Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Search
5819
View
12
Reply

Gambar yg mengemparkan msia - cut n paste dari email kawan

 Close [Copy link]

Author: mamaida28       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-3-2012 10:41 AM | Show all posts |Read mode


Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump.


2. Hantu Kereta Remuk

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap
Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan
Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal
Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan
Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

7. Pocong Di Kawasan Kilang
Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada
Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin
Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90an. Betul atau tidak, Wallahualam.

10. Wanita Kebaya Merah
Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.





__._,_.___
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 10:54 AM | Show all posts
Serammmm tp seronot kalau tgk waktu siang dan ramai org. Kalau sorg2 n time malam harus tutup simut~
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 11:13 AM | Show all posts
pic no 2 tu skali imbas pon mmg nampak mcm pompuan bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 11:14 AM | Show all posts
yg no. 6 pegang batu nesan tu aku tak pernah tgk lagi.....tp nmpk cam real ekk....bhg kaki blur2 jer...muka nmpk skeri.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 11:14 AM | Show all posts
zaman photoshop ni macam-macam boleh ada..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 11:24 AM | Show all posts
gambar perempuan india tu seriauuu.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 11:41 AM | Show all posts
susah aku nak percaya.. kadang2 tu mcm superimpose
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 12:00 PM | Show all posts
waaaaa..........pocoongggg gitu la aku tengok masa kat mmu cyber duluuuu...!!!
wahahahhaa selama ni mmg aku cam nampak tapi aku asek kata imaginasi je, sbb aku rabun gaban
hahahah skali tgk gambo ni...aku rasa sohehhh...hahhahaa teringat camner aku jalan mengundur balik hostel, smpai koridor aku pecut x hengat, sambil bawak jug air hahahaha

kusssemangat!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 12:05 PM | Show all posts
menakutkan gak..tp zmn skrg 50:50 la..susah nk jumpa yg real..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 12:09 PM | Show all posts
gambar no 6 tu cam phtoshop jeer yg no 9 tu lebih macam efek kamera drp gamber seram kot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 12:40 PM | Show all posts
eeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii  naik bulu roma teman nih nengoknyer.. {:4_190:}
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 12:53 PM | Show all posts
Cam tipu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 02:11 PM | Show all posts
post ni asalnya dari amazingnara, aku yang kumpul, tulis dan research post ni. tajuk dia:

PENJELMAAN MISTERI DALAM FOTO DI MALAYSIA

http://amazingnara.com/10-gambar ... i-malaysia#comments
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2016 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.061868s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list