CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 27oktober

maid indonesia no more kerja banyak

  [Copy link]
Post time 16-3-2012 01:07 AM | Show all posts
ke situ plak bang toro nih...anya ada cara spesifik untuk kemas rumah anya, orang lain bua ...dinya bukan salah maid, anya yang cerewet....
~anya~ Post at 16-3-2012 01:05


pompuan kalo tak cerewet ,tak sah lah jadi pompuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2012 01:09 AM | Show all posts
pompuan kalo tak cerewet ,tak sah lah jadi pompuan
eltoro Post at 16-3-2012 01:07



    pompuan perlukan kesempurnaan..... sbb tu kena cerewet....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 01:13 AM | Show all posts
pompuan kalo tak cerewet ,tak sah lah jadi pompuan
eltoro Post at 16-3-2012 01:07



    bang toro sexist...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 01:28 AM | Show all posts
selalu yg perah bagai nak gila ni majikan cina.... tak cukup buat keja kat umah, buat keja plak kat kedai....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 02:52 AM | Show all posts
JAKARTA: Indonesian maids will be employed to handle only one task - cooking or baby-sitting or taki ...
27oktober Post at 15/3/2012 22:26
maid utk belai aku je ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 02:56 AM | Show all posts
Reply 22# worldonfire


   
pompuan kalo tak cerewet ,tak sah lah jadi pompuan
eltoro Post at 16-3-2012 01:07



   
pompuan perlukan kesempurnaan..... sbb tu kena cerewet....


nak sempuirna tak semestinya kena cerewet dan jd cerewet tak semestinya sempurna, manusia semuanya ada kekurangan, hanya Allah yang maha sempurna
nak kena ciret beret memang senang nak kena, makanlah julap cap maid indong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2012 02:58 AM | Show all posts
Pasni kalu maid tu senarai tugasnya (SKT) layan somi, maka hanya itulah tugasnya.
Para isteri dan anak2 harap layan kendiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 05:12 AM | Show all posts
amah ni utk golongan yg mampu sahaja...yg tak mampu tu, sila kawal kemaluan masing2...nobody force u ...
JohnnyDepp Post at 15-3-2012 23:18



    yupp....patut sapa2 nak amik bibik tunjuk gaji bulanan berapa....takat 5 ribu masih belum lagi mampu pakai maid..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2012 09:50 AM | Show all posts

Amah buat satu kerja gaji RM700

JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan.

Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.

Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, berkata ia adalah antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia, di sini semalam.

Beliau berkata, 106 pembantu rumah Indonesia mula dilatih selama 200 jam atau 21 hari mulai semalam dengan kemahiran khusus masing-masing, manakala majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan semua empat tugas itu perlu mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing.

Dr Reyna berkata, kesepakatan dalam soal jawatan khusus itu diharap dapat mengelakkan sebarang masalah seperti yang berlaku pada masa lalu.

Katanya, pada masa ini 12 daripada 176 agensi pekerjaan Indonesia bersedia melatih pembantu rumah berkenaan, manakala lima daripada 221 agensi di Malaysia bersedia menguruskan penempatan mereka dengan majikan di Malaysia.

“Pada masa ini sebahagian besar daripada calon pembantu rumah berkenaan sedang dilatih di Surabaya, Jawa Timur dan di Bekasi, Jawa Barat,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia.
Beliau berkata, selepas pengiriman kumpulan pertama 106 pembantu rumah itu, ribuan lagi akan dihantar ke Malaysia dengan anggaran 4,000 hingga 5,000 orang sebulan.

Setakat ini belum ada pembantu rumah Indonesia dihantar secara rasmi ke Malaysia sejak negara itu menarik balik moratorium pengiriman pembantu rumah ke Malaysia pada 1 Disember tahun lalu. Pembekuan sementara itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu negara itu oleh majikan Malaysia.
Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006 dengan memperkemaskan peruntukan, terutama berkaitan perlindungan dan kesejahteraan pekerja dan majikan.

