CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 1

Lodin nafi laporan media

[Copy link]
Post time 5-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LTAT tidak ada rancangan jadikan BHIC  syarikat persendirian\rPENGERUSI Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin sekali lagi menafikan laporan berita bahawa syarikat itu akan dijadikan syarikat persendirian seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, rancangan sudah diatur untuk syarikat itu bergerak ke depan.\r\r\n\n\n\n\n  Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pemegang saham terbesar BHIC, menguasai 8.15 peratus kepentingan langsung dalam syarikat dan 65 peratus kepentingan tidak langsung menerusi Boustead Holdings Bhd. LTAT menguasai kira-kira 60 peratus kepentingan ekuiti dalam Boustead Holdings.   \rLodin yang juga Pengerusi Eksekutif LTAT dan Pengarah Urusan Boustead Holdings, berkata LTAT tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menjadikan BHIC sebagai syarikat persendirian seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini.\r“Saya tidak fikir ada cadangan bagi pihak kami sebagai pemegang saham untuk menjadikan BHIC sebagai syarikat persendirian. Kini, kami tidak nampak sebarang sebab untuk tujuan itu,” katanya.\r“Saya menghantar makluman kepada Bursa Malaysia bahawa tidak ada cadangan bagi pihak kami untuk menjadikan BHIC sebagai syarikat persendirian. \r\n\n\nBerdasarkan pengumuman itu, kami tidak dapat melakukan sebarang proses bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan akan datang.\r“Saya tidak tahu bagaimana khabar angin ini bermula. Ia tidak benar, tidak, setakat yang membabitkan kami, sebagai pemegang saham BHIC,” katanya.\rBeberapa akhbar baru-baru ini melaporkan LTAT mungkin memilih untuk menjadikan BHIC sebagai syarikat persendirian pada harga antara RM5 hingga RM6 sesaham, didorong oleh projek yang diperoleh bagi tempoh jangka sederhana dan panjang.\r“Ramai yang mempunyai tanggapan bahawa RM9 bilion projek diluluskan kepada BHIC. Ini tidak tepat memandangkan projek itu diluluskan kepada BN Shipyard (Boustead Naval Shipyard), sekutu BHIC,” katanya.\rPada 16 Disember 2011, BN Shipyard menerima surat kelulusan daripada Kementerian Pertahanan untuk kontrak mereka bentuk, membina, melengkap, memasang, menugaskan dan menyerahkan enam unit kapal peronda generasi kedua, Kapal Perang Littoral, dengan unit pertama dijangka siap pada 2017, diikuti sebuah kapal setiap enam bulan kemudian.\rKontrak bernilai sehingga RM9 bilion itu akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia (RMK) ke-10, RMK-11 dan RMK-12.\rLodin berkata, prestasi BHIC kurang memuaskan dalam tahun kewangan berakhir Disember 2011 berikutan perbelanjaan seperti gaji pekerja, namun prestasi syarikat itu akan meningkat pada tahun kewangan semasa.\rBHIC mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM14.39 juta bagi tempoh suku kewangan keempat berakhir 31 Disember 2011 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM19.98 juta dalam tempoh yang sama pada 2010.  \rBagi setahun penuh, ia mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.7 juta berbanding RM95.05 juta pada tahun kewangan 2010.     \r“BN Shipyard hanya menerima surat kelulusan bagi membina kumpulan kapal itu pada akhir tahun lalu. Terdapat jurang selama setahun dari masa kami menyerahkan kapal terakhir kumpulan pertama enam unit kapal peronda.\r“Kami membuat perbelanjaan yang besar untuk membayar gaji kakitangan dan keadaan itu menjejaskan prestasi BHIC,” katanya.\rLodin berkata, syarikat itu merancang mengaktifkan tiga limbungan kapalnya di Lumut, Pulau Pinang dan Langkawi sebagai limbungan cekap dan berkesan di Malaysia.\rBeliau berkata, Limbungan Kapal Lumut akan memberi tumpuan terhadap kapal tentera laut memandangkan ia mempunyai keupayaan kukuh dalam pembinaan dan baik pulih kapal jenis itu serta kapal komersial.\rBagi Limbungan Kapal Pulau Pinang, beliau berkata objektifnya ialah meningkatkan kemudahan yang ditawarkan kini, yang membabitkan pembinaan kapal, baik pulih, kejuruteraan berat dan fabrikasi.\rLodin berkata, limbungan kapal Lumut dan Pulau Pinang akan memberi tumpuan terhadap pembinaan enam unit kapal peronda generasi kedua, Kapal Perang Littoral.\r“Kami yakin kontrak yang diperoleh itu dapat menjana aktiviti ekonomi di Lumut, termasuk menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk di sana selain membantu vendor yang terlibat dalam perniagaan pembinaan kapal,” katanya.  \rLimbungan kapal Langkawi yang lebih kecil, akan menumpukan kepada pembinaan bot kecil bagi memenuhi keperluan pelanggan.\rLodin berkata, bagi menyegerakan pembinaan kapal berkenaan, BHIC telah membentuk usaha sama dengan firma Turki, Yonca-Onuk, anak syarikat milik penuh Yonca-Onuk Ortakligi, sebuah perusahaan berskala industri yang mempunyai limbungan kapal moden untuk membina kapal persiaran, komersil dan kapal tentera laut.   \r“Kami memperoleh kontrak bagi membekal 10 bot laju untuk Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, dan kami sudah menyerahkan lima daripadanya. \r“Kami menjangkakan bakinya akan diserahkan pada pertengahan tahun ini,” katanya. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2012 04:48 AM | Show all posts
worst GMD and worst GLC with the worst Ms-She-Who-Knows-All as the GM of HR.

If the company recorded extra profit, no way it will be shared to the lower staff but it will only be distributed Sr Manager and above.

Non Executive benefits entitlement are the lowest of the low. Non exec can only go to govenmnet hospital, supervisor 2nd class ward and clerical 3rd class. Like, are there still companies who dont send staff to private?

Insurance coverage, term life only covers Exec but non Exec are not covered.

Clerical staff starting salary is 900. Are there any GLC practise the same?

Really, in its truest form, this GLC only care for the top management, the lower, couldnt care less. Extra profit, like hey, lets give ex- gratia to the GM and above. Lower didnt receive any. Never in my life i heard of such practice that ex-gratia given to selected few particularly above level.

and the witch? daughter of Ex Tabung Haji Chairman who is close relationship with Lodin. This GLC is the witch's first and last company, most likely. The witch came as Exec then resigned when she's Sr Exec  coz wanted to run boutique but didnt turn well. So re-joined this GLC as Manager and  in less than 3 yrs that was in 2005, she was promoted as GM of until now.

Really really terrible, this place runs dictatorship style.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.060782 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list