CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 62113|Reply: 26

[SEJARAH] Masyarakat Serani di MELAKA by the slayers & philipinoe2

 Close [Copy link]
Post time 13-3-2012 01:23 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 22-3-2012 21:23

Asal usul Masyarakat Serani


Intro


Bangsa Serani hasil dari asimilasi


.
.

Askar Portugis iaitu moyang kepada moyang (10 generasi) kepada Cristiano Ronaldo dan Nani telah menceroboh dan selanjutnya menjajah tanah Melaka pada abad ke 16. Orang melayu mulanya menggelar askar penjajah tersebut benggali puteh, yang mengingatkan mereka kepada pedagang Bengal tetapi dengan kulit cerah. Kemudian, masyarakat melayu menggelar mereka serani, asalnya dari perkataan nasrani iaitu pengikut jesus.

.

.

.

Ketika zaman penjajahan oleh tentera portugis itu, wanita-wanita portugis telah dilarang dari mengikuti ekspedisi penjelajahan pelayar dan tentera kaum lelaki mereka memandangkan kepercayaan karut marut yang tidak membenarkan kaum wanita di atas kapal. Kerajaan portugis selanjutnya telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini wanita tempatan di bawah polisi di tetapkan oleh Afonso de Albuquerque, pemerintah India ketika itu. Pada tahun 1604, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur telah direkodkan khususnya di tanah Melaka.

.

.

.

Selepas kejatuhan portugis, kuasa belanda telah mengambil alih melaka pada 1641. Namun, kelompok masyarakat serani yang bermula dari zaman pendudukan portugis masih mengekalkan tradisi mereka, kebudayaan, mengamalkan ajaran agama katholik dan bahasa portugis dalam komuniti mereka.

.

.

Masyarakat Serani kebanyakannya di dapati tinggal di kawasan seperti pinggir pantai dalam kawasan perbandaran Melaka.  Contoh nama2 Masyarakat Serani di Melaka adalah seperti De Souza, Gomes, Fernandez dan Lopez. Menurut bancian yang dijalankan beberapa tahun yang lalu, terdapat kira-kira 12,000 orang Serani kebanyakannya di melaka dan pulau pinang.


.
.

portugis mendarat di melaka.

.

"Kristang"

.

.

Masyarakat serani juga dikenali sebagai Kristang, merujuk kepada kumpulan etnik yang berdarah campuran portugis dan melayu serta sesetengahnya berdarah belanda, inggeris, cina dan india hasil perkahwinan campur nenek moyang mereka di abad ke 16 dan 17 di Melaka. Ketika ini perkahwinan campur di antara masyarakat kristang yang beralamah kristian dan penduduk tempatan kebiasaannya adalah dengan kaum cina dan india memandangkan kaum melayu islam tidak membenarkan penganutnya mengahwini individu yang berlainan agama.

.

.

Kristang berasal dari perkataan portugis cristao bermaksud kristian. Masyarakat portugis-melaka dikenali sebagai gragok, iaitu slang merujuk kepada udang/geragau portugis, merujuk kepada fakta bahawa komuniti portugis Melaka secara tradisionalnya adalah pencari/nelayan udang. Mengikut sejarah, komuniti portugis-melaka dipanggil gente kristang.

.

.

Bahasa

.

.

Bahasa kristang merujuk kepada bahasa dan dialek Melaka-melayu portugis, di mana bahasa Malaysia telah mengambil beberapa perkataan kristang untuk digunapakai seperti perkataan keju (queijo), kereta (caretta), nenas (ananas), meja (mesa), bendera (bandeira), mentega (manteiga), sekolah (escola) dan sebagainya.

.

.

Terdapat kira-kira 300 patah perkataan dalam bahasa melayu yg diambil daripada bahasa portugis dan disesuai kan dengan kelaziman sebutan lidah orang melayu.

.

.

Orang serani terkenal

.

.

