CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

DRB-HICOM bina kolej RM592.5j

[Copy link]
Post time 29-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
DRB-HICOM Bhd mengukuhkan lagi asas perniagaannya apabila melabur RM592.5 juta untuk membina sebuah kolej universiti automotif di Hab Automotif DRB-HICOM di Pekan, Pahang.\rKolej universiti yang dibangunkan anak syarikatnya, HICOM University College Sdn Bhd itu yang akan dikenali International College of Automotive dan ia bakal melengkapi ekosistem perniagaan automotif konglomerat itu di negara ini.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata pembinaan kolej universiti itu dijangka dapat mewujudkan sehingga 500 peluang pekerjaan baru dan menarik 7,000 pelajar dari dalam serta luar negara menjelang 2020.\r\r\n\n\n\n\n  “Projek pembinaannya sudah dimulakan tahun ini dan ia dijangka siap sepenuhnya tahun depan,” katanya pada sidang media selepas majlis pertukaran dokumen perjanjian antara DRB-HICOM bersama Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John di Putrajaya, semalam.\rMajlis itu diadakan selepas mesyuarat ahli lembaga pengarah ECERDC bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\rPertukaran dokumen turut disaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.\rMengulas lanjut, Mohd Khamil berkata kolej universiti berkenaan akan dibangunkan di tapak seluas 16.9 hektar dan ia akan membantu mewujudkan tenaga kerja tempatan bermutu tinggi untuk industri automotif.\r\n\n\n\r“Kolej universiti ini akan menawarkan sehingga 30 kursus, daripada pengajian asas dalam bidang kejuruteraan serta perniagaan hingga program doktor falsafah.\r“Kumpulan pelajar ini akan membantu menyokong perkembangan industri automotif tempatan sama ada dalam sektor hiliran atau huluan,” katanya.\rBeliau berkata, International College of Automotive sudah memulakan pengajiannya pada Mac tahun lalu dan kini disertai oleh kira-kira 600 pelajar dari Malaysia dan Thailand.\rKatanya, apabila kampus itu siap sepenuhnya, ia akan mempunyai tiga fakulti yang setiap satunya mempunyai kemudahan masing-masing.\r“Kampus itu akan turut dilengkapi kemudahan penginapan untuk kakitangan,” katanya.\rTegasnya, penubuhan kolej itu secara langsung akan mengukuhkan lagi kedudukan Taman Automotif Pekan sebagai hab automotif di Malaysia dan rantau Asia Pasifik.\rHicom University College ditubuhkan pada 2010 dengan modal dibenarkan RM10 juta.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.180731 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list