|
http://miraks.multiply.com/journal/item/69/ELLA_-_RATU_ROCK
Ikuti kisah perjalanan awal kisah hidup Ella seperti dicatatkan dalam Harian Metro pada 1992.
TIDAK pernah terlintas di hati seorang ibu, Yang Asmah Long, yang anak kandung ketujuhnya, Norzila, akan dikenali oleh jutaan manusia sepertisekarang. Hakikat ini kerana anak itu dilahirkan sama seperti anak-anaknyayang lain dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang tanpa berbelah bagi.
Cuma kelebihannya, Norzila agak beruntung kerana dia adalah anak perempuan bongsu daripada lapan beradik. (Abangnya yang kedua, Azhar,
meninggal dunia ketika masih bayi). Justeru itu, Norzila mendapat lebih kemanjaan daripada keluarganya terutama arwah ayah, Koperal Aminuddin Abdul Manaf.
"Mak cik mengandungkan Ila tu tanpa banyak masalah, biasa saja. Tapi apa yang mak cik ingat, mak cik memang suka merasa masakan di rumah orang ketika sarat," kata Yang Asmah, membuka lembaran kisah Norzila, yang hanya dipanggil Ila sahaja.
Ketika itu katanya, mereka sekeluarga menetap di Kem Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang kerana ayah Ella dihantar bertugas di sana. Turut berada di bawah jagaannya ialah abang dan kakak Ella iaitu, Mohd Noor Izam, Noor Azraff, Shahrizan, Saidatul Nisa dan Rozita (Jojie). |
|