Terdapat beberapa orang serani yang terkenal di malaysia. Pertama, Tun Jeanne Abdullah aka Jeanne Danker, bekas Wanita Pertama Malaysia, isteri kepada Tun Abdullah Hj Ahmad badawi. Kemudian Tony Fernandez, iaitu CEO AirAsia. selanjutnya Joan Margaret Marbeck iaitu penulis buku tempatan berjudul "language is our the soul of our kristang heritage". Tidak ketinggalan Professor Roland Xavier iaitu profesor keusahawanan dan juga usahawan yang berjaya.


.
.

Tun Jeanne Abdullah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2007 12:57 AM | Show all posts

[SEJARAH] Masyarakat Serani Di Melaka

Post Last Edit by juju_amin84 at 22-3-2012 20:55

Mr Mod,
kalo dah de thread nie tolong merged kan ekk
tgh2 bosan2 nie,tetibe lak rajin nk wat research pasal masyarakat serani nie

Serani merujuk kepada suatu bangsa di Malaysia yang berasal dari Portugis dan menganut agama Katolik Roman.Menurut Banci Kebangsaan Malaysia 2000, jumlah penduduk Serani dinegara ini ialah seramai 12,650 orang dan kebanyakannya bertumpu di Melaka dan Pulau Pinang. Antara orang Serani yang terkenal ialah Tony Fernandes pemilik syarikat penerbangan AirAsia. Istilah Serani juga digunakan secara umum bagi merujuk kepada semua orang yang berkacukan darah Asia dan Eropah. Kebanyakkan masyarakat serani di Melaka tinggal di PerkampunganPortugis atau Portuguese Settlement, terletak lebih kurang 5 Km di kawasanUjong Pasir,Melaka. Pengunjung yang datang daripada Pusat BandarMelaka, Banda Hilir, atau Muara Sungai Melaka melalui Jalan Parameswara,Jalan Bukit China, sampailah di Jalan Ujong Pasir dengan menaiki kereta,basikal atau beca. Perkampungan initerletak ditepi pantai. Pantainyalandaidan menjadi tempat hidupan marin sebagai kerang, udang dan ikan mengikutmusim. Keadaan geografi ini telah menarik kaum ini menetap di sini dantelah menjadikan laut sebagai sumber pendapatan mereka. MasyarakatPortugis mula-mula datang ke sini di sekitar tahun 1511 selepas pihak Portugismenawan Melaka.

Perkampunganini mempunyai lebih kurang 2000 penduduk sekarang berbangsa portugis danramai memiliki rumah sendiri. Kerajaan Negeri Melaka telah mengeluarkangeran tapak kepada penduduk di sini. Aktiviti sosial mereka adalah padahari Ahad di sekitar Gereja. Hampir keseluruhan kaum ini beragama Kristiandan terdapat beberapa keluarga yang telah kahwin campur dengan kaum Cinadan memeluk agama Buddha. Ada yang telah masuk Islam dan berkahwin denganwantia Melayu.Jalan-jalanyang terdapat di sini adalah Albuquerque Avenue, Sequeira AvenueErediaAvenue, Ruas Avenue. Pewrkataan Avenue sekarang telah ditukarkan kepadaJalan .Terdapatjuga Canossa College, sekarang digelar Sek.Men. Canossa

Nama-namaorang portugis di sini adalah seperti Diogo Lopes de Squeira, Vasco deGama, Alfonso de Albuquerque, Bairro Irmas Cnossianas, Castello de Paiva,Antonio de Almedida, Caminho de Letores, Gerard de Fernandis dan sebagainyakebanyakan nama mirip Latin Amerika.Padaasal mereka adalah nelayan bergantung pada laut untuk mencari rezeki. Ramaianak-cucu mereka tidak lagi mengikuti jejak langkah nenek moyang mereka membuat kerjanelayan, tetapi telah berpelajaran tinggi dan memegang jawatan di sektorswasta dan pejabat kerajaan. Timbalan Pendakwa Raya Melaka, Tuan AnselmCharles Fernandis adalah portugis berasala dari sini. Perkampungan merekatelah menjadi tarikan pelancong kerana mereka mempunyai kebudayaan tersendiridengan lagu dan tarian mereka. Mereka juga mempunyai bahasa sendiri, Christang(Christ Tongue) dan baju tradisional sendiri. Lagu Jingli Nona yang terkenaladalah dalam bahasa postugis.Memandangkansumbangan mereka kepada pembangunan industri pelancongan, masyarakat Portugistelah dibenarkan membeli Amanah Saham Nasional oleh Kerajaan Pusat.

