CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5741|Reply: 55

Dirang Jadi Mangsa Perang

 Close [Copy link]
Post time 15-3-2012 07:50 AM | Show all posts |Read mode

JOHOR BAHRU – Pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah yang mayatnya dibakar selepas dibunuh di sebuah rumah terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini Isnin lalu seolah-olah menjadi ‘kunci’ untuk ibunya mengingati beberapa kejadian yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak itu.

Roselyn Alan, 25, memberitahu, dia baru teringat salah seorang daripada tiga suspek yang pernah bertengkar dengan ibunya, Milnah Jul, 52, mengeluarkan ugutan selepas ditegur mengenai kegiatannya mencuri kabel elektrik.

Katanya, suspek giat mencuri kabel sejak mendiami rumah kosong yang terletak berhadapan dengan rumahnya di tingkat empat Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

“Saya pernah dengar suspek mengugut ibu berbunyi: ‘Siaplah engkau, ingat aku takut nak berperang’.


“Tak sangka pula mereka benar-benar maksudkannya dengan menculik dan membunuh Dirang (panggilan manja Nurul Nadirah),” rintih Roselyn yang masih bersedih.

Tambahnya, hatinya bertambah terkilan apabila Nurul Nadirah, 5, muncul dalam mimpinya malam semalam dan memberitahunya yang dia sudah okay sebelum memeluk dan menciumnya. Ketika itu Dirang muncul memakai seluar biru tanpa berbaju.

“Dalam mimpi itu, dia tanya emak cari saya? Saya kata ya... kenapa kau tidak balik dan dia kata dia sudah okay sebelum berlalu pergi,” cerita Roselyn.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.~X(
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 07:59 AM | Show all posts
Sebab tu la, mak2, pak2, nenek2, datuk2, kakak2, abang2, adik2, bibik2 semua......kalau nak menegur sesiapa lepas ni, berpada2 la, jgnla mencarut membebel tak tentu hala, dendam kesumat di dada org tu kita tak tahu. Jauhkanlah bende2 mcm ni berlaku lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:00 AM | Show all posts
diri sendiri tu xnak salah kan ke??
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:12 AM | Show all posts
masih nak salah kan org lain lagi ker?kenapa tak nak salahkan diri sendiri yg ngadap fesbuk sampai anak sendiri kluar carik makanan?

dulu kata flat tu aman damai jer...seumur 3 thn dah barkan anak jenjalan sensorang...skrg kata motif dendam lah pulak?~
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:13 AM | Show all posts
kesian bapak betol dirang, tak pasal2 pakai pelikat je dok lokap
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:17 AM | Show all posts
aku tetap salahkan mak dia jugak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2012 08:21 AM | Show all posts
masih nak salah kan org lain lagi ker?kenapa tak nak salahkan diri sendiri yg ngadap fesbuk sampai a ...
leylapple Post at 15-3-2012 08:12



setuju jgk...gigih nk salahkn org lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:25 AM | Show all posts
masih nak salah kan org lain lagi ker?kenapa tak nak salahkan diri sendiri yg ngadap fesbuk sampai a ...
leylapple Post at 15-3-2012 08:12

setuju jgk...gigih nk salahkn org lain
pipigebu Post at 15-3-2012 08:21

kita tengok lepas ni sapa pulak nak disalahkannya.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 08:32 AM | Show all posts
Reply 4# leylapple


   memang ada jenis manusia cmni..susah nak mngaku salah sndiri......
teruk cmner pun dia akan anggap bukan salah dia, tapi salah org lain.
harapnya kes ni jd pngajaran utk dia dan kita semua....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:40 AM | Show all posts
Apasal ayah dia masih lagi kena gari bagai???
Kalau x trlibat x de nya nak kena cam tu...
Apa cer???

Ensem lah pulok ayah dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by solstice at 15-3-2012 08:45

Aku sokong jahhhh nenek ni sound pencuri kabel tu
Memang selayaknya di cerca & di hina

Apasal lah pencuri tu x mampoos kena letrik masa curi kabel

Anyway.. kalau hati tu dah jahat... memang jahat dowhh
Saja letteww nak cari alasan salahkan nenek arwah
Yang kao dok isap dadah curi kabel bagai apa hal??????
Blaming everything but himself
Dah bunuh orang ada hati nak bagi alasan sentap sbb kena sound
x kena belasah sampai mampoos udah cukup bagus

Harap sangat mamat ni kena bakar ngan api neraka jahanam:@
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:48 AM | Show all posts
putih dirang ikut putih bapaknyer..patutlah comei
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:51 AM | Show all posts
bila dah mati macam2 mimpi la yg dapat...before that takde lak canang dok mimpi apa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:51 AM | Show all posts
apsal bapa kandung arwah ni masi digari...??????
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:52 AM | Show all posts
abang Dirang pun comel....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:53 AM | Show all posts
bila dah mati macam2 mimpi la yg dapat...before that takde lak canang dok mimpi apa
bottombikini Post at 15-3-2012 08:51

kannnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2012 08:54 AM | Show all posts
gigih tuding jari kt org lain...
aduhai...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:54 AM | Show all posts
aku punnnn
tetap salahkan mak nye in the first place
org yg berdendam tu mmg salah jugak la
pasnih ko fesbuk la puas2!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:55 AM | Show all posts
Bapa siram dengan tangan bergari

