, Penerbit Perkhidmatan Muzik RTM, Ali Shaaib menyatakan konsert berkenaan merupakan yang pertama daripada sembilan konsert orkestra yang dirancang bagi mengisi kalendar Siri Orkestra 2012 RTM pada tahun ini.
Jelas Ali, bagi menampilkan sedikit kelainan berbanding dengan konsert Sudirman yang pernah dianjurkan sebelum ini, pihaknya telah memilih gabungan lagu-lagu malar segar dan lagu-lagu Sudirman yang jarang diputarkan stesen radio.
“Sebenarnya banyak lagu-lagu Allahyarham yang menarik dan sedap untuk didengar. Jadi, pada konsert kali ini para penonton akan dapat mendengar lagu-lagu yang jarang diputarkan seperti Di Dalam Sepi Itu, Bila Hati Terpikat dan Hilang Berganti,” ujarnya.
Menurut Ali, pihaknya juga telah menetapkan idea untuk konsert berkenaan lebih menjurus kepada konsep yang menghiburkan dan kurang menerapkan elemen-elemen sedih.
“Tidak dinafikan kehilangan Sudirman masih lagi dirasai sehingga sekarang, tetapi pada masa yang sama adalah lebih baik sekiranya kita terus mengangkat karya-karyanya menerusi konsert-konsert sebegini.
“Selain dapat mengimbau semula nostalgia kariernya sepanjang bergelar penyanyi menerusi 24 buah lagu yang telah dinyanyikan, kami juga mahu para penonton terhibur dengan lawak dan celoteh yang ditampilkan oleh kedua-dua pengacara,” ujarnya.
Selepas berakhirnya Konsert Sudirman... Abadi Di Hati, kalendar Siri Orkestra 2012 RTM diteruskan dengan sebuah persembahan Istimewa Orkestra RTM... Datuk Sharifah Aini yang akan berlangsung pada
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 02:22 PM | Show all posts
perginya memang tida pengganti lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 03:05 PM | Show all posts
kau tiba bagaikan pelangi..tak bercahaya namun kau berseri..tapi cukup menghiburkan hati ini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.305272 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list