CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
Show: 1841|Reply: 23

[LA RACE] Tekanan Perasaan (aurelia & lavender_aqua)

 Close [Copy link]

24

Threads

2

Fans

410k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
11-5-2008

Moderator

Post on 28-2-2012 01:25 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Post Last Edit by lavender_aqua at 28-2-2012 03:40


         
        Memang sukar menangani stress atau tekanan terutamanya di tempat kerja. Kena pula dengan boss yang cerewet. Semuanya nak cepat. Pantang silap sikit, mulalah nak bising. Ada juga tempat kerja yang bosnya baik, tapi pekerja pula yang buat perangai. Semua nak jadi bos. Yang tak sedar diri macam bossy pun ramai. Dah macam-macam perangai ada.Sebenarnya stress di tempat kerja banyak disebabkan oleh orang di sekelilingnya. Jika anda berjaya menyesuaikan diri dengan perangai staff dan bos anda, ia sangat membantu.

GEJALA STRESS KERJA



Secara umum, seseorang mengalami stress kerja akan mengalami gejala-gejala berikut:

1. Fisiologi
terdapat perubahan pada metabolisme tubuh, meningkatnya kepantasan jantung berdegup, tekanan darah naik, sakit kepala dan serangan jantung.

2. Psikologi
ketidakpuasan dalam hubungan kerja, tegang, gelisah, cemas, mudah marah, kebosanan dan sering melewatkan kerja.

3. Sikap
berlaku perubahan pada produktiviti, selalu ponteng kerja, perubahan pada selera makan, kerap menghisap rokok dan mengambil alkohol, bercakap dengan cepat dan susah tidur.


  TEKNIK-TEKNIK UNTUK MELEGAKAN STRESS/TEKANAN




1. Rehat seketika antara waktu kerja boleh melegakan ketegangan emosi, kekusutan fikiran dan ketegangan fizikal.


2. Merangka jadual kerja seharian anda. Berikan keutamaan kepada yang paling penting.Selesaikan satu persatu.


3. Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan. Atau, lakukan secara beransur-ansur tetapi tetap.


4. Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat. Mereka adalah pembantu kita di dalam kesusahan.


5. Kerap bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh mengurangkan ketegangan.Ia juga mampu menyenyakkan tidur dan mengelakkan kerisauan yang tidak menentu.


6. Luahkan masalah anda kepada orang lain seperti pasangan anda, keluarga dan teman-teman yang mungkin boleh membantu. Hasilnya anda akan berasa lega.

7. Bercuti sambil berehat untuk merehatkan fikiran anda. Tidak perlu melancong ke luar negara,dalam negara sendiri sudah mencukupi.


8. Jangan memendam rasa. Kesilapan lepas dijadikan pengajaran bukannya dikesali untuk sepanjang hayat. Ingat, semua orang melakukan kesilapan dan kita tidak terkecuali.


9. Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak dapat diatasi, jangan segan untuk mendapatkan khidmat kaunseling.
2

View rating log

24

Threads

2

Fans

410k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
11-5-2008

Moderator

Post on 28-2-2012 01:26 AM |All posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 28-2-2012 03:42


MENGATASI TEKANAN PERASAAN MENGIKUT CARA ISLAM




  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.



  • Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.



  • Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.



  • Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.



  • Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.



  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.



  • Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.



  • Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.



  • Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.



  • Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

24

Threads

2

Fans

410k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
11-5-2008

Moderator

Post on 28-2-2012 01:26 AM |All posts
Post Last Edit by lavender_aqua at 28-2-2012 04:04

SUMBER:



AKU ADE PENYAKIT "M" ... STRESSSSS....




Daripada kisah yang dikongsi oleh forumer zasss, dapat disimpulkan dia mengalami tekanan perasaan di tempat kerja.
Kita dapat lihat dia tidak tahan bekerja di sektor kerajaan dengan gaji yang rendah, ditambah pula dengan desakan perlu
berjimat cermat. Ini dapat dibuktikan apabila dia perlu membawa bekal setiap hari untuk menjimatkan wang yang sedia ada.

Gejala-gejala yang ada pada forumer ini ada seperti cepat marah, susah tidur yang akan membawa kepada kurang tidur, berlaku
perubahan dalam produktiviti kerja dan tegang. Oleh itu, disarankan kepada semua yang mengalami masalah tekanan perasaan
khususnya di tempat kerja untuk mengikuti beberapa saranan dan tips yang telah disediakan di atas.