                 
SERI ALAM: Jenazah kanak-kanak berusia lima tahun yang dibunuhsebelum dibakar, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, selamatdikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai di sini,dalam keadaan hujan renyai dan cuaca mendung pada jam 1.20 tengah hari,semalam.
Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan itu selepas bapa kandungDirang, juga antara empat individu direman bagi membantu siasatan kesterbabit, menyiram air ke pusara anaknya dalam keadaan tangan bergariserta diawasi beberapa anggota polis.

Lelaki berusia 30-anitu hanya berkemeja-T putih, berkain pelikat serta berselipar, terusdibawa pergi polis sejurus pengebumian Dirang selesai.
Ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, neneknya Milnah Jul, 52, datuknya,Alan Alip, 49, bapa tirinya, Lima Medang, 25, keluarga serta lebih 150yang hadir.

Roselyn menitiskan air mata ketika talkindibacakan imam kampung berkenaan, Abdul Rahman Ismail, manakala Alanyang sebak terduduk sejurus jenazah cucunya itu dimasukkan ke lianglahad.

Terdahulu, keluarga Dirang menuntut jenazahnya diHospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru kira-kira pada jam 11.45pagi selepas dimandi dan dikafankan pegawai Majlis Agama Islam Johor(Maij).


Turut hadir di HSA untuk menatap kali terakhir wajah Dirang ialahbapa kandungnya yang tiba dengan memakai baju lokap dan tangan bergarisambil dikawal tiga anggota polis.

Lelaki berkenaan dilihattiba lebih awal, namun menunggu di dalam kenderaan polis sementaramenanti giliran untuk menziarah jenazah anaknya itu.

Roselyn dan Milnah pula meluangkan masa kira-kira 20 minit di UnitForensik HSA sebelum bapa kandung Dirang dibenar menatap buat kaliterakhir jenazah anaknya itu.

Suasana pilu mula terasaapabila Milnah memeluk bekas menantunya itu ketika dia sampai di pintumasuk bangunan berkenaan, manakala Roselyn yang tidak dapat menahankesedihan terpaksa ditenangkan saudaranya. Bapa kandung Dirang ituterus dibawa masuk ke dalam bangunan berkenaan sebelum keluar kira-kira10 minit kemudian dalam keadaan sugul dan beredar bersama anggota polisyang mengiringinya.

Jenazah Dirang dibawa ke MasjidNurhidayah, Jalan Tasek, Bandar Seri Alam, untuk disembahyangkansebelum dihantar ke tanah perkuburan dengan van jenazah.

  Pada 1 Mac lalu, Dirang dilaporkan hilang ketika ke kedai runcit di flat kediamannya untuk membeli mi segera dan telur.

Seminggu kemudian, satu rangka seorang dewasa ditemui dalam keadaanrentung di ladang kelapa sawit di Nusa Damai dan ujian deoxyribonucleicasid (DNA) dijalankan terhadapnya mendapati ia sepadan dengan DNARoselyn.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 08:57 AM | Show all posts
‘Tiada musuh’

Oleh Salman Hamat, Mahaizura Abd Malik dan Muhammad Razis Ismail
[email protected]
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PASIR GUDANG: Keluarga Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang dibunuh dan dibakar di sekitar ladang kelapa sawit Nusa Damai, Masai, mendakwa mereka tidak pernah bersengketa mahupun bermusuh dengan sesiapa.

Datuk Dirang, Alan Alip, 49, berkata, sejak tinggal di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 2003, mereka sekeluarga berbuat baik dengan semua orang di sekeliling dan tidak pernah menganggap mereka sebagai musuh.


“Kami sekeluarga tidak pernah ada musuh dan bergaduh dengan sesiapa. Semua ahli keluarga kami baik-baik saja.

“Walaupun majoriti penduduk berasal dari Sabah, terdapat juga kaum Melayu, Cina dan India yang tinggal di sini, namun kami semua hidup umpama bersaudara dan saling mengenali antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.


Menurut Alan, sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak bermain di bawah flat dan sebelum ini, tiada kejadian buruk menimpa mereka.


“Tiada siapa yang mahu kejadian seperti ini menimpa keluarga masing-masing, walaupun sukar untuk menerima kenyataan tetapi hidup perlu diteruskan,” katanya.

Sementara itu, jiran keluarganya, Merlinda Budin, 22, menyifatkan kejadian tragik itu sebagai ketentuan Ilahi dan memerlukan masa untuk diterima keluarga berkenaan.


“Saya berpeluang berbicara dengan ibu Dirang, Roselyn semalam dan dia masih terkejut dengan kejadian ini.

“Kami akan tetap memberikan sokongan terhadap keluarga Roselyn untuk mereka menghadapi dugaan ini,” katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048907 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list