CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Abu Bakar seru pengikut hancur AS

[Copy link]
Post time 1-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Guru agama Indonesia, Abu Bakar Bashir  menuduh Amerika Syarikat dalang menyebabkan hukuman terhadapnya ditambah selepas  mahkamah tertinggi Indonesia menguatkuasakan semula hukuman  15 tahun penjara atas kesalahan terbabit dalam keganasan.\rAbu Bakar disifatkan sebagai pemimpin militan di Indonesia dan lantang menyokong perjuangan ala al-Qaeda tetapi  sering menafikan dirinya pengganas.\r\n\n\n\n\r   Beliau yang muncul untuk menjalani pembedahan katarak kedua di sebuah hospital mata di Jakarta menggesa pengikutnya  berjuang menentang Amerika sehingga negara itu hancur.\r\r\n\n\n\n\n   “Amerika adalah musuh Islam, jadi keputusan mahkamah terhadap saya semestinya arahan Amerika,” katanya  ketika diiringi masuk ke dalam  kenderaan polis.\r“Kita perlu terus menentang Amerika sehingga ia hancur.”\rJun lalu, sebuah mahkamah rendah Jun lalu menghukum penjara 15 tahun terhadapnya kerana dikaitkan dengan kesalahan keganasan dan membiayai sebuah pertubuhan pengganas di wilayah Aceh yang didakwa merancang serangan maut terhadap Barat dan ahli politik.\rRayuan kepada Mahkamah Tinggi meringankan hukuman kepada sembilan tahun kerana kekurangan bukti dan usianya yang lanjut tetapi Mahkamah Agung pada Isnin lalu memutuskan hukuman asal 15 tahun penjara dilaksanakan. –  AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.060450 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list