CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70869|Reply: 341

4 Pelajar Kolej Didakwa Bunuh Pensyarah & Bapa: 1 org masuk Hospital Gila !

  [Copy link]
Post time 12-3-2012 07:14 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by tongkatwaran75 at 25-4-2012 09:59


Anggota polis mengusung mayat dua beranak ayah dan anak yang dipercayai telah dibunuh di Taman Kinrara 1, Puchong.


PUCHONG 12 Mac: Seorang wanita yang datang dari Segamat, Johor bagi mencari suaminya mendapat berita paling mengejutkan apabila mendapati suami dan anak perempuan tunggalnya mati dipercayai dibunuh di Taman Kinrara 1 di sini, malam tadi.

  Mayat dua beranak itu ditemui di dalam dua bilik berasingan selepas sepasukan polis memecah pintu rumah teres setingkat itu, kira-kira jam 10 malam.

  Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa yang berketurunan Portugis itu dikatakan berkunjung ke rumah anak perempuan dan bekerja sebagai pensyarah kolej swasta kira-kira empat hari lalu untuk membawanya pulang ke Segamat.

  Katanya, isteri mangsa yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak ikut ke Puchong. Bagaimanapun, dia ada cuba menghubungi lelaki itu dan anaknya sejak beberapa hari lalu tetapi gagal.

“Berikutan gagal menghubungi suami dan anak perempuannya, wanita terbabit membuat laporan kehilangan mereka di balai polis di Segamat sebelum datang ke Puchong.


  “Apabila sampai ke rumah anaknya, dia cuba memanggil suami dan anaknya tetapi tiada yang menyahut manakala pintu berkunci menyebabkan dia pergi ke balai polis berdekatan kira-kira jam 9.45 malam tadi untuk meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

  Beliau berkata, sepasukan anggota polis membawa isteri mangsa ke tempat kejadian sebelum memecah pintu rumah teres berkenaan.

  “Sebaik masuk ke dalam rumah yang tidak ditutup lampu itu, anggota kami menemui mayat lelaki terbabit di atas katil di dalam sebuah bilik manakala mayat anak perempuannya ditemui di atas lantai di bilik lain,” katanya.

  Menurutnya, mayat anak perempuan mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang itu masih lengkap bertudung.

  Katanya, berdasarkan siasatan awal, tidak ditemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada kedua-dua mangsa dan mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

  Abd Razak berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah di rumah berkenaan tetapi dua telefon bimbit milik mangsa dan anak perempuannya hilang.

  “Kereta Perodua Kenari milik anak perempuan mangsa juga dipercayai hilang manakala kereta Toyota Camry milik mangsa ditemui diletakkan di luar pagar di depan rumah,” katanya.

  Difahamkan, kereta mangsa berada di kawasan rumah itu manakala kereta Perodua Kenari milik anak perempuannya tiada di situ.

  Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh yang mana sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum mati mandatori.

p/s Alfatihah....Bini Melayu, somi Portugis, anak pompuan tunggal ....syak keje penagih@perompak !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 07:25 AM | Show all posts
takziah kepada keluarga mangsa. nmpknya makin ramai manusia berperangai syaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 07:54 AM | Show all posts
kenpa aku syak mcm mak dia yg bunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 07:55 AM | Show all posts
kalo nak rompak... rompak jahhhhhh....

Jangan ler sampai merompak nyawa orang.....

Kijam ya amat perangai setan bertopeng manusia nie
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 07:57 AM | Show all posts
simpati...
takziah di ucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 07:57 AM | Show all posts
Dalam rumah sundirik pun dah tak selamat sekarang nieeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2012 07:58 AM | Show all posts
sedihnya baca
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 08:02 AM | Show all posts
Bila manusia berTuhankan pada  hawa Nafsu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 08:10 AM | Show all posts
tiada kecederaan fizikal?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 08:12 AM | Show all posts
Kesiannya... kat mana2 pun tak selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 08:26 AM | Show all posts
pintu rumah berkunci?camne org masuk dan bunuh?brape umur mangsa dan anak?
kesian sgt...takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 08:27 AM | Show all posts
macam seswatu jek......
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 08:28 AM | Show all posts
bahaya betul sekarang ni...mana2 ajer ada kes rompak bunuh...dalam rumah, luar rumah pun dah x selamat
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 08:44 AM | Show all posts
 Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa yang berketurunan Portugis itu dikatakan berkunjung ke rumah anak perempuan dan bekerja sebagai pensyarah kolej swasta kira-kira empat hari lalu untuk membawanya pulang ke Segamat.

Aku xfaham part ni....sapa yg jadi pensyarah kolej swasta? Bapak ke anak? Kalau ikut ayat di atas, mangsa ni bekerja sebagai pensyarah swasta utk bawak anak dia pulang ke segamat....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 08:53 AM | Show all posts
Al-fatihah..
Kesiannya... kat mana2 pun dah tak selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 08:54 AM | Show all posts
Al fatihah untuk my opis mate....Zara . Sukar untuk menerima kehilanganmu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2012 08:55 AM | Show all posts
Xde kecederaan fizikal, pintu berkunci... Gas bocor ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 08:56 AM | Show all posts
yarabbi.. kejamnya!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 08:57 AM | Show all posts
Menurutnya, mayat anak perempuan mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang itu masih lengkap bertudung.

  Katanya, berdasarkan siasatan awal, tidak ditemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada kedua-dua mangsa dan mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
tongkatwaran75 Post at 12-3-2012 07:14


part nih, agak berbau hanyir ikan.... kalau ada orang bunuh mesti ada physical injuries n tudung pun dah melayang tah kemana pasal nak self defense kan.....

mati minum racun ker atau terminum racun? sangat musykil di situ
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 09:00 AM | Show all posts
takziah kepada keluarga mangsa .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.090952 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list