CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21821|Reply: 124

Masalah Kewangan Punca Ekin, Yazir (AF3) Tangguh Kahwin

[Copy link]
Post time 20-3-2012 12:02 AM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Bekas pelajar program Akademi Fantasia musim ke tiga (AF3) iaitu Ekin terpaksa menangguhkan hasratnya untuk berumah tangga dengan penyanyi Yazer kerana faktor kewangan yang masih belum kukuh.

Ekin, 28, berkata, pada dasarnya dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan namun perlu memahami kedudukan bakal suami yang masih belum stabil.



"Saya dan Yazer bukannya popular sangat dan jarang ada undangan nyanyian. Tambahan pula tanggungjawab untuk berkahwin bukannya senang kerana ia memerlukan komitmen yang besar terutamanya daripada pihak lelaki," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun percintaannya dengan Yazer yang telah melangkau hampir empat tahun itu semakin utuh kerana mereka sama-sama mengharungi susah senang bergelar seorang artis.

Ekin memberitahu, mereka saling bantu membantu dalam kerjaya masing-masing.

"Kepada Yazer saya mengadu dan berkongsi masalah dan begitu juga dia. Kami saling menjaga hubungan antara satu sama lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Ekin berhasrat kembali ke negeri kelahirannya iaitu Sabah untuk mengembangkan kerjaya nyanyiannya.

Ekin berkata, keputusan itu dibuat selepas memikirkan kerjaya seninya di Kuala Lumpur tidak berjalan dengan begitu baik dan perlu memikirkan sesuatu untuk masa depannya.

"Nak kata kecewa tidak juga tetapi itu adalah satu usaha yang perlu saya lakukan untuk meneruskan kerjaya nyanyian saya selepas tidak begitu dikenali di kalangan peminat di Kuala Lumpur," ujarnya.

Tambahnya, dia ingin mengikut jejak langkah rakan seperjuangannya iaitu Felix yang popular dan dikenali ramai di Sabah.



Ekin berkata, dia juga ada berbincang dengan penyanyi itu untuk menghasilkan sebuah lagu duet sebagai pengenalannya di sana nanti.

"Saya menjadikan Felix sebagai pemangkin semangat saya kini kerana kerjaya nyanyiannya stabil dan popular di Sabah dan saya telah pun berbincang dengannya untuk menghasilkan sebuah lagu duet," katanya.

Ekin memberitahu dia berhasrat untuk menghasilkan sebuah album dalam bahasa Melayu-Brunie jika singlenya dengan Felix mendapat perhatian.

Bagaimanapun dia masih berharap agar ada pihak yang berminat untuk menerbitkan single itu di Kuala Lumpur.

"Lebih enam tahun saya cuba bertahan, rasanya rugi pulak jika melepaskan impian saya begitu sahaja dan kembali ke Sabah.

"Jadi saya berharap akan menghasilkan single baru untuk pasaran seluruh Malaysia selain mengembangkan kerjaya di sana," katanya.

Sementara itu, Ekin memberitahu walaupun tidak mempunyai album baru dan semakin dilupakan, dia masih mendapat undangan nyanyian untuk majlis-majlis korporat dan tertutup.

Ekin memberitahu kehadirannya mungkin kurang disedari mungkin kerana jarang mendapat liputan daripada media massa.

"Alhamdulilah walaupun tidak sepopular masa mula-mula keluar daripada AF dulu, rezeki nyanyian masih ada dan boleh menampung hidup di Kuala Lumpur," ujarnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 12:05 AM | Show all posts
semoga dimurahkan rezeki... klu niat baik nak dirikan masjid, insyaAllah, dipermudahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 12:10 AM | Show all posts
mulih tah saja ke labuan.. bebuloh atu kakal ada jua.. jadi artis residen PL....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 12:10 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 12:24 AM | Show all posts

Masalah Kewangan Punca Ekin, Yazir (AF3) Tangguh Kahwin

Reply 3# rbmy


apa maksudnya bahhh???


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 12:28 AM | Show all posts
moga niat yg baik di permudahkan Allah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2012 12:28 AM | Show all posts
dia takde cuba jadi pelakon ke ek..muka comel dah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 12:33 AM | Show all posts
InshaAllah mudah2an di permudahkan.....AMIN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 12:36 AM | Show all posts
awat tak tau.....mak teh tgk yazer ni muka macam malaih saja... dah la makin gemuk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 01:04 AM | Show all posts
moga dipermudahkn urusan nikah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 01:16 AM | Show all posts
iols suka ekin nih dulu waktu kat af.. sweet je.. sorang lg akma... af3 sume best2
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 01:18 AM | Show all posts
yazer kan slalu duk melepak dgn bebudak Bkt Rahman Putra nun.. bebudak sg buluh.. ada je projek dia aku tgk.. ni melalui fb kwnku laa.. sbb dia bff dgn si yazer ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 07:42 AM | Show all posts
Kalau di KL kurang rezeki.. Balik lah Sabah,  boleh bersama ibu bapa dan keluarga,insyaallah bertambah rezeki daripada di KL bersama boi fren..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 08:00 AM | Show all posts
another AF couple yg betol2 serius la ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 08:31 AM | Show all posts
owh. ekin dah tumbuh rambut..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 08:41 AM | Show all posts
dorang masih couple rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 08:44 AM | Show all posts
kesian sangat artis keluaran AF ni...bapa kerat jek yang btol2 menjadi..
yang lain suma sejuk beku...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:18 AM | Show all posts
harap2 niat baik tu akan dipermudahkan..biasela kdg2 dugaan..tp smbil2 tu xyhla dok hadap bidang nyanyian je memanjang..ade gak care lain utk carik rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:27 AM | Show all posts
ok lah tuh kan ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 09:37 AM | Show all posts
ingt propa je yg dorg bcinta..ni dkt 4thn dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.064368 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list