CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

PETRONAS, BASF SE kendali produk kimia di Pengerang

[Copy link]
Post time 7-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PETRONAS dan syarikat kimia terbesar dunia dari Jerman, BASF SE, semalam bersetuju menubuhkan sebuah syarikat usaha sama baru untuk membangun dan mengendalikan kemudahan pengeluaran produk kimia di Pengerang, Johor.\rProjek itu adalah sebahagian daripada komitmen pelaburan bernilai RM4 bilion yang diumumkan kedua-duanya sebelum ini.\r\n\n\n\n\r  Syarikat minyak kebangsaan itu akan menguasai 40 peratus kepentingan dalam syarikat usaha sama berkenaan, manakala baki 60 peratus lagi oleh BASF.\r\r\n\n\n\n\n  “Kemudahan berskala dunia itu akan menjadi sebahagian daripada kompleks Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) milik PETRONAS di Pengerang, Johor.\r“Syarikat usaha sama itu nanti akan memiliki, membangun, membina dan mengendalikan kemudahan pengeluaran bagi isononanol, polyisobutylene, surfactant bukan ionik, asid methanesulfonic, dan kilang bagi pengeluaran bahan pemula,” kata PETRONAS dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, semalam.\rPerjanjian pemula (HOA) bagi pembangunan projek di Pengerang itu dimeterai Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Hiliran PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, dan Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Eksekutif BASF, Dr Martin Brudermueller kelmarin.\rPETRONAS, menerusi anak syarikatnya Petronas Chemicals Group Bhd, dan BASF turut mencatat kemajuan dalam kajian daya maju untuk mengembangkan operasi BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd di Kuantan.\r\n\n\n\rKedua-dua rakan kongsi itu bercadang mengembangkan rantaian nilai di kemudahan sedia ada bagi mengeluarkan polimer mudah serap, selain mengembangkan keupayaan pengeluaran unit asid glacial acrylic.\rBASF Petronas Chemicals yang ditubuhkan pada 1997 ketika ini mengendalikan kompleks integrasi dengan kemudahan pengeluaran acrylic monomer, produk oxo dan butanediol di Zon Perindustrian Gebeng, Pahang.\r“Perkembangan terbaru di Pengerang dan Kuantan itu akan membolehkan kami mengukuhkan bekalan kepada pengguna di Asia Pasifik.\r“Pada masa sama, kedua-dua projek itu membuktikan kejayaan usaha sama kami dengan Petronas,” kata Bruderm黮ler, yang bertanggungjawab bagi operasi BASF di Asia Pasifik dalam kenyataan itu.\rSementara itu, Wan Zulkiflee, berkata perkembangan terkini portfolio produk kimia khusus itu penting bagi PETRONAS dan usahanya meningkatkan perniagaan hiliran petrokimia, sekali gus membuka laluan menjadi peserta utama di rantau ini.\rProjek baru di Pengerang dan pengembangan operasi BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd di Kuantan itu dijadualkan beroperasi antara 2015 dan 2018.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.066170 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list