CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

CIMB bakal 10 bank pelaburan terbesar Asia

[Copy link]
Post time 3-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
CIMB Group Holdings Bhd bakal muncul antara 10 bank pelaburan terbesar di Asia, selain  Jepun apabila ia menyelesaikan pengambilalihan beberapa perniagaan milik Royal Bank of Scotland Group Plc (RBS).\rLangkah berkenaan bakal menyaksikan kumpulan perbankan tempatan kedua terbesar itu mengendalikan perniagaan perbankan pelaburan, ekuiti institusi dan ekuiti runcit di Australia, Malaysia, Thailand, Indonesia, India, Singapura, Hong Kong, China, Taiwan serta Korea selain memiliki keupayaan pengedaran ekuiti global termasuk di Eropah dan Amerika Utara.\r\n\n\n\n\r  Setakat semalam, kemajuannya adalah amat memberangsangkan untuk CIMB Group apabila beberapa eksekutif utama RBS Australia memberikan sokongan padu kepada cadangan pengambilalihan itu.\r\r\n\n\n\n\n  Ketua Ekuiti RBS Australia, Randolf Clinton, menyifatkan perjanjian awal yang dimeterai CIMB Group dan RBS kelmarin sebagai satu janji niaga yang sudah pun pasti.\r“Secara realistik, seperti mana-mana urus niaga, badan kawal selia perlu dihubungi dan perlu melalui formaliti sebelum memuktamadkannya, tetapi berdasarkan cara kami mengendalikan perniagaan, kami menganggap janji niaga itu sudah selesai,” kata beliau seperti yang dipetik dalam akhbar Wall Street Journal semalam.\rClinton berpendapat ia adalah satu usaha sama yang amat baik dan akan menyediakan peluang kepada RBS Australia serta keseluruhan perniagaan di Australia dan kawasan serantau.\rIa juga, katanya akan mendedahkan kakitangan RBS Australia kepada peralihan seismik kuasa global ke Asia.\r\n\n\n\rTegasnya, sokongan beliau kepada janji niaga itu berdasarkan pelanggan CIMB Group yang meluas di kedua-dua peringkat, global dan serantau.\r“Jika kita melihat kepada proforma CIMB Group dan RBS, kami percaya kumpulan itu akan berada dalam senarai antara 10 teratas di Asia Pasifik selain Jepun bagi perniagaan berkaitan pengambilalihan dan penggabungan (M&A), pasaran modal ekuiti dan ekuiti tunai,” katanya.\rMengikut laporan Wall Street Journal itu, Ketua Perbankan Pelaburan RBS Australia, Nicholas Rowe dan Pengerusi Kumpulan Perbankannya, Simon Perrott, turut menyokong urus niaga itu.\rRowe menyifatkan CIMB Group sebagai bank universal paling berjaya di Asia Tenggara dan bertaraf dunia dalam rangkaian produk ditawarkannya.\rCIMB Group kelmarin mengumumkan telah memeterai perjanjian dengan RBS bagi memulakan rundingan eksklusif bagi mengambil alih beberapa perniagaan berkaitan ekuiti tunai, pasaran modal ekuiti, dan kewangan korporat bank berpangkalan di United Kingdom itu di Asia Pasifik.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.097145 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list