KESIMPULAN:



Pendekatan Individual:
Seseorang perlu berusaha untuk mengurangkan stress. Antara strategi yang berkesan ialah pengurusan masa yang efektif, latihan fizikal, banyak berehat dan banyakkan aktiviti sosial. Dengan pengurusan masa yang efektif, seseorang dapat menyiapkan kerja dengan baik tanpa perlu terburu-buru. Selain itu, latihan fizikal dapat meningkatkan ketahanan tubuh badan dalam menghadapi tuntutan tugas yang lebih mencabar. Cara terakhir ialah mengambil masa untuk berehat dan melakukan aktiviti tertentu bersama dengan keluarga dan rakan-rakan.


Pendekatan Organisasi:
Strategi yang perlu diambil oleh sesebuah organisasi adalah melalui pemilihan dan penempatan staf, komunikasi di dalam organisasi
itu sendiri dan sikap terbuka antara majikan dan pekerja. Melalui strategi ini, setiap orang akan mendapat kerja yang sesuai dengan kemampuan dirinya dan mereka bekerja dengan tujuan ingin mewujudkan rasa puas bekerja dan merupakan satu terapi terhadap fizikal
dan mental mereka.



Sekian daripada kami:



83

Threads

16

Fans

1210k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
4-3-2008

Moderator Legenderer

Post on 28-2-2012 08:22 AM |All posts
info yang padat, menarik serta mudah difahami isi kandungannya
angin berhembus, air mengalir..ianya tak kan berhenti..terus ke depan tanpa menoleh kebelakang lagi

21

Threads

2

Fans

410k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
21-10-2008

Moderator

Post on 28-2-2012 08:26 AM |All posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 11:26

info yg sgt menarik dan sesuai pada aku....



1

View rating log

39

Threads

9

Fans

210k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
13-4-2007

Moderator

Post on 28-2-2012 08:30 AM |All posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 11:27

kemas dan tersusun........

good job.....


1

View rating log

cmf_anisss84 a.k.a Ucu

64

Threads

11

Fans

1310k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
26-12-2006

Moderator Legenderer

Post on 28-2-2012 08:33 AM |All posts
info yang besh dan kalerful
vatekerl vatekerl ~~ kuri kuri ~~ vatekerl

143

Threads

6

Fans

410k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
30-1-2008

Moderator

Post on 28-2-2012 08:40 AM |All posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 11:28

walaupun takde gambar org masuk dalam washing maching ...info ni tetap bagus...menarik...melegakan tekanan perasaan didalam islam tu juga menarik...bagus bagus...


1

View rating log

Listen carefully to how a person speaks about other people to you.This is how they will speak about you to other people.

3

Threads

10

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
31-10-2011
Post on 28-2-2012 08:53 AM |All posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 11:33

assignment yang lengkap, padat dan kemas...

siap ada sumber...kesimpulan pun menarik...


1

View rating log

7

Threads

5

Fans

7255

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
14-4-2009
Post on 28-2-2012 08:57 AM |All posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 11:34

bagus juga especially tang menangani stress mengikut cara islam...


1

View rating log

sila baca sampai habis sebelum gatal tangan nak reply....

29

Threads

3

Fans

510k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
30-9-2005

Moderator

Post on 28-2-2012 09:07 AM |All posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 11:28

wah...baru iols tau kenapa stres....
bagus info...
tapi iols stress sebab tak leh bagi tacang banyak2............



1

View rating log

boroi tapi mesra..

25

Threads

3

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
14-6-2010
Post on 28-2-2012 09:13 AM |All posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 11:29

hmm..info yg padat dan terbaekkk!!


1

View rating log

~~Love me For Who I am~~~

6

Threads

21

Fans

810k

Points

Emperor

Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19Rank: 19

Joined
4-3-2009
Post on 28-2-2012 09:18 AM |All posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 11:35

good info dan sangat informative

sekarang dah ramai yang stress jadi kalau ada pengisian info sebegini boleh membantu


1

View rating log

hana & hani, tok mak cayang selalu

23

Threads

8

Fans

4231

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
26-8-2011
Post on 28-2-2012 09:43 AM |All posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 11:38

good job dear....bgus isi nya..


