CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

Terengganu sekat hajat KL

[Copy link]
Post time 4-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Anak buah Razip  gagal raih kemenangan sulung di Stadium Hang Jebat\rTERENGGANU berjaya menutup hajat Kuala Lumpur meraih kemenangan sulung Liga Super selepas menang tipis 1-0 ke atas skuad Warga Kota itu di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.\r\n\n\n\n\r Aksi berhati-hati kedua pasukan menyaksikan perlawanan hambar walaupun pelawat lebih banyak menguasai permainan pada awal babak saingan.\r\r\n\n\n\n\n Namun anak buah Razip Ismail yang mula mendapat rentak menerusi kehadiran Zakaria Charara dari Lubnan dan Emmanuel Ayala Okine dari Ghana selepas 15 minit permainan memiliki lima percubaan tepat menghasilkan jaringan, bagaimanapun kesemuanya hampa buat tuan rumah.\rPeluang terbaik untuk membuka jaringan buat skuad Warga Kota hadir pada minit ke-16 menerusi Mohamad Afiq dan Pritam Singh (27) sedikit tersasar dan berjaya ditampan kemas penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli.\rManakala peluang Sang Penyu pula hadir pada minit ke-26 menerusi Francis Forkey Doe bagaimanapun berjaya dipintas pertahanan Kuala Lumpur dengan keseluruhan babak pertama lebih dikuasai skuad juara hatrik Piala Malaysia 1987-1989 itu.\rGol untuk tiga mata berharga Terengganu akhirnya menjelma pada minit ke-60 menerusi rembatan Forkey Doe menewaskan penjaga gol, Mohamad Rozaimi untuk terus membuat Kuala Lumpur menangis tanpa mata.\r\n\n\n\rKekalahan itu juga meletakkan Kuala Lumpur kekal menghuni tangga terbawah liga dengan hanya mengutip satu mata daripada sembilan perlawanan manakala Mat Zan Mat Aris ceria menyaksikan Terengganu merampas tangga kedua.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049308 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list