CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

LTdL 2012: Skuad kebangsaan tunjuk kebangkitan

[Copy link]
Post time 5-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BIARPUN dibayangi kejayaan Terengganu Cycling Team (TSG), skuad kebangsaan mula mempamerkan peningkatan pada Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini berbanding keputusan tahun lalu.\rBerada di kedudukan ke-21 daripada 23 pasukan tahun lalu, skuad kebangsaan membaiki catatan dengan menduduki tangga ke-16, tercicir 43 minit 17 saat di belakang juara berpasukan keseluruhan, Androni Giocattoli yang mengungguli keseluruhan 22 pasukan bertanding.\r\n\n\n\n\r   Jurulatih Syed Mohamad Hussaini Syed Mazlan yang mengambil alih skuad kebangsaan sejak Disember lalu, berpuas hati dengan peningkatan ditunjukkan setiap pelumba pada setiap peringkat biarpun edisi kali ini disertai dua pasukan ProTour, Garmin Barracudda dan Astana.\r\r\n\n\n\n\n   “Semua pelumba menunjukkan semangat \'Malaysia Boleh\' dan mungkin saya akan kekalkan keenam-enam pelumba ini pada kejohanan lain tahun ini. Selepas ini, kami akan memulakan latihan bersama tiga lagi pelumba, Akmal Amrun, Mohd Nazri Muhamad dan Khairul Azizi Abdullah untuk berlatih di Thailand bermula 27 Mac bagi persediaan ke Jelajah Korea Selatan (7 April),” katanya.\rMalaysia menduduki tempat keenam terbaik Asia daripada 10 pasukan dengan Mohd Fauzan Ahmad Lutfi muncul pelumba terbaik skuad kebangsaan apabila menduduki tempat ke-36 keseluruhan, diikuti Amir Mustafa Rusli ke-44, Mohd Rauf Nur Misbah ke-53, Suhardi Hassan ke-57 dan Mohd Nur Rizuan Zainal ke-72 manakala Ahmad Fallanie Ali gagal menamatkan saingan.\rPada peringkat terakhir LTdL 2012 dari Kenyir ke Kuala Terengganu semalam, pelumba TSG Mohd Harrif Salleh sekadar menduduki tempat keempat, sekali gus meranapkan impiannya untuk memenangi sekurang-kurangnya satu peringkat pada edisi kali ini.\r“Memang sedih sebab saya nak sangat menang tapi susah untuk keluar berada di depan kerana perlumbaan hari ini cukup laju sehingga mencecah 70 kilometer sejam sementara ada pelumba cuba bermain kotor dengan menyiku saya sehingga menyebabkan saya terkeluar daripada posisi terbaik di belakang Andrea Guardini,” katanya yang menduduki tempat kedua Peringkat 8 dan ketiga di Peringkat 4 tahun ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.207076 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list