CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

Langkah Arsenal lebih garang

[Copy link]
Post time 3-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Arsenal akan berusaha untuk menyemarakkan lagi keghairahan yang tercipta hasil kejayaan menewaskan Tottenham, apabila bertandang ke Liverpool hari ini dalam apa yang disifatkan pertembungan penting kedua-dua kelab.The Gunners yang diselubungi prestasi kurang baik musim ini menghidupkan semula sisa perjuangan hujung minggu lalu apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2, menewaskan pasukan tangga ketiga, Tottenham 5-2 untuk kembali melonjak dalam kelompok empat teratas, ekoran kekalahan Chelsea.\n\n\n\n   Kemenangan akan menyaksikan Arsenal hanya empat mata di belakang Spurs, yang berdepan saingan getir di laman sendiri menentang Manchester United esok.\n\n\n\n\n    Bagaimanapun, kebangkitan Arsenal itu boleh disekat oleh Liverpool yang diselubungi rasa optimis selepas kemenangan pada aksi final Piala Liga menentang Cardiff.Liverpool terdesak memerlukan tiga mata untuk menghidup peluang menamatkan saingan EPL musim ini di kelompok empat teratas serta meraih tempat ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.Pemain sayap Liverpool, Stewart Downing yakin usaha kelab itu untuk layak ke saingan Eropah akan dirangsang lagi oleh kemenangan ke atas Cardiff, Ahad lalu yang menamatkan kemarau enam tahun kelab Anfield itu memenangi trofi.“Saya rasa kemenangan itu menjadikan anda lebih yakin  dan cuba meraih kemenangan serta bermain lebih banyak di final. Kami masih berusaha untuk merebut tempat dalam saingan Liga Juara-Juara dengan menduduki tempat keempat. Masih banyak lagi yang perlu direbut, diharap kami akan terus berupaya bermain dengan baik,” kata Downing. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.775644 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list