CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3981|Reply: 26

Aaron Aziz, Johan dan Zizan kini secara rasmi artis astro

[Copy link]
Post time 29-2-2012 04:49 PM | Show all posts |Read mode
aku terbaca kat page maharaja lawak dan sewaktu dgnnya

"selamat datang kepada Aaron Aziz, Johan dan Zizan yg kini secara rasminya menjadi artis naugan ASTRO"

Apa komen uols?

mcm mana ngn melodi zizan. syg la pulak klu dia xjd pengacara dh.

dan korang rasa Aaron aziz blh trs bertahan ke duk bwk astro. AA ni kekadang aku tgk mcm tangkap muat je

dan nmpknya xde lg dh la citer apa yg johan tu kat tv3 ritu tiru wan kamarudin dia jd fifi fairus fuyo tu. menarik gak kdg2 layan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 04:58 PM | Show all posts
AARON AZIZ, JOHAN DAN ZIZAN KINI ARTIS NAUNGAN ASTRO
by Astro on Wednesday, 29 February 2012 at 16:07 ·

Tiga nama ini mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakat dan populariti mereka telah mencetuskan fenomena yang tersendiri dalam industri hiburan tanahair. Mereka bukan sahaja menjadi kegilaan peminat, malah menjadi rebutan di kalangan syarikat penyiaran, badan korporat dan jenama untuk berkerjasama. Bijak mengatur kerjaya seni, Aaron Aziz, Johan dan Zizan memilih untuk menandatangani kontrak sebagai Artis Naungan Astro demi mengatur halatuju dan kerjaya mereka dalam bidang hiburan.



Persetujuan yang termerterai ini menandakan bermulanya kerjasama baru antara pihak Astro dengan Aaron Aziz, Johan dan Zizan. Sebagai sebuah badan korporat yang berpengaruh, Astro akan berperanan menguruskan kerjaya seni di samping meneroka peluang yang lebih luas kepada tiga selebriti ini untuk lebih menyerlahkan lagi potensi mereka dalam bidang yang diceburi. Istimewanya, artis-artis naungan Astro ini bebas untuk terus berkarya dan muncul dalam stesen televisyen atau syarikat pesaing yang lain.



Pihak Astro sentiasa komited dalam menyokong pembangunan bakat-bakat seni tempatan. Astro amat percaya bakat-bakat yang kita miliki ini mempunyai potensi yang amat besar untuk dikembangkan dalam setiap cabang seni yang diceburi. Justeru, kami berharap dengan pengaruh dan keupayaan yang dimiliki Astro dapat memberi peluang yang lebih besar kepada mereka untuk pergi lebih jauh dan merencana kerjaya seni mereka dengan lebih tersusun.



Astro juga berharap dengan usaha yang dilakukan ini dapat menyuntik semangat kepada bakat-bakat ini untuk terus menyumbangkan kreativiti mereka secara optimum dan mampu bertahan lebih lama dalam industri seni. Matlamat ini akan dapat dicapai sekirannya perjalanan seni mereka dirancang dan dikendalikan dengan lebih teliti. Justeru itu, Astro akan menggunakan kepakaran yang ada untuk merangka halatuju setiap artis naungan ini dengan lebih jelas agar mereka dapat menonjolkan lebih banyak karya yang berkualiti demi merancakkan lagi industri seni tanahair



Peluang-peluang baru akan terus diteroka untuk kesemua artis naungan ini samada menerusi platform Astro atau pasaran terbuka di luar sana. Aaron Aziz misalnya sedang menjalani penggambaran bagi sebuah drama 80 episod yang akan ditayangkan di platform Astro dan dalam perbincangan terakhir untuk beberapa buah jenama serta bakal muncul dalam beberapa buah filem, drama dan video muzik. Bukan itu sahaja, Aaron juga bakal memberi kejutan kepada para peminatnya apabila beliau bakal merakamkan sebuah lagu bagi berkongsi bakat yang dimiliki.



Manakala Johan dan Zizan yang sedang mengacarakan program Raja Lawak musim keenam akan memasuki program terbaru di Astro Warna berjudul Superspontan. Mereka juga masing-masing telah diberikan slot untuk mengendalikan program baru sendiri di Astro selain kemunculan dalam beberapa  buah filem dan drama. Buat julung kalinya juga, mereka akan merakamkan sebuah album single khas buat para peminat.