KetuaKampung mereka di gelar REGEDOR, wakil komuniti kepada KerajaanMelakaDi sebelah pejabat Regedorterdapat Medan Portugis(Praca Portuguesa) , yang mempunyai kedai-kedaiyang menjual cenderahati dan kraftangan buatan kaum nelayan.
Masihramai lagi yang meneruskan aktiviti menangkap ikan sebagai hobi atau untukmenambahkan pendapatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 12:58 AM | Show all posts
Pada zaman dahulu perkahwinan orang portugis diadakan pada hari Selasa. Di hari tersebut pengantin perempuan akan memakai kebaya laboh (cabaia) dan kain sarung sutera berwarna putih (saia) beserta kasut yang bermanik. Rambutnya didandan dengan cucuk sanggul dan permata tiruan. Sebelum ke gereja dia mencium tangan ibu dan ayahnya serta seluruh keluarga. Upacara ini dinamakan 搇arge Noiba. Pengantin lelaki pula memakai suit hitam, baju dan bow berwarna putih berserta topi tinggi yang diikat pita hitam. Pengantin lelaki harus tiba terlebih dahulu di gereja dan menunggu pengantin perempuan. Upacara perkahwinan ini dilangsungkan di gereja. Selepas upacara perkahwinan, kedua-dua mempelai ini akan melawat orang-orang yang telah menolong menjayakan perkahwinan mereka untuk mengucapkan terima kasih. Adat ini dinamakan 搉oiba missa I gereja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 01:09 AM | Show all posts


Porta de Santiago located, on Bukit St Paul, is the only remaining partof A` Famosa fortress built by Alfonso d' Albuquerque after conquest ofMalacca in1511 AD
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 01:19 AM | Show all posts

Reply #3 the_slayers's post

ni mesti projek titas ke..haha

Point 10 Leg 4  ~ Spirit of Melaka
Tahu peribadi org melalui tulisan tangan

[ Last edited by  dee_dee at 4-6-2007 03:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 01:43 AM | Show all posts
gambar2 masa hari krismas kat perkampungan portugis tahun lepas





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2007 01:44 AM | Show all posts
Originally posted by dee_dee at 13-2-2007 01:19 AM
ni mesti projek titas ke..haha


bukan ler....
titas dah amik sem lepas
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 02:07 AM | Show all posts
berkaitan dengan pakaian tradisional yang di pakai oleh masyarakat serani semasa majlis perkhawinan mereka amat sukar untuk di temui pada masa kini. Kebanyakan daripada mereka lebih selesa untuk mengenakan pakaian kristian moden semasa melangsungkan perkhawinan. Pakaian tradisional mereka semasa melangsungkan perkhawinan adalah ala-ala pakaian masyarakat baba dan nyonya

Jikalau ada forumer sekalian yang baik hati ingin menambah koleksi cerita berkaitan kaum serani nie
adalah amat di alu-alukan

mekasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2007 02:36 AM | Show all posts
lagi gmbar berkaitan masyarakat serani di malaysia





ini merupakan tarian tradisional masyarakat portugis yg dikenali sebagai tarian Jingli Nona
tarian nie diadakan semasa mereka menyambut pesta San Pedro. Pesta ini di jalankan pada 23 hingga 30 jun dan ia di percayai bmula di perkenalkan pada tahun 1930. Menurut ketua kampung perkampungan portugis (Regedor)

