CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

Pilih Arif: Zolkples

[Copy link]
Post time 7-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
KEUTAMAAN negara perlu lebih diutamakan! Itu pandangan peribadi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong mengenai Mohd Arif Latif yang digugurkan daripada skuad negara ke kelayakan Seluruh England, kejohanan berstatus Siri Super Premier serta Terbuka Switzerland.\rJika dilihat kepada pendirian Zolkples itu, ia jelas menunjukkan MSN lebih tertarik sekiranya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi lebih peluang kepada Mohd Arif Latif berbanding Darren dan Wei Feng.\r\n\n\n\n\r  “Arif masih muda dan perlu diberi peluang. Darren sudah diberi macam-macam peluang menyertai pelbagai kejohanan.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya secara ikhlas mahu kata mereka (Darren dan Wei Feng) gagal menonjol sekalipun banyak kali diberi peluang. Bukan saja Arif malah Zulfadli Zulkifli juga perlu diberi peluang menimba pengalaman,” katanya pada Majlis Jalinan Kerjasama antara Sportexcel-MSN-Milo dalam penganjuran Sirkit Sukan Remaja Kebangsaan 2012, semalam.\rMalah Zolkples turut menegaskan BAM tidak boleh hanya memikirkan keadaan sekarang bagi terus melahirkan pelapis kepada Lee Chong Wei dan pemain sedia.\r“Kalau kita bercakap pasal Piala Thomas selepas ini, Chong Wei mungkin tidak bermain dan kalau bermain pun sebagai perseorangan ketiga atau pemain simpanan saja.\r“Kita buat perbandingan antara Arif dengan Chen Long, mereka adalah seangkatan tapi sekarang Cheng Long sudah jadi antara empat pemain terbaik dunia namun Arif  masih lagi teraba-raba untuk bertanding,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.247174 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list