CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15713|Reply: 61

JIWA TAIKO

[Copy link]
Post time 23-2-2012 11:30 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 18-6-2012 02:12

Filem ni arahan Osman Ali (Ombak Rindu). Nampak mcm KL Gengster tapi mungkin beza sket kot.

Ramai pelakon berbakat dalam ni.

Remy Ishak
Bront Palarae
Diana Danielle
Fizz Fairus
Beto Kusyairi
dan ramai lagi..

Trailer











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2012 01:43 AM | Show all posts
osman ali buat citer cam nih???
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 02:06 PM | Show all posts
cam best jek , ade trailer kt youtube tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2012 10:29 PM | Show all posts
tunggu filem nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 05:04 PM | Show all posts
dgr citer filem ni akan masuk pawagam 14 jun 2012.. tengok dari treler mcm best jer..wajib tgk ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 05:49 PM | Show all posts
wajib tontonnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2012 09:54 PM | Show all posts
me da tgk trailer dia td n rasanya lakonan bront x brp best la dlm filem ni.. watak gangster bront tu nmpk mcm x menggerunkan sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 10:16 AM | Show all posts
hari ni filem ni masuk panggung. Dengar citer kat premier ramai terpaku! Ntah pesal. Memember gua kat the curve story la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2012 02:52 PM | Show all posts
baru pas tgk..below my expectation..

tajuk cte je gempak..macam ganas..

tapi cte cinta je lebih..lawan sket2 je..

part lawan2 pon tah pape..slow..

camne org kate cte ni nak fight ngan KL Gangster??fight ngan Ombak Rindu leh la..

rugi duit jer aku tgk cter nih..huh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 05:06 PM | Show all posts
jadi ngan anak halal mane better...?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 08:00 PM | Show all posts
FILEM: Jiwa tersasar anak muda
SUMBER HARIAN METRO
         
JIWA Taiko ke Jiwang Taiko? Itulah yang dibisikkan beberapa teman tatkala menonton filem ini. Sejujurnya, bagi pengikut setia karya Osman Ali, dia dikagumi kerana keberaniannya mengangkat realiti kehidupan ke layar perak.

Jiwa Taiko bukanlah karya aksi pertama sutradara muda ini kerana sebelum ini pernah muncul dengan Anak Halal yang dibintangi Farid Kamil, Maya Karin, Fasha Sandha, Raja Farah dan ramai lagi nama besar.
Tidak jauh berbeza dengan Anak Halal, Jiwa Taiko membawa penonton menyusuri pergolakan hidup anak muda yang tersasar namun berusaha kembali ke jalan benar yang dipadatkan lagi dengan nilai persahabatan, cinta tiga segi serta pengorbanan.

Pun begitu, Jiwa Taiko bukanlah persembahan terbaik Osman. Jika dibandingkan dengan Anak Halal, naratifnya nampak lebih kemas dan berisi namun Jiwa Taiko seakan hilang tempo hingga mengundang persoalan apa sebenarnya yang ingin disampaikan Osman.


Bahkan terlalu banyak adegan sentuhan dan ciuman bagi menggambarkan rasa sayang dalam persahabatan dilihat agak melampau. Tambah hangat dengan aksi 'daring' samseng seksi, Pinto, lakonan Bront Palarae meratah berahi tubuh Lara (Nadiya Nissa) yang kecewa apabila cintanya tidak kesampaian.


Satu percubaan berani dari Osman yang berpotensi mengundang pelbagai respons. Begitu juga dengan tatu di tubuh watak lakonan Remy yang mengimamkan solat di tepi pantai walhal di kalangan sahabatnya ada yang pernah mengimamkannya dalam penjara. Dalam konteks ini bermakna masih ada orang lain yang lebih layak menjadi imam dan paparan itu boleh mengelirukan penonton khususnya golongan muda.

Seperti yang diakui kebanyakan penggiat seni, penonton sekarang sudah bijak menilai bahkan ada antara mereka sangat peka. Ada yang boleh menerima adegan ranjang filem luar tetapi untuk karya tempatan, selalu mereka persoalkan perlukah babak 'daring' seperti itu?

Apapun, pujian harus diberikan kepada barisan pelakon lebih-lebih lagi Bront dan Nadiya kerana tampil dengan lakonan gred A. Ada peningkatan dalam persembahan Nadiya bahkan dia sangat menyerlah hingga menenggelamkan Diana Danielle.

Filem ini mengisahkan pertembungan dua sahabat, Firman dan Pinto yang dulunya sama-sama menjadi penjenayah kecil tetapi kini masing-masing memilih jalan hidup berbeza. Firman memilih dunia yang penuh nilai cinta dan kasih sayang sebaliknya Pinto menjadi taiko dalam dunia gengsterisme.

Pergolakan tercetus apabila Pinto menuntut janji Firman untuk terus hidup dan mati dalam dunia hitam. Apabila tuntutan janji bertukar menjadi dendam membara, seluruh persahabatan bergelora.

Pinto mengancam rakan-rakan Firman termasuklah sahabatnya, Lara dan kekasihnya, Trisya. Demi mempertahankan nilai persahabatan, Firman dan Pinto melancarkan pertarungan hidup dan mati.


DATA

FILEM: Jiwa Taiko
ARAHAN: Osman Ali
PELAKON: Remy Ishak, Bront Palarae, Diana Danielle, Nadiya Nissa, Fizz Fairuz, Mislina Mustafa dan Beto Khusyairi
GENRE: Aksi/Drama/ Romantik
TAYANGAN: 14 Jun 2012
ULASAN: Shakilawati Abd Rahman
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 09:44 PM | Show all posts
jadi ngan anak halal mane better...?
parasitology Post at 17-6-2012 17:06


anak halal lagi ok!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 10:20 PM | Show all posts
anak halal lagi ok!!
takeshi_anwar Post at 17-6-2012 21:44



ok, noted...tak tgk la nampaknya....dulu time tgk anak halal walopun moral out tp aku agak impress gak tgk filem melayu yg ada standard....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 01:54 PM | Show all posts
review membuatkan iols x terasa nak tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 02:12 PM | Show all posts
ok tunggu astro first saja
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 09:18 PM | Show all posts
kutipan RM 0.45 juta sajork..tak laku rupanye citer nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2012 07:36 AM | Show all posts
mmm. Tgk trailer pun takde ciri2 gangster pun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 07:55 AM | Show all posts
ada review lain tak? Mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 03:05 PM | Show all posts
baru sat ni tgk kat TGV KLCC...ada 3 org je dlm panggung termasuk iols..

Pada iols citer ni sgt lucah ok!! Malu rasanya ada org melayu yg berani belakon camni..comolot..com kaki dlm selimut..aksi panjat2..suma ada

Malu plak iols tgk citer cenggini di hari jemat yg mulia ni...wpun iols ni pmpan

Sudahnya iols leh bertahan sejam je..pastu tros blah!! Ada hati lagi kata leh celen KL Gangster...da la mula2 citer ni buat cam ala2 AA kluar penjara pastu ada org jemput bagai... haakktuiii la..(sakit hati sb rugi $10 :@)

Bek korang jgn tgk....iols nk tweet remy ckp citer ni cam sampah!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2012 02:08 AM | Show all posts
Reply 19# aak


    3 org je??? alahai sian tul citer nih
tajuk dah gempak.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 1.022149 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list