CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

Kelibat Serpa bayangi pencabar

[Copy link]
Post time 6-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Androni Giocattoli tenggelamkan cabaran Astana, Garmin Barracuda\rDIPERKUATKAN barisan tiga bekas juara keseluruhan edisi lalu, kejayaan pasukan pro-benua Androni Giocattoli menenggelamkan kehadiran dua pasukan ProTour – Astana dan Garmin Barracuda pada perlumbaan edisi ke-17 Le Tour de Langkawi (LTdL), memang sudah diduga.\r\n\n\n\n\r   Biarpun ramai peminat lumba basikal teruja dengan kehadiran dua pasukan ProTour itu, kehebatan pakar pendaki Androni, Jose Serpa tidak dapat disekat apabila sekali lagi menakluki puncak Genting Highlands bagi menyarung jersi kuning buat kali kedua selepas kali terakhir muncul juara pada 2009 –  menyamai rekod pelumba Itali, Paolo Lanfranchi yang merangkul kejuaraan LTdL 1999 dan 2001.\r\r\n\n\n\n\n   Pasukan pro-benua yang didaftarkan di Itali itu juga dibarisi juara tahun lalu, Yonnatta Monsalve dan Jose Rujano (juara 2010) merampas kembali gelaran berpasukan keseluruhan pada LTdL 2012  sambil pengurusnya, Gianni Savio melaungkan amaran akan kekal menyertai LTdL di masa akan datang.\rKeseluruhan penganjuran LTdL tahun ini yang buat pertama kalinya berakhir di Terengganu, berjalan lancar dengan sejarah turut tercipta apabila pelumba 23 tahun Itali, Andrea Guardini yang mewakili Farnese Vini-Selle Italia merekodkan kemenangan peringkat terbanyak dengan 11 kemenangan dalam tempoh dua tahun penyertaannya.\rSelepas menyamai rekod lama 9 peringkat dipegang Graeme Brown, Guardini memilih Terengganu sebagai saksi untuknya mengukir rekod baru apabila memenangi peringkat terakhir di Kuala Terengganu kelmarin. \rIa sekali gus menenggelamkan saingan yang cuba diberi pelumba negara, Anuar Manan (Champion System) dan Mohd Harrif Salleh (Terengganu Cycling Team) yang bukan saja gagal mengatasi kehebatan henjutan pelumba kelahiran Tregnago, Itali itu, malah menafikan hajat mereka untuk memenangi sekurang-kurangnya satu peringkat di negeri kelahiran sendiri.\r\n\n\n\rDengan laluan tahun ini yang lebih berpihak buat pelumba pecut, Anuar yang berada di kedudukan kedua dalam perebutan jersi biru pada LTdL 2011 di belakang Guardini, tidak bernasib baik tahun ini apabila beberapa kali terbabit dalam kemalangan menuju ke penamat sementara Harrif dilihat masih kurang pendedahan dalam perlumbaan peringkat besar.\rNamun pujian harus diberikan kepada Harrif yang berjaya menaiki podium sebanyak dua kali apabila menduduki tempat kedua pada Peringkat 8 dan tempat ketiga pada Peringkat 4, sekali gus membuktikan kemampuannya selepas Anuar meninggalkan TSG.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.503156 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list