CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

Su-Wei ungguli Terbuka Malaysia

[Copy link]
Post time 5-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Raih gelaran sulung WTA selepas  menewaskan Petra Martic 2-6, 7-5, 4-1\rHsieh Su-Wei dari Taiwan muncul juara perseorangan tatkala pasangan senegara, Chang Kai-Chen dan Chuang Chia-Jung mengungguli final beregu kejohanan tenis wanita Terbuka Malaysia BMW 2012 yang melabuhkan tirainya di Kelab Ekuestrian & Country Bukit Kiara, semalam. \r\n\n\n\n\r  Su-Wei yang merangkul gelaran sulungnya dalam siri Persatuan Tenis Wanita (WTA) itu menewaskan Petra Martic dari Croatia 7-5, 4-1 meskipun diberi tentangan hebat pada set pertama yang menyaksikan Martic menang 6-2 dalam aksi selama sejam 45 minit sebelum pilihan kelima itu terpaksa menarik         diri pada set ketiga akibat kepenatan.\r\r\n\n\n\n\n “Ini kemenangan pertama dalam WTA dan saya sangat gembira dengan gelaran baru ini. Saya tidak menyangka memenangi kejohanan ini. \r“Saya akan kembali ke Kuala Lumpur tahun depan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan senegara yang turut meraih gelaran juara,” kata pemain 26 tahun itu.\rKegembiraan ditambah dengan kemenangan rakan senegara, Kai-Chen dan Chia-Jung yang menewaskan pasangan Taiwan/Jepun, Chan Hao-Ching/Rika Fujiwara, 5-7, 6-2 (11-9) dalam perlawanan sejam 27 minit yang menyaksikan pasangan itu merangkul gelaran kedua mereka selepas memenangi kejohanan ITF di Kaohsiung Taiwan 2010.\r“Minggu yang panjang dan kami menerima saingan sengit daripada pihak lawan. Memenangi kejohanan ini adalah sesuatu yang baik untuk kami berdua. \r\n\n\n\r“Mungkin lawan agak kepenatan tetapi pada set pertama, mereka menggunakan banyak strategi dan kami tidak dapat memberi tumpuan pada permainan sendiri.\r“Kami ada melihat permainan mereka di separuh akhir dan apa yang perlu ialah terus kekal fokus,” kata Kai-Chen, 21.\rSu-Wei membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM111,166 (AS$37,000) manakala Kai-Chen-Chia Jung menerima RM33,049 (AS$11,000).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 1.155426 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list