1

View rating log

; ) ho!!!!ho!!!hooo Balik kampung!!

413

Threads

79

Fans

410k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
7-1-2009

Moderator

Post on 28-2-2012 09:45 AM |All posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 11:30

Salam TT,

saya "review" + menyertakan markah berdasarkan kriteria spt clarity, linguistic, source credibility dan creativity


~REVIEW(_/100)~



Clarity (23/30)
-Karangan TT jelas dan difahami tetapi agak "lengthy".

Linguistic (24/30)
-Ada minor error dalam tatabahasa pada awalan karangan

-Bahasa agak formal dan "average". Mungkin tambahkan sedikit elemen "bombastik" untuk menarik perhatian pembaca.

Source credibility (16/30)
-Plus: case study yang menarik, disertakan  penjelasan

-Minus: tiada sumber fakta dari kenyataan professor & ahli2 akademik

-Check: sedikit dalil dari sepotong hadis


Creativity (9/10)
-Plus: Tona warna kena dengan penulisan.  

-Plus: Susunan ayat kemas.  
-Check: Poster yang ringkas tapi masih memberi kesan

-Plus: Penggunaan tona warna warni agak kurang menyelerakan


JUMLAH: 72/100 (B+)



Good luck, TT!

1

View rating log

~Moon Chae Won & Joo Won @ [KBSW] Green Scapel ~
Lagu feveret Jun13: Just Give Me Reason - P!nk & Nate Ruess FUN >> Selalu Ada - Amir Jahari >> Lelaki - Yuna

7

Threads

1

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
28-6-2007
Post on 28-2-2012 09:52 AM |All posts
fakta yg berinformasi!

13

Threads

5

Fans

210k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
14-4-2006

Moderator

Post on 28-2-2012 10:20 AM |All posts
sgt resourceful. bagus.
(komen in sgt plastik)

gudluck
-Sudah Bertemu Jodoh-
A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person. ~Mignon McLaughlin

33

Threads

21

Fans

210k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
21-4-2009

Moderator

Post on 28-2-2012 10:32 AM |All posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 11:32

mudah difahami menunjukkan tuan ghumah buat research dengan teliti
contoh yang menarik dan bertepatan dengan tajuk
penggunaan ayat yang mudah dan tepat
penggunaan warna yang menarik minat end receiver
good work


1

View rating log

I dont usually gives credit, but when i do i make sure i cantas more than that

9

Threads

1

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
15-7-2005
Post on 28-2-2012 10:32 AM |All posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 11:40

persembahan menarik... info pun best.... nak baca... nak baca....


1

View rating log

12

Threads

0

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
5-11-2008
Post on 28-2-2012 10:45 AM |All posts
Post Last Edit by sourplum at 28-2-2012 11:42

info best...mummy dah cuba semua,tapi mummy masih stress,kenapa yer,sbb ada sakit mental ke?


1

View rating log

Akulah mummy
IMR IMI IMM IMD
semogaakubolehjadimummyygbaik

24

Threads

2

Fans

410k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
11-5-2008

Moderator

Post on 28-2-2012 10:51 AM |All posts
memang skrg tgh stress kerja...

info yg bagus..
solution yg boleh dipraktikkan..

good.
stingbeh Post at 28-2-2012 10:48


sting, peserta race takleh komen...tlg, nnt mekomolek kena penalti 5j...

70

Threads

4

Fans

310k

Points

Warrior

Without You

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Joined
8-4-2005
Post on 28-2-2012 11:48 AM |All posts

70

Threads

4

Fans

310k

Points

Warrior

Without You

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Joined
8-4-2005
Post on 28-2-2012 11:49 AM |All posts
sting, peserta race takleh komen...tlg, nnt mekomolek kena penalti 5j...
lavender_aqua Post at 28-2-2012 10:51 AM

Miintak beliau delete.... kena penalti me tau tau.... komen dah cukup...

24

Threads

2

Fans

410k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
11-5-2008

Moderator

Post on 28-2-2012 11:56 AM |All posts
Miintak beliau delete.... kena penalti me tau tau.... komen dah cukup...
sourplum Post at 28-2-2012 11:49



   ye ye, sedang diusahakan...{:4_189:}
SP jgn penalti...
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 20-6-2013 10:45 AM , Processed in 0.271862 second(s), 34 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top