CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

Daudsu kemalangan

[Copy link]
Post time 7-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PEMAIN bola sepak Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran lapangan terbang Sultan Ismail Petra, di Kota Bharu, menyebabkan dia bersama isteri dan anaknya berusia 18 bulan mengalami kecederaan.\r\r  Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin, kereta Mitsubishi Lancer dipandu Mohd Daudsu, 26, bersama isterinya, Nursyahmina Rafudian, 26, dan anaknya, Nik Dhiya Quistinya, melanggar sebuah motosikal yang tersadai di tengah jalan, manakala penunggangnya terbaring di sisi kenderaannya itu.\r\n\n\n\n\n\r“Saya terkejut selepas melalui selekoh di depan kem tentera, saya melihat seorang lelaki terbaring atas jalan raya. Saya cuba mengelak merempuhnya tetapi terlanggar motosikalnya.\r“Kereta saya berpusing beberapa kali sehingga terlanggar pagar kem tentera,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.\rMangsa, Mohd Salleh Mohamed, 60-an, mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dirawat ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ11), manakala Mohd Daudsu dan keluarganya hanya mengalami kecederaan ringan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.071101 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list