Kerjasama yang dilakukan ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada industri seni secara keseluruhannya. Astro juga yakin bahawa usaha yang dilakukan ini dapat menyuntik semangat kepada lebih ramai artis di luar sana untuk berkerja dengan lebih keras untuk terus maju dan berjaya dalam kerjaya seni mereka. Astro akan sentiasa menyediakan platform terbaik kepada anak-anak seni untuk terus maju dan merasai pengalaman unik yang sukar diperoleh di tempat lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 05:08 PM | Show all posts
untung :sentiasa dapat job
rugi : watak cikai pun terpaksa amik juga..pastu muak sbb muka diorg jer terpampang kat tv setiap masa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 05:10 PM | Show all posts
bagi aku rogi.. sbb aaron ajis terkenal sbb ngan drama setsen tv yg percuma..dok astro..gamaknyer...kuranglah skit..bukan seme orng ada astro..tgk drama astro pon..btol2 meletop dan diperkatakan oleh maysarakat  pon baper kerat jeh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 05:13 PM | Show all posts
Istimewanya, artis-artis naungan Astro ini bebas untuk terus berkarya dan muncul dalam stesen televisyen atau syarikat pesaing yang lain.


Mereka bertiga seperti artis AF ke ? Bernaung di bawah AESB
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 05:16 PM | Show all posts
Rezeki Johan utk besarkn anak2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2012 05:22 PM | Show all posts
bagi aku rogi.. sbb aaron ajis terkenal sbb ngan drama setsen tv yg percuma..dok astro..gamakny ...
skymania Post at 29-2-2012 17:10



    dulo bkn ke AA penah jd artis Astro sama dgn EF

pastu dia x nk sambung sb kurang popular...tu yg dia berlakon ceta elena kt tb3 suku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 05:33 PM | Show all posts
dulo bkn ke AA penah jd artis Astro sama dgn EF

pastu dia x nk sambung sb kurang popula ...
mixed Post at 29-2-2012 17:22



    tu dia wajah ekslusif astro prima je kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 05:36 PM | Show all posts
xle la kua kt tmpt lain² ek.. isk isk isk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 05:36 PM | Show all posts
AARON AZIZ, JOHAN DAN ZIZAN KINI ARTIS NAUNGAN ASTRO
by Astro on Wednesday, 29 February 2012 at 16: ...
anazays Post at 29-2-2012 16:58



    maknanya msh blh cari rezeki kat tv lain la ye. aku tgk mcm aznil tu klu xslh aku dia langsung xblh amek job ngn stesen lain kan. bagus jgk klu dorg buat cam tu kat ketiga 3 mereka. sbb tgh top kan. lgpn mcm zizan tu msti dh sign ngn melodi utk berapa season kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 05:37 PM | Show all posts
mmg la kalau astro urus job banyak....tp kene share payment dgn astro la...
tiga-tiga ni kalau tak terima tawaran astro pon job tak putus kot...
mcm rugi pun ye gak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 05:48 PM | Show all posts
mestilah good offer kalau tak, tak kan la dorang terima..lagi lgi bini si johan yg mata duitan tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 05:55 PM | Show all posts
mestilah good offer kalau tak, tak kan la dorang terima..lagi lgi bini si johan yg mata duitan tuh : ...
serimaya Post at 29-2-2012 17:48



    kan.. menyampah betul aku ngn bini dia. mana ada johan ada la bini dia. aku tgk klu video2 johan yg dia buat utk era radio tu aje je menempel muka bini dia. geram aku
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 06:02 PM | Show all posts
hurm tak pasal2 kena share ngn esteruk la kalo gitu dak hasil pendapatannya
baru2 ni tgk 'berita hangit' ala2 mcm edisi khas kt tb3 tu kelakar juga tp tetap suka edisi khas lawak ngat
aku mmg suka rancangan hat cam gini
cth dulu gerabak..aku suka ngat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 06:02 PM | Show all posts
cm rugi ja..dahla best rncgn johan kat tv3 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 06:10 PM | Show all posts
bukan ke ..berita diatas tu bg tahu yg mrk bebas untuk berkarya dan muncul mana2 siaran television..so tak rugi laaa...duit masyukk..maybe keutamaan perlu diberi pada siaran astro tu jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 06:12 PM | Show all posts
kan.. menyampah betul aku ngn bini dia. mana ada johan ada la bini dia. aku tgk klu video2 ...
seb_baik Post at 29-2-2012 17:55



    johan ada ckp kt paper yg duit suma bini dia pegang hokeh

dia x kisah sb dia boros sgt

nmpk johan syng sgt kt bini dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 06:13 PM | Show all posts
rugi lah.. sbb nati xdpt tgk muka AA ni lgi kt tmpt lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2012 06:15 PM | Show all posts
johan ada ckp kt paper yg duit suma bini dia pegang hokeh

dia x kisah sb dia boros sgt
...
mixed Post at 29-2-2012 18:12



    aku rasa bini dia QC

tweeter johan pn hnya bukak time dia on air kat era je. klu waktu biasa nk tweet apa2 kena bg kat tweeter bini dia. xkan la johan xmampu beli sebiji smart phone. job belambak. bini dia yg xde job (klu ada pn sendu) mampu pakai
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 08:39 PM | Show all posts
ok lah tuh khen ..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.070271 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list