CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10033|Reply: 57

Noraniza Idris Nazar Pulut Kuning Untuk Kurus

[Copy link]
Post time 1-3-2012 12:25 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Penyanyi Noraniza Idris telah bernazar untuk menghantar pulut kuning ke masjid di kawasan perumahannya jika berjaya menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram dalam masa sebulan.

Noraniza yang lebih mesra dengan sapaan Kak Ani berkata, nazar itu dibuat selepas membaca sebuah artikel dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu yang mengatakan berat badannya telah meningkat.

"Sebelum ini Kak Ani sedar yang berat badan telah meningkat sebanyak 12 kilogram tetapi tidak membuat apa-apa mengenainya. Bagaimanapun selepas membaca artikel berkenaan, ia telah memberi kesedaran kepada Kak Ani untuk melakukan sesuatu.



"Atas dasar itu juga Kak Ani bernazar sekiranya dapat menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram dalam masa sebulan, Kak Ani nak hantar pulut kuning ke masjid," ujarnya kepada mStar Online tanpa mahu mendedahkan beratnya sekarang.

Noraniza ditemui ketika majlis sidang media memperkenalkan produk Tahitan Noni di Mid Valley dekat sini, pada Rabu.

Penyanyi lagu "Awalah Dondang" itu turut menolak tekan teki kononnya sedang hamil ekoran penambahan berat badan itu namun tidak akan menolak sekiranya diberikan rezeki daripada Allah terhadap perkahwinan barunya itu.

Ujar Noraniza, penambahan berat badannya itu berlaku apabila dia terlalu sibuk dengan pelbagai tugas sehingga tidak mengambil berat mengenai kesihatan.

"Sebelum ini Kak Ani aktif bersenam atau pun menjalani latihan tarian tetapi sekarang agak sibuk dengan urusan syarikat bersama suami termasuklah kadang kala perlu menyiapkan kertas kerja sehingga lima pagi.

"Dari situ juga tabiat pemakanan Kak Ani berubah apabila sering makan pada tengah malam yang telah menyumbang kepada peningkatan berat badan," ujarnya.

Tambah beliau, anak sulungnya, Aliff yang bekerja sebagai jurulatih peribadi disebuah pusat kesihatan turut menawarkan diri untuk membantunya mencapai berat badan ideal.

Sementara itu, pada majlis sama, Noraniza turut mempromosikan produk Tahitian Noni yang menghasilkan jus mengkudu daripada Amerika Syarikat yang sangat berkesan untuk mengubati penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung.

Noraniza berkata, walaupun tidak bertindak sebagai jurucakap atau duta produk tersebut dia terpanggil untuk mempromosikan Tahitian Noni kerana telah mencuba sendiri produk berkenaan yang meninggalkan kesan cukup baik.

"Saya sebelum ini agak kurang percaya dengan produk-produk makanan tambahan tetapi selepas mencuba beberapa produk keluaran Tahitian Noni ini, saya mendapati ia memberikan kesan yang amat baik terhadap kesihatan saya," ujarnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 12:44 AM | Show all posts
kat magazine mana aku lupa baca, dia kata nak kurus sebab tak adil untuk suami sekarang ni body dia tak serupa dulu , lebih kurang mcm tula statement beliau
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 12:49 AM | Show all posts
apa2lah mokcik. dah tua benor aku tengok muko
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 12:50 AM | Show all posts
chaiyok2!dia da berumur tp wajah still maintain mudaa ja..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 01:41 AM | Show all posts
sorg kata nampak tua beno, sorg kata nampak muda
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 02:58 AM | Show all posts
Makin tua makin lawa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2012 03:36 AM | Show all posts
apa2lah mokcik. dah tua benor aku tengok muko
BATUAPI8888 Post at 1/3/2012 12:49 AM



    pokcik tak tua bebenor ke?


larikkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 06:46 AM | Show all posts
x silap iols badan dia ni start membesar sekitar tahun 2004/2005.. ada sekali tu dia masuk juara lagu terkejut nampak badan dia yg naik mendadak.. masa tu dia bw lagu org asli kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 06:53 AM | Show all posts
usaha la k.ani ooiiii....moga2 brjaya la yer.{:4_240:}
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 06:55 AM | Show all posts
Freekey x nak komen apa2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 07:44 AM | Show all posts
kak ani...
awatttt nampak kertu sangat..

takkan laa kawen orang tua
awak pung terus otomatik nampak tua..


cuba tiru mcm mak et ngan datuk k
mak et mmg menten laa muda sbb dia jauh lebih muda dari dato k
tapi dato k...tengokkkk
kan melaram mcm orang muda   
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 07:50 AM | Show all posts
pokcik tak tua bebenor ke?


larikkkkkkkkkkkkkkkkkkk
meritokrasi Post at 1-3-2012 03:36


eleh......larik pun mcm berjalan jek. aku tua2 ada harley......ko hade?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 08:21 AM | Show all posts
cantik kak Ani...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 08:23 AM | Show all posts
pastu org2 kat masjid tu pulak tambah gemok sbb mkn pulut kuning.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 08:35 AM | Show all posts
Nmpk kertu da....hmmm..bila da kurus bayar nazar pulut kuning utk masjid...pastu da kurus posing xhengat...
nak nazar benda xtentu hala..xpyh la!~!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 08:39 AM | Show all posts
lawa je kak ani nie aku tengok, anak2 pun dah kerja dia lawa je .... pada aku kalau laki tua biar la buat perangai car org tua, jgn nak nak berjiwa muda makan hati isteri kat rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 08:40 AM | Show all posts
aku tengok dia live baru2 ni, takda la gemok pun, berisi tapi sikit je kot. takda masalah sangat nak kurus. maybe dia hilang 3-5 kilo je balik la badan cam dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 08:45 AM | Show all posts
pas dah kurus leh la cucuk sana, cucuk sini. apa tu, vitamin c?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 08:46 AM | Show all posts
xper, kuruskan badan utk keyakinan diri aku setuju... tapi kalau kuruskan badan tujuan utk melaram pakai seksi2.... itu memang salah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 08:49 AM | Show all posts
byknya kedut kat area mata...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.066524 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list