Antara persetujuan yang dicapai adalah kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja kepada agensi pekerjaan. Selain itu, pembantu rumah diberi sehari cuti setiap minggu dan dibenarkan memegang pasport sendiri. – BERNAMA


SUMBER: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 09:51 AM | Show all posts
makin ramai la orang akan antar anak ke taska..lama2 maid indon takde keje..padan dengan muka mereka!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 09:52 AM | Show all posts
bukan Thread nie dh ada ker???nape tak sambung jer dekat Thread yangs edia ada???
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 09:53 AM | Show all posts
oo..yeke..xjumpe..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 09:53 AM | Show all posts
anya suka privacy dan bila ada maid takde privacy...
~anya~ Post at 15-3-2012 22:37


...hanya puak2 "exhibitionists" aje yang suka  maid dalam umah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 10:00 AM | Show all posts
saya ada maid indon dan stakat ni sgt2 berpuas hati dgn kerja dia. we tried to ease each other's bur ...
katak hijau Post at 15-3-2012 22:46


bagus la mcm tu, dulu maid aku lg best..just jg rmh sementara aku & hsbnd p keje..anak lak aku anta nursery....klu maid aku nk makan masak la apa yg ada...blk keje pas amik anak, aku masak & dia tlg jg anak....pastu dia makan...maid aku kata semua tu patut keja dia tapi bab masak mmg aku prefer msk sndiri coz wp hsbnd aku x kisah tp aku kisahhh hehehe...

maid aku kt rmh cuma kemas & gosok baju...basuh bj pn aku prefer basuh sndiri....skrg da xder maid sbb hsbnd aku kata da semua kerja aku nk buat baik xyah amik maid....aku ok jer...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 10:03 AM | Show all posts
Semoga tak banyak TKI pegi ke malaysia jadi amah sebab majikan tak mampo bayar gaji, di Indonesia pon dah sukar nak cari amah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 10:12 AM | Show all posts
lumrah...

ada:

majikan baik maid tak baik
majikan tak baik, maid baik
majikan baik, maid baik
majikan tak baik, maid tak baik

pandai2 lah bawa diri masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2012 10:22 AM | Show all posts
alternatif lain -

1. amik temporary maid utk kemas umah sminggu sekali (skrg dah byk servis mcm ni)
2. anak anta nursery (lagi bagus utk anak2 dpt kenal kawan2 baru instead of belajar ckp indon kt umah)
3. masak sendiri (kebersihan sgt dipercayai)

semuanya bergantung kepada para wanita diluar sana. Wanita mesti bijak menguruskan rumah tangga.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 10:34 AM | Show all posts
alternatif lain -

1. amik temporary maid utk kemas umah sminggu sekali (skrg dah byk servis mcm ni)
2. anak anta nursery (lagi bagus utk anak2 dpt kenal kawan2 baru instead of belajar ckp indon kt umah)
3. masak sendiri (kebersihan sgt dipercayai)
chickenwing Post at 16-3-2012 10:22



pastikan nursery berdaftar. kalu apa-apa jadi kat anak eg. cedera or mati sebab tercekik susu etc, kena selotape mulut ke apa-apa semasa dalam jagaan nursery, boleh saman. dan biasalah, kalau berdaftar ni, fee lebih sikit dari tak berdaftar. kalau fee nursery berdaftar pun tak mampu, tak payah buat anak. pandai-pandai la kontrol diri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 10:36 AM | Show all posts
kerana nyonya2 yg kaki dera amah, abeh rosak industri service maid hiring agencies
my uncle punya business also dah sendu skrg psl mslh ni
damn you crazy nyonyas!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2012 10:57 AM | Show all posts
kerana nyonya2 yg kaki dera amah, abeh rosak industri service maid hiring agencies
my uncle punya b ...
InVendeTTa Post at 16-3-2012 10:36



    betol. Setiap bangsa ada kelemahan masing2. Tp biasanya yg berbangsa cina ni dia punya prinsip 'misti mau untung'. So amah tu digunakan secara semaximum mungkin. Kesiann.....lagi kesian kalau sampai dipaksa mkn makanan yg haram.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.245880 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list