揟he festa observes the feast of St. Peter the patron saint of fishermen. Its special position in the community dates back to the days when fishing was the main livelihood of the settlement抯 residents and those living at Praya Lane and Kampong Bandar Hilir,
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 03:54 PM | Show all posts
kazen aku punyer arwah nenek tiri org serani....
tapi dah kawen org melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2007 11:50 PM | Show all posts
pernah mkn seafood kat kg derang ngam2 tepi laut derang gak latah cuma masa tu yg dpt tgkap ia cakap ''oh mama''..he..he..tu pun tgk kitaorang dok takut kan ketam batu derang..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 01:00 AM | Show all posts
aku x penah g perkgan portugis tu
bes ke ha ..?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 02:44 AM | Show all posts

Reply #11 Ax's post

kesiannyer ko.........
actually kampung portugis nie mcam kampung lain yg ade kat Melaka nie,
bezanye kat kampung tu org peranakan portugis yg tggal,
diorg nie masih amal lagi budaya nenek moyang,
mcam pesta air aritu (aku lupe la nama pesta tu )
kt ctu ade kdai makan,skola,gereja,jeti dll

p/s Ax ko org melaka kan?takkan tak penah pegi kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 11:11 AM | Show all posts
tak ade ape2 sambungan lagi ke untuk thread ni? sape2 tau sejarah masyarakat serani ni share2 laa kat sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2012 01:37 AM | Show all posts

Agama

Komuniti Kristang umumnya mengamalkan agama roman katholik di mana hari natal adalah sambutan terbesar dalam calendar perayaan mereka. Kristang juga menyambut beberapa hari saint pada penghujung bulan Jun, bermula dengan St. John/San Juang pada 24 Jun, dan diakhiri dengan St Peter/San Pedro pada 29 Jun. Perayaan St John Village di Melaka dikatakan menjadi tarikan utama pelancong pada bulan Jun.

Sebahagian kecil komuniti kristang menganut agama kristian protestan, islam hasil perkahwinan campur serta yahudi.



Muzik dan tarian

Muzik dan tarian Kristang dikenali sebagai branyo sering disalahtafsir sebagai joget dalam masyarakat melayu. Antara muzik paling terkenal dalam branyo adalah jingkli nona dikatakan sebagai lagu tidak rasmi untuk komuniti serani di singapura.


  
Generasi muda diajar warisi tarian Portugis



Masakan

Masakan kristang dipengaruhi oleh masakan etnik tempatan, sama seperti masakan melayu dengan tambahan daging babi dalam diet. Walaupun kebanyakan kristang makan menggunakan sudu dan garfu atas pengaruh barat, namun terdapat juga sebilangan yang makan menggunakan tangan seperti masyarakat melayu. Antara masakan kebiasaan kristang adalah curry dabel, porku tambrinu dan pang si su cake.


curry dabel
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 02:42 AM | Show all posts
Professor Roland Xavier? Yang berlakon filem X-Men tu ker? Aman sahaja konsep lakonannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2012 02:49 AM | Show all posts
lupe nk letak source/credit:

1. pacik wiki
2. http://www.scribd.com/doc/140691 ... yarakat-pluralistik
3. http://www.ibnuhasyim.com/2011/0 ... idak-masjid_13.html
4. http://muhdhazrie.wordpress.com/ ... mur-yahadut-mizrah/
5. http://laman-seri blogspot.com/2011/10/misteri-etnik-part-4-portugis-melaka.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2012 02:51 AM | Show all posts
Reply 4# meritokrasi


    profeser Xmen tu mmg da nasrani, cume bkn serani...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 02:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 03:03

good reading..... lepas sekolah mmg dah x sentoh2 bab sejarah gini....  dapat gak refresh balik memory2..... good post

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 03:10

wahhhhhhhh x sangka.....jumpa....sej kat cni....urmm...


                     but ok...gak.....gud info.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.223071 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list