CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 0

Benitez berhajat ke Chelsea

[Copy link]
Post time 7-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
‘Selaku pengurus   pengalaman saya sedia terima sebarang tawaran’\rLONDON: Rafa Benitez meminta Chelsea mengemukakan tawaran kepadanya dan dia pasti tidak menolak.\r\n\n\n\n\r  Bekas pengurus Liverpool itu adalah antara calon pilihan menggantikan Andre Villas-Boas yang dipecat.\r\r\n\n\n\n\n  Namun, pengurus kelahiran Sepanyol itu belum mendapat tawaran daripada pemilik Blues, Roman Abramovich – tetapi bersedia berbincang.\rDia berkata: “Selaku pengurus yang mempunyai pengalaman dalam Liga Juara-Juara dan pengalaman di Sepanyol serta Itali, saya sedia dengan sebarang tawaran. \r“Berapa ramai pengurus memenangi trofi di tiga negara berbeza, gelaran Sepanyol atau Piala Dunia Kelab FIFA? Saya adalah pengurus yang bersedia memegang tugas itu, saya tidak boleh menghentikan spekulasi. Saya tidak boleh menghentikan orang bercakap.\r“Saya hanya tunggu dan lihat jika sesuatu berlaku pada masa depan.\r\n\n\n  “Saya sukakan cabaran untuk memenangi trofi dan mempunyai pilihan itu. Saya sentiasa terbuka dengan setiap tawaran dan akan menimbangnya.”\rVillas-Boas dipecat Ahad lalu, hanya 257 hari selepas mengambil alih tugas di Stamford Bridge.\rDan bekas pengurus Blues, Felipe Scolari – yang dipecat berikutan pemberontakan pemain tiga tahun lalu – menyifatkan tugas itu sebagai ‘neraka’. \r“Budaya Chelsea sangat berbeza. Ada perkara yang diketahui, seperti hubungan dengan pemilik, yang mempunyai hubungan lebih baik dengan beberapa pemain berbanding jurulatih,” katanya. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.645037 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list